10:09 PM

"ulama" dah mula "berkhilaf"

Selepas membaca berita ini,ini dan ini,betul tanggapan saya,belum apa-apa "ulama" dah mula "berkhilaf"(baca;bergaduh).Kalau orang kampong (baca:jahil) kita tidak hairan hatta mereka membunuh sekali pun sebab mereka jahil,tetapi sebagai "ulama",kita hairan (?), di mana "ilmu" yang anda pelajari selama ini atau pun masih belum khatam lagi, sekurang-kurangnya bab akhlak.Sebagai nasihat isytiharkanlah diri anda sebenarnya bukan ulama' tetapi hanya "ulama'" kerana anda cuma belajar dan dapat sijil sahaja,dan selepas pengisytiharan itu anda boleh lakukan apa sahaja yang anda suka .Sesungguhnya kami tidak kisah lagi tentang anda!!!.






Share/Bookmark

Read more...

8:32 PM

Calon NC USM yang baru...?

Melihat berita ini dan trend semasa agak-agak ada kemungkinan bukan?!!..kita doakan.
Share/Bookmark

Read more...

4:45 PM

Apabila "ulama'" berkata-kata

Melihat kepada berita ini,jika benar sebagaimana dilapurkan saya rasa orang kampong yang tidak mengaji pun lebih berakhlak dan bersopan dalam berhadapan dengan sesuatu provokasi.Bagaimana mungkin anda boleh mendapatkan "ilmu" daripada orang yang semacam ini?...





Share/Bookmark

Read more...

9:15 PM

Untuk "Ulama"

Ulama itu orang berilmu
ilmu dicari tanpa jemu
tanpa mengira masa dan waktu
tujuannya hanya satu
demi untuk bekal di kala buntu

Bila berilmu
tentu tahu
bila tahu
sudah tentu tidak kena tipu

Ilmu yang ada kena amal selalu
kalau tidak bukan ilmu
itu cuma sekadar tahu
kerana tahu itu bukan ilmu

orang berilmu otak tidak buntu
sedikit cakap Allah membantu
dalam apa hal semuanya laku
itulah lebihnya ilmu

kerana ilmu
maka kena mengajar selalu
sebab takut manusia jadi dungu


bila ramai sudah tahu ilmu
maka tiada lagi yang dungu
maka selamatlah kita selalu
dari bala bencana yang tidak tentu

apa betul ulama itu berilmu
sedangkan hari-hari tidak menentu
asyik saja kena tipu
oleh mereka yang tahu

kalau begitu dia hanya tahu
bukannya berilmu
sebab itu kena tipu
orang tahu Allah tidak bantu
sebab dia tiada ilmu

bagaimana mungkin begitu
dia sudah mengaji laju
ijazah juga dihitung satu persatu
daripada universiti negara maju

percayalah itu
semuanya tertipu
dek kerana ilmunya sekadar tahu
itu semua tidak membantu
untuk mencapai kehendak yang SATU













Share/Bookmark

Read more...

7:18 PM

Makkah : teringat kisah lama yang rasanya bagaikan semalam...

Melihat kepada kerja-kerja pembangunan semula di Makkah ini mengingatkan saya semasa mengerjakan rukun islam itu beberapa tahun yang lalu.Apakah dengan siapnya kerja-kerja menaiktaraf ini maka segala kerja-kerja ibadat kita di sana akan lebih selesa dan mudah,bersamalah kita berdoa agar ianya dipermudahkan InsayaAllah..


Projek raksaka Mekah @ isu hangat


Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat


Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat

Projek raksaka Mekah @ isu hangat


sumber di sini




Share/Bookmark Read more...

11:44 PM

Rasmi Fiesta Kelantan 2010 pakai "speaker garam"

Anda kenal speaker garam ?...bagi orang Kelantan 'loud healer"itulah dipanggil speaker garam.Jarang berlaku dalam sejarah perasmian orang guna speaker garam ni,tetapi nak jadi cerita di Kelantan bulan jun 2010 ini mencatat sejarah.(Selalunya loud healer ini orang yang jual garam selalu gunakan apabila menjaja garam,itulah asal timbul cerita pasal speaker garam ini.

Cerita perasmian dia tengok sini









Share/Bookmark Read more...

5:03 PM

UPSR & PMR..eloklah kalau nak ditiadakan pun..

Jika benar kerajaan ingin meniadakan peperiksaan awam UPSR dan PMR untuk para pelajar di peringkat umur 12 dan 15 tahun,maka cadangan itu adalah sesuatu yang seharusnya diberi sokongan dan dipercepatkan.








"Peperiksaan" adalah sesuatu yang membebankan.Kewangan,masa,fikiran dan sebagainya,bukan sahaja membabitkan pelajar itu sendiri malah ibu bapa,guru-guru dan sebagainya.

Cuba bayangkan ibu bapa bertungkuslumus berusaha untuk memastikan anak-anak mereka berjaya maka pelbagai usaha dilakukan.Tuisyen,buku kerja dan kepelbagaian peralatan terpaksa diadakan dan ini adalah memakan belanja yang besar sehingga "mengorbankan" kepentingan-kepentingan lain yang sepatutnya didahulukan,namun untuk melihat anak-anak mendapat "A" sepenuhnya maka "pengorbanan" ini diperlukan.

Di pihak guru pula,demi untuk menjaga reputasi sekolah,di samping adanya janji pelbagai ganjaran maka pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan keputusan sekolah masing-masing cemerlang.Demi sebuah nama ada sekolah-sekolah yang kelasnya tujuh hari seminggu siang dan malam bermula sejak dari tahun satu lagi.Anda boleh bayangkan bagaimana jadi dengan guru,murid serta ibu bapa yang sekolah mereka macam ini!!?.

Bagi murid-murid pula,kerana setiap hari di"suap" dengan kerja sekolah,tuisyen dan sebagainya maka perkembangan jasad dan minda sebenar terpaksa di"abaikan sehinggakan ada hari dan masa mereka tidak dapat berinteraksi dengan dunia dan alam yang sepatutnya dinikmati oleh mereka.Itu cuma untuk dapat 5A dalam UPSR sahaja,bagaimana lagi dengan peperiksaan yang lain.

Jadi untuk kerajaan dan kementerian,sebagai harapan jika idea ini sudah diutarakan maka teruskanlah.Sebenarnya jika cadangan ini dilaksanakan kita akan dapat lebih daripada apa yang kita jangkakan.Banyak "tekanan" yang selama ini menghantui kita ibu bapa,anak-anak dan guru-guru akan beransur pergi dan sebagai manusia yang banyak kelemahan bila kurangnya tekanan ianya akan beroleh ketenangan,dan bila kita tenang maka banyak perkara yang baik yang boleh kita lakukan dan ini menguntungkan kita rakyat dan negara sebenarnya.





Share/Bookmark Read more...

12:18 AM

Sekadar "sejarah" dan pengajaran

.

6 Pemimpin Besar Yang Dikenakan Hukuman Mati


Hideki Tojo-Perdana Menteri Jepun pada era Perang dunia Ke 2
dihukum gantung pada december 1948
Benito Mussolini-Perdana Menteri Itali pade era perang dunia ke 2
ditembak mati dan digantung pada 27 april 1945
Muhammad Najibullah-Presiden Republik Komunis Demokratik Afghanistan pada era penjajahan Uni Soviet.
ditembak,disiksa dan diseret dengan kereta di jalanan kemudian digantung pada september 1996.
Nicolae Ceausescu-Ketua negara parti komunis Romania
ditembak mati dengan senapang AK 47 december 1989
Saddam Hussein-perdana menteri Irak
dihukum gantung 30 december 2006
Zulfikar ali Bhutto-Perdana Menteri Pakistan
dihukum gantung 4 april 1979
Ciluknya di sini


Share/Bookmark Read more...

6:03 PM

Apa itu susah ...

Anda pernah merasa kesusahan hidup?,susah yang macam mana?,tiada duit?tiada makanan atau apa?tetapi sampai sekarang anda masih hidup kan!!!

Sebenarnya kesusahan hidup yang sebenar pada saya adalah mereka yang sakit yang sedang menghuni hospital di seluruh dunia yang ada pada hari ini.

Bayangkan mereka hendak membuang air kecil pun begitu azab walau pun hanya setitis air.Bagaimana mereka hilang selera makan,meraka juga sentiasa berada dalam kesakitan dan debaran tentang keputusan-keputusan berkaitan kesihatan mereka.

Anda boleh bayangkan apa perasaan anda bila hasil keputusan pemereksaan kesihatan anda menunjukkan anda diserang dengan penyakit kanser yang berada di tahap empat yang sudah terlewat dan tidak mampu lagi diubati?!!.Itu menyusahkan batin anda bukan?!!

Jadi sebenarnya ketiadaan makanan,minuman,wang ringgit serta harta bukanlah merupakan "kesusahan" yang sebenarnya dalam kehidupan dunia ini.Apa yang penting jika itu semua tiada kita masih diberi kehidupan oleh Allah dan kita masih boleh berusaha,tetapi bila kita sakit maka itulah kesusahan sebenar di dunia ini.








Share/Bookmark

Read more...

11:14 PM

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

Kata pepatah melayu,"Berat mata memandang berat lagi bahu memikul"...

Bagi kita yang menjadi rakyat ini,ungkapan dan janji pimpinan merupakan sebagai satu kata keramat yang mengujakan dan membuat diri setiap orang bersemangat.Kata-kata atau slogan "rakyat didahulukan..","pembasmian kemiskinan..","Miskin sifar"atau sebagainya memberikan harapan yang menggunung dan dinanti-nantikan oleh setiap orang.

Realitinya hari ini rupanya itu adalah omongan kosong belaka.Dalam bidang pendidikan contohnya peruntukan untuk biasiswa semacam telah ditiadakan,malah untuk memimjam pun kita merasa seolah-olah negara ini bukan kita yang punya.Dengan pelbagai karenah birokrasinya yang menyusah dan mengecewakan.

Setiap hari memberi jaminan bahawa rakyat diutamakan,tetapi dalam masa yang sama kita dibebani dengan pelabagai masalah yang datang bertimpa-timpa.Harga barangan naik melambung,sabsidi nak dihapuskan,malah perkara yang paling remeh pada pandangan kita dalam soal bekalan gula contohnya,usahkan nak beli berkilo-kilo nak beli sekilo pun berpusing-pusing malah kadang-kadang belanja "pusing mencari gula" itu lebih mahal daripada harga sekilo gula itu sendiri.Apa semua ini??.

Terfikir mungkin inilah agaknya hasil produk atau keputusan yang dibuat oleh orang yang tidak pernah merasa "susah" sebenarnya.Kita lihat siapa yang memimpin kita sekarang!!.Adakah mereka yang bercakap pasal menghapuskan kemiskinan itu pernah miskin sebelum ini?,saya percaya tidak!!.Kalau kita lihat pimpinan dulu-dulu ya,mereka pernah merasa susah dan pernah merasa miskin tetapi pada saya mereka yang memimpin sekarang ini tidak pernah merasa apa itu kemiskinan sebenarnya.Jadi bagaimana mereka ingin membuat pertimbangan untuk membasmi kemiskinan,pada saya "bercakap" bolehlah,lebih daripada itu pada saya tiadalah.

Di sampaing "mengayakan diri"rata-rata pimpinan yang ada sekarang ini mewarisi kekayaan dan kepimpinan keluarga masing-masing.Hidup mereka senang dan suasana hidupnya bergelumang dengan harta benda yang tiada taranya.Jadi untuk menghayati denyut nadi susah senang sebenar rakyat miskin tidak akan dapat dikecapi oleh mereka-mereka ini,kecuali hanya dengan kata-kata yang lebih bersifat retorik semata-mata.Kalau rakyat jelata sebut "susah",itu lah susah yang sebenarnya tetapi susah pada pandangan mereka tidaklah sebagaimana yang rakyat merasa sebabnya mereka tidak pernah merasa "susah" itu sebenarnya.Kalau begitu, anda percaya mereka?..Lihat dan perhatikanlah..impikanlah apa yang anda cita-citakan..semoga anda berbahagia.










Share/Bookmark

Read more...

6:15 AM

Yeasss dah dapat...



Prof. Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik menjadi Naib Canselor UUM yang baru bermula 16 Jun ini...Tahniah!!!maka tak sia-sialah "pengorbanan" selama ini






Share/Bookmark Read more...

11:42 PM

Ustaz Hassan Shukeri Kembali Ke Rahmatullah!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-CrEwikAl0vF3ECVyqFSv_U2cZXLiRGyC5Nlf03K03GvPcetnA9wCT4k6U_iXsdXLjLUzb4DJ3NagoBfKMGCTGuFqbV9uQIiynn9bd8kZfsiU6jE_JGU21FQ11kN0j8FdejOQqZtXvU5i/s1600/Ustaz+Hassan+Shukri+1.jpg

Terkejut saya..baru sabtu lepas sempat bertemu dan makan pagi dengan beliau berhampiran lapangan terbang Kota Bharu..tetiba baru sekejap ini 2.30 ptg 14/06/2010 dapat perkhabaran beliau telah pergi untuk selama-lamanya...Takziah untuk keluarga beliau dan marilah kita menyedekahkan Alfatihah untuk beliau.Berita lanjut ada juga di sini



____________________________________________________________
Inna liLLAHI wa inna ilaiHI raji'un!!!











Wajah tenang allahyarham. Jenazahnya disembahyangkan dikediaman beliau di sini, bersebelahan bekas tapak Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar yang kini dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed.
_
Pulangnya pejuang islam, yang mengalir darah 'kulaan' ketika hayatnya, bertemu PenciptaNya hari ini. Beliau dikenang sebagai Pejuang Terbilang. Menyorot sejarah lalu, 13 MEI memberi cerita. Dan dibawah diturunkan kisahnya..

_
Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun 'bermandi darah' di Kuala Lumpur, dia sudah terpacul tetap menantikan kedatangan mereka. Dan ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak, atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya,dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkan dia, yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi Majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan "parang terbang dan selempang merah" untuk mara ke ibu kota.
_
Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. Malah ketika negara dilanda krisis Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari . Sehari kadang-kadang sampai dua kali!

Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti dibibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. Entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di Malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak kemana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil 'Ustaz' masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan Markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi di benaknya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai 'Headquartes' pejabat PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan Markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal RM20,000 beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina Markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Nakhaei untuk mereka sama-sama membeli tanah dengan harga sekitar RM26,000 bagi meluaskan kawasan Markas sekitar tahun 1982.

Selain menerima sumbangan wang, Markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya. Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, Markas PAS Taman Melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik ianya menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KLIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Pejuang Islam tidak akan susah.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di pelusuk negara. Ya, Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan Markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan 'buku undang-undang PAS' yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

Walaupun usia telah menjangkau 70an', Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS dan wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu, terasa begitu singkat rasanya memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan saya pegun dan asyik dengan kisah lamanya.

"Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. "Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah," katanya tersenyum semula.
_
Mengakhiri perbualan yang 'berlangsung' di kediamannya sendiri baru-baru ini. Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

_
"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," katanya sambil mecebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan, supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

[II]
Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Diciluk daripada AlBanjari online




Share/Bookmark Read more...

5:58 PM

Alangkah baiknya kalau .....

.





Melihat gambar dan berita ini,menginsafkan saya.Sepatutnya para pemimpin di mana-mana sahaja diapa-apa peringkat sekalipun sewajibnya bersikap dan berperangai begini,cuma terdetik di hati saya alangkah bahagianya kalaulah Presiden ini seorang muslim.




Share/Bookmark Read more...

12:44 AM

Kata Tok Guru Hj Hadi...Sabarlah jangan cepat jemu...



Dalam amanatnya sempena ucapan penangguhan pada muktamar ke 56 hari ini,beberapa intisari yang dapat dikutip dan boleh dijadikan panduan antaranya;


Istiqamahlah di atas bahtera ini kerana ianya adalah kuat.Alquran yang menjadi asasnya adalah merupakan jaminan di atas kekuatan tersebut.Kalau dulu pengikut nabi Nuh a.s yang selamat adalah yang mengikutinya bersama dalam bahteranya,maka kalau hendak selamat bersamalah dalam bahtera Islam ini.Jangan kerana sedikit kekurangan yang ada maka kita merajuk dan menenggelamkan bahtera ini,dan sabarlah jikalau pelayarannya agak lambat sampai ke destinasi,kerana memang sunnatullah perjuangan Islam ini adalah memakan masa,tenaga dan harta.

Jangan sebarkan sesuatu berita jika ianya menjadi fitnah.Benar atau betul sesuatu berita itu tetapi kalau ianya membawa kepada fitnah maka ianya adalah dilarang dan berdosa.

Rasuah adalah merupakan "kejahatan",tetapi membuat kebajikan untuk menarik manusia ke arah kebaikan adalah merupakan sesuatu yang "maaruf" dan bukanya rasuah sebagaimana dakwa sesetengah orang.Oleh itu banyakkan berbuat baik kepada manusia seluruh nya.

Bertolak ansurlah dalam sesuatu tindakan,dan jangan melampaui batas.Sejahat-jahat manusia tetapi di sana masih ada "kebaikan yang pernah dilakukanya.Oleh itu dampingilah mereka dan bimbingilah mereka ke arah kebaikan.

Ke Putrajaya InsyaAllah menunggu kemenangan.Ianya bukan mimpi,walau sesetengah orang berkata kita bermimpi,tetapi percayalah kalau kita ikhlas kepada Allah dan berusaha serta tawakkal insyaAllah ianya akan tercapai.Sebagaimana kisah janji Nabi s.a.w kepada Adi r.a tentang kemenangan Islam terhadap Rom dan Parsi.Oleh itu istiqamahlah di atas perjangan ini...





Share/Bookmark Read more...

11:40 PM

Hebatnya Dato'Bentara Setia Tok Guru





Baru sekejap mendengar amanat penggulungan daripada Tok guru sempena muktamar ke 56.Hebat sungguh !!,walaupun singkat dan pendek masanya tetapi merupakan ungkapan yang bernas dan berkesan.


Antaranya,beliau menyarankan supaya berbuat baiklah dengan semua manusia,samada Islam atau tidak.Panggillah manusia dengan gelaran yang baik,kerana itu adalah kehendak ugama.Beliau mengingatkan bahawa panggilan atau gelaran yang tidak baik itu tiada lain cuma hanya untuk menyedapkan perbualan sahaja namun ianya tiada nilai malah akan membawa kepada dosa.Sebagai contoh ada di kalangan perwakilan yang menggelarkan Rosmah itu sebagai suami Najib.Beliau menyeru untuk semua supaya berubahlah,oleh itu marilah kita menyahut saranan itu dan mencari keberkatan dengan kita meninggalkan perkara dosa walau pun dengan sekecil-kecil kebaikan.







Share/Bookmark Read more...

3:12 AM

Cerita seorang teman...

Semalam bertemu kawan lama.Sekarang sudah pun pencen.Dulu orang kuat di bank Bumiputera dan minat sangat dengan politik.Kerana beliau orang "politik"maka bersembang pun mestilah tersentuh sama isu-isu politik.Kerana beliau ini sudah agak veteran maka orang-orang politik veteran yang menjadi tajuk cerita kami.Kata dia masih ingat bagaimana seorang ahli parlimen PAS yang dipecat parti kerana berjoget di parlimen datang untuk berurusan di bank tempat beliau bertugas.Rupanya MP ini selain kegemaran berjoget beliau juga mahir berpantun.Antara pantun yang menarik minat dan masih diingati bait-baitnya oleh kawan ini ialah:..

Nama saya Hasyim Gera
datang ke bank bumiputera
untuk membuat kira-kira
oleh itu datanglah segera
untuk melayan saya...


Apa pun itu cuma kisah sahaja,bukan untuk memburuk dan mencerca...tetapi nak bercerita..sempena muktamar PAS ke 56 di PUTIK Kota Bharu Kelantan..










Share/Bookmark Read more...

5:56 PM

Untuk anak-anak pencari ilmu di perantauan..

"Siapakah manusia yang paling berilmu?” seorang lelaki daripada kalangan Bani Israel bertanya.

“Aku!” Musa ‘alayhi al-Salaam menjawab.

Jawapan Musa itu ditegur oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

“Sesungguhnya, seorang hamba di kalangan para hamba-Ku yang tinggal di pertemuan dua laut, dialah yang lebih alim daripada kamu,” Allah mewahyukannya kepada Musa.

“Wahai Tuhanku, bagaimanakah caranya aku dapat bertemu dengannya?” Musa meminta panduan.

“Bawalah seekor ikan (sebagai bekalan makanan di dalam perjalanan) dan letakkanlah ia di dalam raga. Apabila ia hilang, di situlah tinggalnya dia (Khidir)” Allah memberi panduan....

.....seterusnya baca di sini






Share/Bookmark

Read more...

7:56 PM

Berhati-hati....anda dan kita mungkin dalam bahaya

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –maksud hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-...baca sini














Share/Bookmark

Read more...

1:26 AM

Selamat Pengantin Baru

Sekarang musim cuti sekolah,"selamat bercuti untuk para guru dan murid-murid pelajar sekalian,semoga cuti kalian ber munafaat kepada diri,keluarga dan masyarakat.

Kesempatan cuti ini juga ramai yang mengambi peluang untuk mengadakan majlis "walimatulurus".Banyak jemputan yang diterima,bukan satu atau dua malahan puluhan.Maka dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk semua yang dikenali dan yang tidak dikenali yang menjemput dan diucapkan terima kasih.Harapan setelah "berkeluarga" tunaikanlah tanggungjawab anda sesuai dengan kehendak islam,dan doa saya semoga anda semua aman bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat








Share/Bookmark

Read more...

4:54 PM

Palestin :Jangan cari "Dunia" sahaja...







Tahniah para "pejuang " untuk Palestin,semoga diberi kemudahan dan bantuan Allah dalam misi masing-masing.Cuma harapannya janganlah dalam masalah Palestin ini kita hanya "menang glamour" sahaja sedangkan hakikatnya kita "kalah' sebenarnya.

Melihat kepada beberapa peristiwa yang berlaku dalam sehari dua ini melibatkan misi bantuan ke Palestin nampaknya "glamour" itu lebih "menjiwai" berbanding dengan keikhlasan yang menjadi saranan dan harapan sebagai muslim.Oleh itu bersamalah kita tingkatkan kefahaman kita tentang Palestin ini bukan mencari "sesuatu" yang tidak menguntungkan kita di dunia ini.Sesungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik dan berguna untuk mereka yang mengetahui.(pohon keampunan Allah jika persepsi saya silap)







Share/Bookmark Read more...

4:57 AM

Kalau ke Kelantan ..silakan singgah di sini









Share/Bookmark

Read more...