6:00 PM

Ayah dan Ibu... ku pohon ampun untuk mu..


Share/Bookmark

Read more...

11:28 PM

Hati-hatilah...dalam cerdik dia tipu kita..

Pagi ini ada pasangan suami isteri datang untuk bertanya (baca:mengadu) yang beliau semalam telah membayar sejumlah wang yang bukan sedikit nilainya kepada seseorang.Rentetan kejadian ini bermula apabila pasangan tadi berkenalan melalui internet beberapa minggu yang lalu.Dalam "berchatting"itu semalam beliau menerima e-mail daripada sebuah syarikat penghantaran yang menyatakan bahawa beliau akan diberikan hadiah oleh sesorang,walaubagaimanapun hadiah tersebut tidak dapat dihantar kerana ditahan oleh pihak kastam.Jadi untuk tujuan pelepasan beliau diminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk pelepasan kastam dan seterusnya hadiah tersebut akan dihantar kepada pasangan tadi.Tanpa berfikir panjang pasangan tadi telah memasukkan sejumlah RM1998.00 dan nama yang tertera pada slip bank tersebut ialah NELSON GRANT BRETT.Namun keraguan mula timbul bila mendapat panggilan daripada sesorang yang menamakan dirinya Aishah dengan hp no 0128783116 meminta pasangan ini menambah lagi RM2000.00 dengan alasan wang dimasukkan sebelum ini tidak mencukupi.

Kepada pasangan ini bersabarlah dan eloklah kiranya laporan polis dibuat.

Sebenarnya pasangan ini telah menjadi mangsa penipuan yang licik ini.Banyak sudah peringatan oleh pihak-pihak yang berwajib agar orang awam berhati-hati dengan sendiket seperti ini dan nampaknya malang bagi pasangan ini kerana mereka juga tertipu.Oleh itu kepada anda di luar sana berhati-hatilah hendaknya.Jangan cepat terpengaruh dan cuba kuatkan semangat anda untuk tidak menjadi "Tamak'apabila ditawarkan dengan perkara-perkara sebegini.Tenung dan fikirlah semasak-masaknya insyaAllah anda selamat.

Untuk makluman e-mail yang digunakan oleh penjenayah ini untuk pasangan ini ialah jane1970@cunsultant.com.E- mail syarikat penghantaran itu pula customerservise@safelinkcs.com...hati-hati ya tuan-tuan.





Share/Bookmark

Read more...

8:23 PM

Fakta yang peneroka FELDA kena tahu..

Semasa menjawab dalam sesi persidangan Dewan Negara pada 28/07/2010,Menteri di Jabatan Perdana menteri Dato'Ahmad Maslan telah memberi penjelasan berkaitan keadaan tunai FELDA.Tanpa prejudis kita yang tidak begitu arif dalam susurgalur FELDA ini akan menerima kenyataan tersebut kerana ianya dikeluar dan diucapkan di institusi yang mulia dan dihormati.

Dalam menilai perkara ini, beberapa "persoalan" tentang dana FELDA ini mula timbul dalam benak fikiran dan ulasan ini mungkin boleh mencerahkan kita berkaitan perkara tersebut..








Share/Bookmark

Read more...

9:35 PM

Apabila Ustaz memuji sesorang,bukan saja-saja tetapi ada maknanya...

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah....

Selanjutnya baca di sini



Share/Bookmark

Read more...

7:14 PM

Bersama menikmati santapan jiwa...


Share/Bookmark

Read more...

4:52 PM

Serupa tapi tidak sama caranya....

Tahniah di atas kejayaan pasukan keselamatan negara kita khususnya PDRM dan KDRM dalam membanteras kemasukan dadah yang merupakan medium utama yang merosakkan masyarakat .

Kejayaan tangkapan diuar-uarkan melalui media,dan situasi begini selalunya akan mengujakan kepada pasukan-pasukan terbabit.Walaubagaimanapun dalam kes kali ini dalam keterujaan itu nampaknya semacam ada "kecuaian" sebenarnya khususnya kes yang diperolehi oleh KDRM itu..Apakah kes ini akan dibawa ke mahakamah atau sebaliknya tidak pula kita ketahui ,namun daripada apa cerita yang dibangkitkan tangkapan ini melibatkan bukan sahaja barang kes tetapi juga melibatkan pembawa itu sendiri,kalau begitu bagaimana mungkin barang kes, semasa sidang akhbar dibuat telah dipegang tanpa sarung tangan atau sebagainya.Berbeza dengan PDRM nampaknya lebih berhati-hati.Kita bimbang perkara-perkara teknikal begini akan menjejaskan prosidur yang akan di ambil oleh pihak-pihak yang terbabit nanti. diCuba perhatikan visual di bawah,tentu ada beza bukan?..



RAMPAS...Nordin (dua kiri) menunjukkan dadah dan kasut yang digunakan untuk menyembunyikan Syabu.RAMPAS...Salleh (kanan) menunjukkan dadah yang  disembunyikan dalam beg dan bekas periuk masak.
Share/Bookmark

Read more...

5:35 PM

Ada orang marah-marah di P.Pinang..

Marah,memang perangai semulajadi manusia,namun ada yang boleh tahan marah dan ada yang sebaliknya.

Di Pulau Pinang ini marahnya menjadi isu kerana berlaku antara ketua menteri negeri dan Pegawai berpangkat dari kerajaan pusat.Isunya bertambah hangat bila tingkah laku dan "kemarahan" pegawai disambut (baca:dipertahankan)oleh bosnya di Kuala Lumpur.

Kenapa marah,selalunya kemarahan orang bermula bila adanya provokasi atau pun acahan dari sebelah pihak.Itu lumrahnya,jarang berlaku tiba-tiba sahaja orang akan marah tanpa sebab,kalau pun ada itu selalunya dari kalangan mereka yang mendiami kampus Tampoi di Johor atau pun Tanjung Rambutan di Perak.Dalam keadaan normal tidak berlaku marah memarahi ini tanpa sebab.

Jadi dalam kes di Pulau Pinang ini saya rasa punca berlakunya marah itu mesti ada,dan mungkin dah disalurkan kepada tempatnya,namun mungkin tiada penyelesaian maka itulah timbulnya di persada awam ini.

Itulah dalam hidup ini kena bermuhasabah,jangan fikir bila kita ada "benda" tidak semestinya kita kuat,tambahan lagi "kekuatan" kita itu berada dalam milikan atau kawalan orang.Kita perasan kita kuat,itu sebab kita tidak hiraukan suasa sekitar,ibarat rumah orang pun kita ganggu sebab kita rasa kita ada kuasa,maka marahlah tuan rumah.Kita acah dia,kita main-mainkan dia,malah kita hina dia,sebagai tuan rumah tentu dia bertindak walaupun apa yang kita buat itu dirasakan berperaturan.Ular pucuk itu pun kalau diacah dan dimain-mainkan maka akhirnya mematuk juga dia akhirnya.

Oleh itu cubalah elakkan daripada menimbulkan "kemarahan" orang,kuatkah kita,beranikah kita,sebenarnya tidak ke mana,cubalah renungkan ini kerana akhirnya penamat kita tidak ke mana pun!!!.?Paling hebat kita hanya berjaya melayan ego sahaja namun hasilnya tidak ke mana.Sekali lagi ayuhlah bersama berfikir untuk kebaikan,jangan jadinya nanti menang sorak kampung tergadai...





Share/Bookmark

Read more...

5:13 PM

"Batu "

Semalam sempat ziarah saudara yang sakit di hospital.Beliau sedang menunggu untuk pembedahan.Doa untuk beliau semoga selamat dan diberi cepat kesembuhan oleh Allah,Insyaallah.

Bersebelahan katil saudara tadi ada seorang lagi pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan yang membabitkan batu dalam buah pinggang.Agak terkejut apabila melihat saiz batu yang dikeluarkan daripada pesakit tersebut,bulat dan rapinya bagaikan menggunakan acuan khusus untuk membentuknya,bujur telor sebesar telor angsa,terfikir alangkah hebatnya kejadian Allah,walaupun sebesar itu dan berada pula diantara tempat yang sensitif namun masih diberi kehidupan dan manusia diberi "kebolehan" untuk berikhtiar untuk penyembuhan.

Kepada kita yang masih diberi kesihatan ini pohonlah kepada Dia agar dikekalkan kesihatan yang masih ada dan sentiasa dilimpahi keberkatan dalam hidup ini.Bersamalah "membalas" apa yang telah dikurniakan kepada kita itu dengan kita berlaku taat dan patuh serta bertawakkal menyerah diri kepadaNya.



Lihatlah betapa besarnya saiz batu karang yang dikeluarkan semasa pembedahan pesakit yang berada dikatil bersebelahan saudara saya.

Share/Bookmark Read more...

11:13 PM

Keluhan pilu marhen negeriku





kupetik di sini



Share/Bookmark Read more...

8:10 PM

AlFatihah untuk Cikgu..


Di tanah perkuburan Paloh Kuala Terengganu 17/07/2010@ 6.00 ptg



Sabtu 17/07/2010 @ 1.00 t/hari,dimaklumkan seorang kawan ,saudara dan teman berbual telah meninggalkan alam yang fana ini untuk selama-lamanya.Menderita hampir tiga minggu, Cikgu Ghazani kini telah tiada lagi,pergi membawa bersama dengan seribu kenangan.

Hampir 30 tahun mengenali dan mendampingi beliau terasa sangat akan kehilanganya.Beliau yang merupakan seorang yang baik dan berprinsip.Seorang yang komited dalam alam perjuangannya sebagai seorang guru.Dengan penglibatan beliau yang begitu lama di alam pendidikan saya yakin beliau meninggalkan ribuan anak didik yang boleh beliau "menumpang "selama beliau berada di" sana".Semoga ilmu yang bermunafaat yang beliau curahkan semasa di dunia ini menjadi bekalan yang berkekalan dan dibalas oleh Allah dengan segala kebaikan dan keampunan.

Kepada isteri beliau Cikgu Yah dan anak-anak , tabahkan semangat kalian sesungguhnya ujian ini adalah merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan kita yang pasti dirasai oleh semua yang bernyawa.Sekali lagi Alfatihah untuk Cikgu ...



Share/Bookmark Read more...

7:42 AM

Benci dan meluat..

Dari malam tadi hati tidak tenteram.Hari ini bila melihat komen-komen oleh kononnya pakar ekonomi untuk mewajarkan kenaikan harga sumber-sumber asas kegunaan rakyat,perasaan meluat mula timbul ditambah lagi dengan sokongan beberapa persatuan pengguna,bertambah lagi bencinya.

Apakah rasionalnya kenaikan itu?Kemana perginya hasil berbilion yang selama ini dipungut?.Berbagai agensi berperanan sebagai pemungut.Lembaga hasil Dalam Negeri,Kastam ,JPJ,Polis dan sebagainya.

Meluat, terasa macam dibodohkan apabila ada yang mendakwa sebenarnya tiada kenaikan,tetapi apa yang berlaku cuma penyelarasan sabsidi sahaja.Malah setiap kali berlaku kenaikan ini maka akan keluarlah kata-kata hikmat bahawa harga di sini adalah yang terendah berbanding dengan harga di negara-negara lain.

Pakar-pakar ekonomi,mereka orang kaya.Elaun tahunan beratus ribu,apa ada sekadar lima sen atau sepuloh sen bagi mereka,tetapi rakyat marhein itulah nilai untuk kehidupan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Kesal dan meluat,kerana suara ini tidak mampu mengubah,apa yang boleh hanya meluahkan perasaan dan semoga Allah mendengar rintihan rakyat marhein ini,sesungguhnya kami disusahkan oleh mereka-mereka yang tidak pernah memahami situasi kami,apa yang mereka lakukan adalah cuma untuk mempertahankan sesuatu demi untuk kepuasan nafsu mereka yang sedikit pun tidak mengambil kira kepentingan kami.Kalau pun ada itu semua hanya cakap-cakap retorik sahaja namun dari segi realiti perlakuannya sekali-kali tidak berlaku.Ya allah kami pohon padaMu lindungilah kami dari fitnah ini...





Share/Bookmark

Read more...

5:29 AM

Cerita pasal menteri Pertahanan

Petang khamis 15/7/2010,sementara menunggu maghrib tiba sempat mengikuti satu program TV.AlTijarah.Rancangan ini mengisahkah tentang kejayaan anak-anak Malaysia di luar negara.Program hari ini dirakamkan di Switzerland.

Dalam rancangan ini apa yang menarik ialah sedang hos membuat penggambaran beliau terserempak dengan menteri pertahanan yang berada di tempat awan dan beliau sempat berbual-bual dengan menteri tersebut.Lebih menarik dikatakan menteri ini pergi kerja cuma berbasikal sahaja.Menarik bukan?Cuba anda bayangkan bagaimana sikap serta keadaan sebenar pembesar-pembesar di sana berbanding di tempat anda.Saya sedang membayangkanya...






Share/Bookmark

Read more...

11:52 PM

Surat daripada Tukar Tiub

DIMANA KAU SEMUA SEKARANG ?



SURAT DARI AKU KEPADA KAU

setiap kali aku melihat gambar ini
setiap kali aku bertanya
dimana kau semua sekarang?

gambar pagi 3 disember 74 ini
adalah rakaman sejarah
setiakawan anak muda dengan kamu tani
setiakawan anak muda dengan penoreh getah
setiakawan anak muda dengan kaum buruh

dimana kau semua sekarang ?

setelah kau berijazah dan berdiploma
adakah kau masih bersetia dengan janji
janji yang kita lakar di sudut pidato
janji untuk menegak keadilan

pasti kau telah bernikah beranak dan bercucu
tidak seperti gambar ini
apakah kau telah berperut gendut
menjadi pegawai mengutip laba
memasang lukah mengumpul harta
memungut upti kiri dan kanan
berbaju batik dan bederajat tinggi
atau
kau menjadi susuk yang soleh
yang setia kepada janji
yang telah kita lafazkan di sudut pidato

dimana kau semua sekarang?

aku menuliskan surat ini dengan kenangan dan air mata
teringat pada janji janji setia
ketika bergerak di jalan raya
ketika berkumpul dan bersetia
ketika di tembak dan di belantan
ketika rebah dan bangun semula

dimana kau semua sekarang ?

tidak kah kau lihat betapa pertiwi sakit sengsara
tidak kah kau lihat pedih dan perit negara bangsa
tidak kah kau lihat terseksanya anak semua bangsa

jika kau membaca surat aku ini
jangan kau salah prasangka
aku bukan meminta dana
aku bukan meminta derajat
aku bukan meminta simpati

aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada janji janji yang dilakar pada pagi itu
aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia
pada ilmu yang kita pelajari di gedung itu

dimana kau semua sekarang?

jika pagi ini kau di veranda banglo rumah mu
mengira kereta dan speda cucu mu
menghitung saham dan luas tanah mu
merancang percutian di kota eropah
aku meminta kau luang kan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
ingatkan kembali pada janji dan cita cita
untuk mendirikan negara bangsa
yang adil dan berbudaya

dimana kau semua sekarang?

jika pagi ini kau bercanda canda dengan kekasih muda
mengira-gira saham emas dan bhara
mengumpul harta tidak terkata
aku meminta kau luangkan sedikit masa
lihat kembali gambar ini
gambar kita di pagi itu di masjid negara
berjanji dan bersetia
menentang kezaliman
menumpas kebatilan

jika surat ini tidak sampai
jika surat aku ini tidak dibaca
jika surat aku ini tidak dibuka
akulah sebenarnya bersalah
menulis surat ke alamat berubah

Asalnya di sini




Share/Bookmark

Read more...

10:00 PM

"Tipu" dan "strategi" itu rasanya sama sahaja..

Hari ini ada kawan yang berkunjung.Kawan yang juga seorang yang berjawatan ini bercerita semalam dia "terkena".Katanya, kelmarin beliau singgah makan di sebuah restoran.Di restoran itu terpampang banner yang berbunyi "Hari ini bayar esok percuma".Beliau singgah dan makan di situ,harganya pun boleh tahan juga ,dek kerana teruja dengan kata-kata di banner tersebut hari ini beliau singgah lagi di situ dan makan.Kerana kelmarin sudah bayar dan sudah tentu hari ini percuma.Namun apa yang terjadi! bila selesai makan kawan ini bertanya untuk membuat pengesahan samada betul percuma atau pun tidak,kawan ini terkejut apabila dimaklumkan bahawa kena bayar juga.Kawan ini cakap bahawa kelmarin dia dah makan dan hari ini nak makan percuma sebab dekat banner itu ada sebut macam itu.Jelas pembantu kedai inilah dia cara dan teknik berniaga untuk meramaikan pelanggan.

Apa pendapat anda? bagi saya ini tipu juga namanya.Kalau tipu anda pun tahu akibatnya bukan..kepada restoran ini cukuplah tu,hentikanlah gimik yang semacam ini.Bukan orang kampung sahaja yang tertipu peguam yang selalu "membelit" orang itu pun terbelit juga rupanya.Alahai manusia....





Share/Bookmark

Read more...

7:56 AM

Idea P.Ramlee yang bermesej

Malam ini sempat menonton filem Pendekar Bujang Lapok lakonan P Ramlee dan kawan-kawanya.Walaupun banyak kali menonton dan berkali-kali disiarkan namun ianya tidak menjemukan dan diminati oleh semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.


Penceritaanya agak bersahaja dan mempunyai mesej yang tersendiri.Rupanya di masa itu P.Ramlee sudah nampak betapa berlakunya kepincangan dalam masyarakat terutamanya di kalangan yang berkuasa.Mereka yang lemah ditindas seadanya.Mereka yang mempunyai "kabel" mendapat habuan.Begitu jugalah realiti yang kita hadapi sekarang ini.

Dalam menanggani perkara ini P. Ramlee ada mengajar,caranya hendaklah ada yang "berani melawan",sebabnya mereka itu sebenarnya bukanlah kuat sebenarnya,pokoknya ada yang berani,maka kesah Pendekar bujang lapok itu memberikan jawapan sebenarnya.








Share/Bookmark Read more...

11:07 PM

Anda suka membaca?....

Anda seorang yang suka membaca?,kalau begitu silakan membaca di sini,nescaya anda akan dapat banyak maklumat yang mungkin anda tidak pernah ketemui sebelum ini



Share/Bookmark

Read more...

11:11 PM

Jujurkah kita....

Semua kita pasti mati.Bila mati kita mengharapkan syurga,jauh sekali daripada mimpikan neraka yang mengazabkan itu.Namun sejauh mana usaha kita?.

Syurga itu tidak semudah disebut,ianya perlu kepada pengorbanan untuk mendapatkanya.Berbagai cara dan peringatan telah Allah peringatkan melalui Alquran untuk kita lakukan bagi mendapatkan syurga tersebut,justeru setakat mana komitmen kita?!.

Melihat inisiatif diri sendiri,alangkah jauhnya kita daripada sasaran yang Allah tetapkan itu.Berbanding dengan usaha kita untuk "kejayaan" dunia,kita sebenarnya ketinggalan dalam mencari akhirat ini .Cuba anda bayangkan usaha kita di dunia ini hanya untuk "sesuap juadah" yang sudah tentu tidak mempunyai apa-apa nilai dimana akhirnya hanya menjadi najis yang kita buang hari demi hari.Kita sanggup berhujan berpanas bekerja hanya untuk itu tanpa memikirkan keselamatan diri atau sebagainya dan matlamat akhirnya hanyalah untuk nikmat yang sedikit di dunia ini,namun kita tidak melakukan usaha sebegitu untuk mendapatkan RM (baca;pahala)akhirat untuk kita "membeli" syurga yang
dijanjikan.Pernah kita sanggup menyeksa jiwaraga kita untuk itu,hatta untuk meninggalkan tidur kita yang tidak perlu dibeli itu pun kita tidak sanggup apatah lagi yang lebih daripada itu.Tetapi untuk "dunia" kita akan terus berusaha malah sehingga "mengorbankan" diri pun kita sanggup lakukan.Itulah nilai sebenarnya kita sebagai manusia.

Kenapa terjadinya demikian?,saya yakin itu semua disebabkan perangai manusia yang hanya menilai sesuatu yang hanya nampak di mata,dengan ertikata lain ianya mengagungkan kebendaan sahaja.Kita tidak dapat gambarkan bagaimana manusia kalaulah mereka melakukan ibadat solat sunat contohnya,dan selepas solat itu diselak di bawah sejadah dan mereka dapati wang-wang kertas yang bernilai seratus atau dua ratus,maka sudah pasti mereka akan melakukan solat bukan setakat dua rakaat malah ratusan rakaat yang akan mereka lakukan.

Jujurkah kita ini bersikap sedemikian.Berbuih mulut mengucapkan iman dan islam tetapi masih menukar antara benda dan janji Allah.Alangkah lemahnya diri ini,YaAllah ku pohon pada mu kuatkanlah iman ini dan iman para mukmin sekalian.Tambahkanlah keyakinan dan taqwa kami dan redailah kami di atas jalanmu.



Share/Bookmark

Read more...

11:57 PM

Program ESQ yang meragukan....

Anda pernah mengikuti kursus "ESQ leadership training"anjuran Ary Ginanjar Agustin?,Apa pandangan dan perasaan anda,bagi yang taksub dengan program ini bermati-matian mempertahankan "kebaikan"nya,namun begitu bagi sesetengah orang tidak begitu malah ada yang memberi pandangan bersesuaian dengan tahap keilmuan masing-masing.Dalam hal ini banyak yang berdiam diri walaupun ada kegusaran,ini disebabkan kerana keterlibatan ramai di kalangan orang yang dikatakan "tahu".Walaupun begitu,kalau sebelum ini ragu-ragu kini tidak lagi,dengan keluarnya fatwa ini maka kegusaran sebelum ini sudah menjadi keyakinan dan kepastian.Oleh itu kepada kawan dan taulan usahlah bersedih dan berdukacita,kerana Islam yang tulen itu tidak perlu kepada "semangat" seperti itu,oleh itu damaikanlah hati kalian dengan kembali kepada petunjuk yang sebenarnya.







Share/Bookmark

Read more...

6:23 PM

Awas kita kena tipu lagi...

21 Rejab 1431H.
Email : saufie ali

2 April 2010
Attention: Ms. Tan Poh Hong
CEO Agri-Food & Veterinary Authority
5, Maxwell Road
Tower Block, MND Complex
Singapore 069110

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjT9hjvs-lIiQIzpYjGLrG2QHZ6GS4OzEZ5eS7RTzxCQ0USGrzrdu1bTi_bNEXbIhi_Po2vaa-HLHDu2JA4tbcSBTMuVFa2SwPTl8mcn0hSsn3rZbgzXijU0gzJqcK0WaQMbw-cKG4Fv1pF/s1600/sapi.bmp



Adalah dimaklumkan sejak sekian lama, kami dan para pengguna yang lain telah menggunakan produk berjenama QBB Ghee untuk pelbagai masakan dan upacara keagamaan tanpa ragu, dan amat yakin ia dikilangkan serta dihasilkan daripada susu lembu berdasarkan pengilangannya di Queensland, Australia.
Namun demikian, mutakhir ini, kami mendapati walaupun warna dan aromanya hampir sama, rasanya amat berbeza sekali.
Untuk itu, kami mula membuat penyelidikan dan mendapat rumusan seperti berikut :
~ Pengilang asal Butter Producers’ Co-operative Federation Ltd yang beralamat di No 489, Kingsford Smith Drive, Hamilton, Brisbane, Australia sudahpun menamatkan operasi pada September 2006 dan tidak lagi tersenarai dalam laman Web Lembaga Perdagangan Australia. Dan lagi, gambar satelit dari google map juga menunjukkan tapak tersebut kini tanah terbiar.
~ Dicetak di Tin produk tersebut dihasil berasaskan Lemak Susu dari Lembu Australia dan dalam tulisan yang lebih kecil dan sukar dibaca, dinyatakan bahawa ia dikilangkan oleh QBI Packaging S/B No ( Syarikat Malaysia ) dan dikilangkan dengan lessen daripada QBB Singapura.
~ QBB Singapura asalnya adalah Ejen Jualan QBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei dan alah tidak jelas samada pada ketika penutupan operasi pada 2006, Cap Dagangan QBB telah dipindah milik kepada QBB Singapura. Kami mengesyaki QBI Malaysia dan QBB Singapura bersama-sama melakukan pengeluaran haram serta terus memperdagangkan produk tiruan tanpa mendapat kebenaran atau perpindahan hak daripada pengeluar asal yang sudahpun ditutup.
~ Laporan analisa yang dilakukan oleh Makmal Teknologi Pemakanan berpengaruh di Australia terhadap kandungan produk ini daripada tin yang diambil dari Malaysia ke Australia oleh salah seorang ahli kami menunjukkan penemuan berikut :-
~ Produk ini mengandungi bahan pewarna dan perasa berupa Lemak babi serta bahan perasa dibenarkan yang turut menghasilkan warna, rasa dan aromanya seakan sama dengan produk asalnya. ( Laporan Asal ada bersama dengan pengirim surat ini )

Dengan demikian, kumpulan/persatuan pengguna kami harus memboikot produk ini atas alas an berikut :-
a) Pengguna Islam tidak dapat menggunakannya kerana ia Haram.
b) Penganut Hindu dan Sikh tidak dapat menggunakannya untuk upacara nyalaan lampu minyak, acara agama mahupun persediaan makanan kerana Tempat persembahan adalah dilarang keras menggunakan mana-mana haiwan ataupun lemak haiwan.
c) Ahli kami yang mengamalkan Vegeterian tidak boleh menggunaka produk ini.
Kami yakin bahawa QBB Ghee yang dijual di Malaysia, Singapura dan Brunei selepas penutupan BPFC, adalah produk tiruan iaitu melanggar akta yang berkaitan prinsip penggunaan tanda niaga / cap dagangan. Dengan ini, kami harap pihak puan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan jualan produk berkenaan


Sumber di sini

Share/Bookmark

Read more...