8:15 PM

Bersama kita mengadu KepadaNya....



Bersama kita pohon Allah menangkan Islam dan hancurkan Yahudi serta musuh-musuh islam atas nama apa sekali pun...















Share/Bookmark Read more...

9:00 PM

Kursus yang "terlampau"

Mungkin kebetulan ! itulah reaksi pertama yang akan dijawab jika ada berlaku sebarang musibah atau pun bencana ke atas seseorang termasuklah kematian.

Peristiwa kematian seorang pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang hari ini adalah sesuatu yang menyedihkan.cerita lanjut di sini

Persolan timbul,apakah perlu pegawai mahupun sesiapa termasuk tentera sendiri menjalani latihan yang sebegini?.Apakah beberapa kes kematian yang melibatkan pelatih yang berlaku di pusat-pusat latihan tentera dan juga PLKN tidak menginsafkan kita tentang perlunya kajian semula modul latihan yang kita jalankan selama ini.

Secara insaf kita tanya kepada pelatih dan juru latih,apa sebenarnya "kesan"yang diperolehi hasil daripada latihan-latihan yang telah diadakan selama ini.Memang hasrat yang tersirat dalam modul yang dirangka itu adalah untuk meningkatkan semangat jatidiri di kalangan pelatih,tetapi apakah dalam masa yang sesingkat itu kita boleh "mengubah" sifat semula jadi orang yang dilatih?.

Dalam kes pegawai PTD ini , apakah perlunya latihan yang dikira tidak masuk akal ini diadakan,sebagai contoh;antara latihan yang ditempuhi oleh beliau dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.Apa kaitannya dengan kerjaya pegawai ini,pada saya ianya tidak perlu hatta untuk anggota tentera pun saya rasa tidak selayaknya diperlakukan sebegitu.

Oleh itu kepada para "cerdik pandai" yang terlibat dalam merangka modul dan jadual latihan untuk apa jua lapangan dan bidang,rasionalkanlah pemikiran anda,ada benda-benda perlu "ketegasan",namun ianya tidak semestinya "merosakkan" apa yang kita punyai.Berlembut dalam sesuatu mungkin kesannya lebih hebat ibarat titisan air akan menembuskan ketulan batu yang besar,namun satu lautan air pun kalau sekali disimbah pada batu dianya tidak akan menampakkan apa-apa.Begitulah juga dalam konteks "melatih" ini, seharusnya secara bersopan dan berterusan adalah lebih baik daripada kita "ekstrim" tetapi masa yang diambil adalah singkat,kerana kesannya adalah amat kurang.Disiplin cuma masa kursus sahaja,lepas kursus ianya hilang entah kemana....apa pun al Fatihah untuk Allahyarhamah Norhashimah Wahid dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka.Ucapan takziah juga untuk suami beliau Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin serta anak perempuan mereka berdua Nur Hylda Daenia.Semoga Allah memberi kesabaran kepada anda berdua dan roh isteri/bonda anda tersayang ditempatkan bersama-sama orang solih dan beriman.Sekali lagi al Fatihah..






Share/Bookmark

Read more...

12:07 AM

Kata kaya,tapi "kedekut"..atau memang kita miskin

Masih ingat semasa usia kanak-kanak harga gula masa itu,cuma 15 sen sahaja sekati bukan kilo lagi masa itu(baca: satu kati = 600gm),tetapi sekarang ini harganya dah melonjak sehingga RM1.65/kg.Bayangkan berapa banyaknya perbezaan harga tahun 60an dengan tahun 2010 ini.Itu pun harga dikatakan bersubsidi.Bayangkan juga kalau ianya tidak bersusidi.Itu satu contoh diantara beberapa produk yang selalu digunakan oleh kita semua sebagai pengguna.

Menjadi kepelikan juga,negara dikatakan semakin kukuh ekonominya,saban hari pimpinan menyebut tentang pertumbuhan ekonomi yang "mampan",tetapi kenapa pula tiba-tiba timbul isu negara akan muflis pula?.Kata Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.Kenapa pula begitu?

Kepelikan juga,di musim banyaknya "makmal" ditubuhkan untuk "mengkaji"isu-isu dalam pentadbiran negara ini,semakin banyak pula keputusan atau cadangan yang pelik-pelik telah diutarakan oleh mereka yang menganggotai makmal-makmal tersebut.

Dalam perkara yang berkait dengan penarikan subsidi misalnya,sudah tentu ianya akan menjejaskan taraf hidup rakyat.Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Terfikir dalam benak fikiran,agaknya inilah dia hasilnya kalau sesuatu keputusan itu dibuat oleh orang yang bukan ahlinya.Kita kena ingat politik ini adalah seni dalam pentadbiran,dalam mentadbir sudah tentu kita perlukan kelunakan daripada orang kita tadbir itu.Bagaimana mungkin kita menjadi pentadbir negara yang baik jika rakyat marah dengan kita?.Mentadbir negara bukan macam mentadbir perniagaan yang mementingkan untung dan rugi.Mentadbir negara adalah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya,bukan juga untuk kelompok dan suku.

Orang bukan politik macam Ketua Pelaksanaan PEMANDU dan para pembantunya dalam makmal, mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalaman mereka hanya makan gaji dan gajinya pula besar,tambahan lagi denyut nadi rakyat marhein tidak pernah sedikit pun dihayati,walaupun mereka sebenarnya adalah hasil daripada sumbangan "subsidi".Moga-moga penarikan subsidi ini tidak menjadi demi untuk anak bangsa negara ini,sebabnya muflis itu belum tentu terjadi jika kita berhati-hati.










Share/Bookmark

Read more...

2:10 AM

Nasib Keretapi Tanah Melayu di bawah 1 Malaysia

Sebagai rakyat marhein,saya merasa pilu dan sedih apabila mendapat berita bahawa tanah KTM di Singapura akan diserahkan kepada Lee Shien Loong dengan beberapa "pertukaran" yang dikatakan Malaysia bermunafaat dengannya.Saban hari "berita indah" dimainkan melalui media elektronik dan juga cetak tentang "keberuntungan" negara Malaysia tercinta ini hasil perjanjian penyerahan tersebut.Ramai "Cerdik Pandai"(baca: cerdik tapi tidak pandai) mengeluarkan pandangan dan sokongan,namun hati saya masih tidak tenteram.Nampaknya rasa dan perasaan yang terbuku di hati saya dapat dikongsi bersama pandangan ini.Saya juga sependapat dengan Dato',terima kasih Dato'kerana perihatin.









Share/Bookmark

Read more...

5:06 PM

Kalau semua ada kesedaran ini alangkah baiknya.

"Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat " katanya.

Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

Ceritanya di sini





Share/Bookmark

Read more...

9:02 PM

Demi untuk memenuhkan perut yang menghasilkan T***

Kata orang kalau mengusahakan sesuatu mesti sungguh-sungguh,tanpa usaha yang tekun dan berterusan maka hasilnya tidak akan menjadi.Cuba lihat gambar ini.

dan ceritanya di sini



Sebagai renungan,

Kadang-kadang terfikir,kata orang yang membezakan manusia dan binatang adalah akalnya,kalau kita lihat kepada peristiwa ini,apa penilaian anda,lembu dekat jalanraya itu pun bila ada kenderaan yang lalu ianya akan mengelak,bermakna takutnya lembu itu kepada bahaya,tetapi dalam kes di atas itu saya tidak dapat gambarkan apa jenis sebenarnya mereka ini.

Berfikir juga saya kenapa mereka ini sanggup bebuat demikian,jawapannya adalah untuk mencari "sesuap"bagi memenuhi tembolok yang mungkin selalu kekosongan.Tetapi kenapa sehinggakan membahayakan diri,sedangkan dikatakan banyak lagi sumber pekerjaan yang ada untuk mencari rezki.

Sebenarnya banyak "cerita" yang menyeronokkan berkaitan ekonomi ataupun peluang kekayaan sering dilagukan kepada kita semua.Sebagai contoh apabila kita ikuti melalui media,cetak mahupun elektronik,semuanya baik-baik belaka,tetapi hakikat sebenarnya adalah tidak begitu.Cuba tengoklah dalam kes di atas.Saya percaya ini berlaku kerana "keperluan" yang teramat mendesak sehinggakan orang ini sanggup untuk melakukan perkara itu walaupun dia tahu perlakuan itu adalah amat merbahaya.Harapkan pertolongan dan bantuan kerajaan mahupun masyarakat,sekadar retorik boleh lah,tetapi hakikat sebenar orang yang hangus dan putus badan itu sendirilah yang tahu hakikatnya.

Bagi mereka yang berkerja tetap pula ,tidak timbul "masalah" ini,cukup bulan dapat habuan,tetapi yang tidak berpendapatan tetap "peritnya" cukup terasa.

Pada pandangan sayajuga,memang perangai "nakal" di kalangan ahli masyarakat tidak dapat kita elakkan,namun begitu kita ada cara supaya ianya boleh dijinakkan.Harimau yang garang itupun boleh di"atur" kehidupannya hatta kita boleh jadikan dia "kawan" dalam pertunjukkan sarkas,inikan pula manusia yang dikatalah Pencipta sebagai sebaik-baik kejadian!!.Oleh itu cukuplah wahai para pimpinan,hentikanlah retorik dan kemungkaran,kerana itu semua tidak membantu menjadikan kita hidup dalam keberkatan,malah saya yakin "kejadian"ini semua adalah musibah terhadap kealpaan kita terhadap "manual"yang telah ditetapkan kepada kita semua.Oleh itu masih ada masa, haramkanlah apa yang diharamkan dan halalkan apa yang dihalalkan,nescaya kita semua akan selamat.Percayalah kepada JanjiNya!!!.










Share/Bookmark Read more...

12:38 AM

Cuba baca ungkapan ini...

"Mampukah mereka yang keluarganya dalam sengsara mengamankan negara, dan membahagiakan rakyat jelata? Kita juga letih mendengar nasihat dari mereka yang pernah menjadi pemimpin, yang mengecewakan, tidak berhenti-henti turut memberi nasihat dalam berbagai perkara pula. Bolehkah, sebagai rakyat, kita katakan kepada mereka, dalam bahasa yang mereka mudah faham - 'please leave us alone.'"

Nak tahu penulisnya,baca di sini



Share/Bookmark

Read more...

8:56 PM

Judi dengan Riba'- kena tentang semuanya!!

Islam menetapkan bahawa judi itu adalah haram hukumnya.Bila ianya haram maka kita kena jauhi dan mencegah daripada berlakunya judi itu.Bagaimana jadinya kita kalau kita tidak bertindak untuk mencegah dan menghalang daripada "terjadi"nya judi itu.Sudah tentu hukumnya adalah berdosa.Tahap dosa pula bagi judi ini adalah tergolong dalam kategori dosa besar.

Bagaimana pula kalau kita yang ada "kuasa"(baca :pimpinan yang memerintah),sudah tentu tahap kebertanggungjawabannya lebih daripada orang biasa,tambahan lagi kita juga telah memberi "kebenaran" pula untuk berjudi itu.Pada saya kalau pemimpin, menjadi tanggungjawabnya dan bertanggungjawab apabila berhadapan dengan Allah pada hari yang tiada guna harta dan anak pinak terhadap apa yang dilakukan di dunia ini.Kalau ianya tidak tahu maka menjadi tanggungjawab para penasihatnya pula untuk memberitahu.kalau ianya terus berdegil maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk membetulkanya hatta terpaksa berhadapan dengan mungkin kesulitan diri dan keluarga.

Dalam bab dosa ini,bukan sahaja judi malah riba juga adalah dosa,malah Allah mengajak mereka yang beramal denganya "berperang".Dalam meneliti perkara riba' ini saya kadang-kadang terfikir,kenapa ianya tidak sangat menjadi isu dan tidak sebising judi,atau kerana sekarang ini sudah ada bank islam?,kita kena ingat sekarang ini walaupun ada bank islam namun bank yg tidak islam masih terus dikekalkan dan dalam hal ini pada saya serupa sahaja antara judi berlesen dengan tidak berlesen.

Saya nampak kalangan orang yang "tahu" ini semacam "double standard"dalam bab ini.bila judi bising-bisingan menetang,baguslah begitu,tetapi bagaimana pula dengan riba',ada sesetengah yang bergelar ustaz kadang-kadang lebih daripada orang jahil beramal dengan riba' ini.Rumah berbilang buahnya,kereta berbilang jumlahnya,semuanya hutang,kadang-kadang riba'lah menjadi sandaranya,alasan hutang cara islam itu lebih mahal berbanding dengan hutang konvesional.MasyaAllah pohon Allah ampunkan.









Share/Bookmark

Read more...

11:19 PM

Tak takut ke...?

1

Jijik,mual,menyampah itulah perasaan bila menonton program 999 TV3 20/05/2010.Bukan programnya tetapi "pelaku" yang dipaparkan dalam slot tersebut.Bagaikan tiada rasa bersalah,malah daripada perbualan fasih yang sempat didengar saya percaya mereka berbangsa Melayu.(mungkin saya silap) namun apa bangsa pun perbuatan ini adalah menjijikkan.

2.

Jijik juga,ini berkait dengan judi.Judi memang selamanya adalah haram,dari sejak negara belum merdeka belum berlaku sebagaimana sekarang ini.Kalau dulu lesenya diberi juga untuk menghalalkan yang haram itu tetapi kali ini lebih "terbuka" sifatnya

3.

"Perang saudara" berlaku di Thailand,antara baju merah dan kerajaan sehingga mengorbankan puluhan nyawa.



Dua perkara yang berlaku adalah di negara kita Malaysia ini.Satu lagi berlaku di luar negara.




Cuba kita merenung sejenak kepada peristiwa ketiga yang saya sebutkan itu.Tentu kita masih ingat tentang peristiwa pembunuhan oleh tentera yang berlaku melibatkan ratusan nyawa di selatan Thailand beberapa tahun dulu dan dilihat masih berterusan sehingga kini.Ramai yang kehilangan saudara mara,suami dan juga anak-anak.Mereka ini sebenarnya terasa mereka dizalimi dan terinaya.Sebagai manusia bila dia merasa dirinya terinyaya maka sudah tentu dia akan berdoa supaya dirinya terbela dan mereka yang zalim itu diberi balasan yang setimpalnya.Mungkinkah peristiwa di Bangkok itu adalah manifestasi hasil daripada doa-doa mereka ini yang mana di"bala"kan oleh Allah berperangnya sesama sendiri?..bersama kita fikirkan.

Kisah yang kedua dan ketiga juga seharusnya kita renungkan.Kedua-duanya berlaku di negara kita yang disayangi ini.Cuba ingat balik bagaimana kaum nabi Allah Lut di hancurkan kerana amalan seks sejenis di kalangan mereka.Peristiwa yang dipaparkan melalui program 999 itu saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku dizaman nabi Allah Lut.Begitu juga dengan judi,juga adalah amalan yang mencari murka Allah.Tidak takutkah kita "bencana" yang akan ditimpakan kerana kemungkaran itu.Sesungguhnya begitu banyak sekali perkara-perkara mungkar yang lain yang sedang dan sudah berlaku di negara kita ini.Apakah kita sanggup berhadapan dengan "ujian" Allah yang dijanjikan kepada golongan yanga mungkar?Apa yang dikesalkan kenapa kita tidak menginsafi semua ini,ingat golongan yang "baik"juga akan "terkena"jika dikirimkan "ujian" itu(mohon perlindungan Allah).Oleh itu ayuhlah para ulama',mufti,dan ugamawan serta orang-orang yang "baik".Lupakan kepentingan diri kerana sedikit kesenangan dunia sehingga kita membisu seribu bahasa terhadap kemungkaran ini.
Share/Bookmark Read more...

11:29 PM

Untuk anak-anak di Medan Perjuangan..

Salam ingatan kepada semua anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk sesi 2009/2010 ini,semoga kalian akan beroleh kejayaan yang terbaik.Usahakanlah dengan sedaya mungkin semoga usaha padu dan kesungguhan anda dibalasi dengan kurniaan kejayaan. Kami mendoakan agar dipermudahkan kefahaman dan ketenangan dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Lapangkan fikiran usah berdukacita kerana "susah" itu adalah merupakan adat berada di medan juang,tanpa ujian maka itu bukannya perjuangan.

Demi sesungguhnya dalam hidup ini sudah ada ketentuan Tuhan,namun apa yang perlu kita hanya berusaha,berdoa dan tawakkal insyaAllah akan diberkati Tuhan.

Apa pun doa dari kami untuk kalian semoga berjaya

Remember: NOTHING BUT EXCELLENT!!

~ بالتّوفـيق والنّجـاح في الإمْتحـان ~








Share/Bookmark Read more...

12:45 AM

Untuk yang bergelar kaunselor

Syabas dan tahniah untuk anda kerana berjaya menjadi seorang kaunselor.Hasrat anda ke arah itu tentunya dengan satu hasrat untuk melihat "kebaikan " akan berlaku di kalangan ahli masyarakat.Setelah berpenat menghabiskan pengajian bermula di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat doktor falasafah maka sudah tentu ianya tidak seharusnya dipersia-siakan begitu sahaja,ianya hendaklah dimunafaatkan bersesuaian dengan apa yang diperolehi tersebut.

Sebagai muhasabah bersama,ingatlah tugasan anda ini sebenarnya amanah,bila amanah ianya hendaklah dilakukan dengan ikhlas.Jangan jadikan bidang ini sebagaimana perniagaan impot-ekspot atau bisnes kereta dan sebagainya yang menjadikan pulangan material sebagai tajuk utama.Memang tidak dinafikan gerak kerja kita untuk "menghidupkan"bidang ini adalah perlu kepada "booster" untuk menghidupkanya,tetapi kalau matlamat itu yang diutamakan maka dibimbangi hasil yang kita akan dapat adalah dalam bentuk "hampas" yang sudah tentunya tidak berguna.Di dunia kita rugi cuma dapat hampas dan di dunia yang satu lagi juga sudah tentu juga kita akan dapat hampas.

Perelokkanlah akhlak diri anda,jangan hanya elok bila "bermotivasi" tetapi di belakang tabir kehidupan anda penuh dengan kecelaruan.Bila diperlukan khidmat anda janganlah berlaku tawar menawar,sehinggakan RM5 pun berkira.

Kita lihat bercambah "training centre" yang wujud namun bercambah juga gejala yang tidak elok yang berlaku malah keluar sahaja daripada "pintu" pusat latihan terus sahaja "bertukar"perangai.Kalau malamnya boleh menangis insaf tetapi keinsafan itu "ditinggalkan" dalam pusat latihan bersama para kaunselor dan motivator yang ada.Kenapa begini?..Berubahlah wahai sahabat-sahabat para kaunselor(baca: bukan semua),pembawaan anda sebenarnya tidak sesuai untuk menanam benih kebaikan,kerana "benih" yang anda tanam itu bukan benih yang sebenarnya.Berubahlah....






Share/Bookmark

Read more...

11:41 PM

Untuk Guru-Guru-Ku

Selamat Hari guru

untuk yang telah mengenalkan aku tentang diri
tentang alam
tentang pencipta
tentang pelbagai
sehingga aku menjadi sebagai aku hari ini
untuk kalian ku doakan
kerahmatan
keberkatan
penganugerahan
semoga kita semua beroleh syurga Tuhan..
Share/Bookmark

Read more...

12:46 AM

Hari yang ceria

Entah kenapa bila bangun pagi ini rasa ceria dan gembira pula rasanya.Walaupun malam tadi tidur agak lewat tetapi keceriaan pagi ini melebihi keceriaan hari-hari sebelumnya.Setelah merenung-renung rupanya ada suatu peristiwa semalam yang membangkitkan "angin" untuk ceria.

Terfikir rupanya beginilah kalau orang "sakit"bila disuakan dengan sesuatu yang menjadi minatnya maka sakitnya akan hilang dan terus sihat.Sebab itulah kalau di sesetengah tempat semasa lampau di Pantai Timur kalau ada orang sakit maka mereka akan mengadakan upacara main puteri atau pun silat,dan apabila muzik gendang,serunai dan gong dimainkan maka "angin " pesakit akan terusik dan tidak semena-mena akan sihat dan sembuh daripada penyakit yang dihidapinya walaupun dalam tempuh yang sekejap.

Saya pun mungkin begitu hari ini terasa segar dan ceria bila mendapat berita daripada Sibu....Tahniah dan selamat berjuang..





Share/Bookmark

Read more...

10:35 PM

Sudah ada yang menyesal jadi Melayu...

Sudah seminggu lebih rasanya tidak menjegah maya.Berkebetulan pula ada tugasan luar.Tambahan lagi dengan kelembapan Streamyx yang menjadi-jadi di lokasi menyebabkan laptop dibiarkan "tidur" bersama dengan pakaian di tempat menginap tersebut.

Dalam minggu ini juga ada dapat SMS daripada kawan yang melepaskan perasaan yang beliau sedih menjadi Melayu.Katanya apa tidak sedihnya dalam bulan ini saja bermacam-macam orang selain Melayu dapat.Mulanya saya tidak perasan tetapi bila diungkitnya beberapa "pemberian" oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Hulu Selangor dan sekarang ini di Sibu baru saya perasan dan faham tentang keluhan kawan ini.

Kata kawan itu lagi cuba bayangkan Melayu cuma dapat duit poket seratus,dua ratus atau tiga ratus lepas itu layu dan senyap sunyi dengan angan-angannya.Duit yang dapat itu pun bukan buat apa pun,beli rokok dan beli "topUp" telefon bimbit saja dan habis gitu saja.Tetapi bangsa lain dapat puluhan juta,bila dapat digunakan untuk pembangunan insan di kalangan mereka(pelajaran).Kesan kepada perbelanjaan ini akan bereterusan sampai bila-bila.Bila belajar maka sudah tentu akan cerdik.Bila cerdik anda semua tahulah apa kesannya.Melayu...hanyut dibuai mimpi dengan sejarah kata-kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia".Memang tidak hilang, tetapi apa gunanya kalau merempat.

Kata kawan itu lagi betapa sekarang ini sudah banyak Melayu "kehilangan " hak dan peluang samada pendidikan,peluang pekerjaan malah apa sahaja yang menjadi dominan kepada Melayu itu sendiri di masa lampau..Menyesal betul jadi Melayu kata kawan itu.








Share/Bookmark

Read more...

1:15 AM

Para promoter produk kesihatan...berakhlak dan beramanahlah anda!!

Dewasa ini semakin banyak produk kesihatan muncul menemui pengguna,dan sebagaimana semua maklum mutu kesihatan di kalangan penduduk tidaklah begitu baik berbanding dengan kecanggihan kaedah perubatan yang ada.

Penyakit darah tinggi,Kencing manis,buah pinggang,jantung dan sebagainya adalah lumrah sekarang ini,dan kadang-kadang ada gurauan kalau anda tiada penyakit-penyakit ini maka anda adalah daripada golongan yang luar biasa.

Oleh sebab penyakit-penyakit tersebut dilihat amat berleluasa sekarang ini maka peluang ini telah diambil oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menghasilkan pelbagai produk dengan tujuan untuk "mengubati" penyakit-penyakit tadi.Walaupun ianya ada sedikit kesan namun pada saya kepentingan material mengatasi segala-galanya berbanding untuk menyihatkan pengguna itu sendiri.Kenapa begitu?,anda lihatlah betapa produk yang dihasilkan itu walaupun bersumberkan bahan mentah yang mudah diperolehi dan murah itu telah dijual dengan harga yang begitu tinggi dan kadang tidak terfikir dek akal kita.


gambar hiasan

Di satu pihak perangai manusia yang sakit atau yang tidak sakit memang semuanya takut mati.Semuanya inginkan tubuh badan yang sihat dan kalau boleh umur yang panjang dan seboleh-bolehnya jangan mati.Kerana "perangai" inilah maka kesempatan diambil oleh para pengeluar untuk "menjerat" pengguna yang "sakit" tadi dengan menawarkan produk-produk mereka yang didakwa berkhasiat dan mempunyai segala-galanya.

Ada di kalangan promoter yang mewakili beberapa pengeluar produk kadang-kadang kempennya agak melampau dan ini mempengaruhi sebahagian daripada kita.Ada kes dimana pesakit diberi jaminan apabila mengambil produknya maka tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan yang diberi pihak hospital.Alasannya kerana ianya "bercun" dan boleh merosakkkan organ dalam badan.Anda bayangkan,kadang-kadang pesakit ini sudah mengambil ubat ini dalam tempuh yang lama,contohnya untuk mengawal darah tinggi.Tiba-tiba kerana "kempen" yang "mempesonakan" maka ubat darah tinggi yang sudah berpuluh tahun yang diambil itu diberhentikan pengambilanya.Anda bayangkan apa yang terjadi kepada pesakit ini...

Oleh kerana terlampau percaya dengan dakwa dakwi promoter produk kesihatan ini juga ada kes berlaku serangan strok di kalangan pengidap darah tinggi dan jantung dan akhirnya membawa kepada kematian.

Ada juga kes dimana mereka dilarang untuk mengambil "paracetamol" dengan alasan ianya akan mengganggu kesetabilan buah pinggang dan ianya kekal sehingga tempoh lima tahun untuk dikeluarkan daripadanya walaupun hanya sebiji yang diambil.


gambar hiasan

Ini diantara senario yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.Oleh itu keperihatinan pihak pengeluar adalah amat-amat diperlukan supaya tidak berlaku terlebih "kempen" yang akhirnya akan "merosakkan" diri dan jasmani masyarakat itu sendiri.Berakhlak dan amanahlah dalam kehidupan ini.






Share/Bookmark Read more...

7:32 AM

Allah haramkan Judi



Jelas dalam Islam Allah haramkan judi.Kenapa kita menghalalkanya?.Dalam mesyuarat baca Bismillah,beri salam dan sebut InsyaAllah,nampak gaya macam ada iman tiba-tiba judi yang Allah haramkan nak dibolehkan pula.Baca di sini.Sebagai harapan,kaji semula lah kenyatan itu,Kalau tersalah baliklah ke pangkalnya lagipun lesen pun belum keluar lagi,banyak sudah dosa yang kita lakukan jangan hendaknya ditambah lagi dengan dosa ini nanti tidak tertanggung kita,tambahan lagi dosa ini sebenarnya membawa bala'.Taubatlah kawan...takutlah akan neraka Allah yang membakar dimana bahan bakarnya adalah terdiri daripada Jin dan Manusia


gambar hiasan



Share/Bookmark Read more...

5:06 PM

Kawan!!..jangan jadi kaduklah...

Kawan
dunia belum lagi mati
kiamat juga belum muncul lagi
itu sebab kita masih ada di sini

kawan
kenapa gopoh sekali
cuma sedikit kudrat yang diberi
kenapa cepat lupa diri

kawan
kenapa tidak sabar diri
atau terasa sangat berkuasakah kini
ingat kita masih ada Ilahi
yang menegah itu dan ini
supaya terselamat di akhirat nanti

Kawan
kenapa begini
tidak terasa janggalkah diri
bila buat itu dan ini
yang sebenarnya bukan hak diri

Kawan
Kenapa perasan sendiri
walau pun dingatkan berkali

Kawan
rupanya begini orang lupa diri
peristiwa lalu bagaikan mimpi
cuma terkesan bila terkena diri
untuk orang lain apa peduli
yang penting aku ada kuasa kini

kawan
ingat kita di dunia ini
cuma singgah untuk membekali
bekal dicari untuk selamat diri
dari ancaman yang Maha mengentahui
ingat itu aduhai kawan yang dikasihi
kita tidak kekal di sini

Kawan
berbagai peristiwa kita lalui
malah kita alami sendiri
kenapa tidak insafi diri
atau memang kita lupa diri

Kawan
ingatlah pesanan ini
jangan lupa diri
biar orang lain yang tinggi diri
namun kita masih ada jati diri..









Share/Bookmark

Read more...

4:52 PM

Anda ada kenderaan?..hati-hati jangan amalkan lagi selepas ini

Sudah berpuluh tahun saya melakukannya sebelum memulakan pemanduan di awal pagi,rupa-rupanya amalan ini tidak baik dan merugikan kita.Kepada kawan-kawan pemilik kenderaan ayuh bersama kita mulakan gaya yang baru apabila kita mula menghidupkan kederaan.Klik dan Baca sini





gambar hiasan



Share/Bookmark Read more...

4:00 AM

Antara sebab susahnya kita untuk berubah...

Hari ini sempat mengikuti satu program ceramah oleh Datuk Dr Hj Ismail Alias,Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.Ceramah beliau dengan tajuk "Transformasi Minda Perkhidmatan Awam Malaysia" amat menarik dan mengujakan sehinggakan masa dua jam yang diambil beliau untuk ceramah tersebut bagaikan beberapa minit sahaja.Antara intisari yang dapat dikutip daripada ceramah tersebut ialah:

Kebanyakan pelan transformasi/perubahan akan mendapat tentangan daripada orang yang hendak diubah tersebut,diantara sebabnya ialah:
- Tidak berkemampuan
- Tahap toleransi rendah
- Kepentingan diri
- salah faham
- Kurang yakin/percaya
- Terkejut
- Masa tidak sesuai
- Perbezaan penilaian


Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Operasi)



- Tiada Pendirian
- Tekanan Kawan
maka untuk berubah kita kena sesuaikan perkara-perkara ini supaya dapat diterima semua pihak.







Share/Bookmark Read more...

7:08 AM

Pesan untuk Kawan

Kawan
rupanya tidak lama
kini kita lihat segalanya

dulu guru kita bercerita
tentang hebatnya dugaan
satu masa ramai yang lupa Tuhan
terjerat dengan rasukan syaitan


segalanya ada kini
bunuh anak
bunuh abang
bunuh isteri
tendang bapa
tendang ibu
tendang isteri
hingga tak terbilang lagi

kawan
sedarkah kau kini
apa yang guru kita cerita dulu terjadi kini

kata guru kita lagi
kamu nanti ibarat seorang diri
kalau termusibah tiada yang endah lagi
mereka semua hanya jaga diri
walau pun punya wang sudah berguni

benarnya pesan guru kita ini
yang kita sempat melihat sendiri
bagaimana dunia ini diperkosa manusia sendiri

kini betul terjadi
manusia memberi janji
bagaikan tuhan empunya bumi
jika mahu itu dan ini
kamu kena ikut perintah ini

kawan
pesan guru kita lagi
kalau terjadi perkara ini
semasa kita hidup lagi
kita kena jaga diri
kerana orang semuanya tidak boleh diharap lagi
tambah lagi sekarang sudah tiada nabi

apa yang ada cuma dua sumber rasmi
Ouran dan hadis nabi
itu pun sudah ramai tidak peduli
kalau ada pun cuma banyak yang tidak asli
masing-masing penting diri
demi untuk jaga diri
penyelamat sementara di bumi

akhirat macam tidak peduli
sebab iman yang semacam tidak bererti

kawan
kini guru kita sudah tiada lagi
cuma pusaka yang ada kini
kita kena yakin diri
kerana itu semua janji yang pasti
apa pun semua kita akan mati
walau pun ramai yang tidak gemari...














Share/Bookmark

Read more...