7:34 AM

Anugerah :Beza antara nampak dan tidak nampak

Semua seronok bila mendapat sesuatu anugerah.Kalau daripada istana tentulah pingat kebesaran atau sebagainya,dan kalau di pejabat-pejabat sudah semestinya anugerah khidmat cemerlang atau pun pekerja terbaik dan sebagainya.Kalau dapat mesti seronok.Sebab itulah ramai yang berusaha untuk mendapatkanya.Usaha itu samada cara elok atau tidak tolak tepi,apa yang penting dapat,dan bila dapat maka seronoklah.

Anugerah ini kalau diperolehi,biasanya tiada apa sangat ganjaranya,paling tidak bergelar atau dalam surat menyurat maka di pangkal atau hujung nama itu adalah apa-apa pingat atau gelaran,itu saja.Kadang-kadang kita hairan kenapa manusia suka sangat dengan perkara-perkara sebegini?

Berbeza dengan anugerah yang asli yang dijanjikan Allah.Berjenis-jenis yang Allah sebut dalam Al-Quran,kita lihat tidak ramai yang cuba merebutnya.Kalau ada pun usahanya tidaklah sebagaimana merebut anugerah yang disamopaikan di dunia ini sebagaimana yang disebut tadi.Dari jenis apa pun mansia ini hatta yang bertitle ustaz pun sama,bila anugerah daripada istana ke atau jabatan ke maka bertungkus lumuslah dengan usaha dan persiapannya.Bermula daripada persediaan pakaian sehinggalah tatacara penerimaanya,belajar,penedek kata daripada A sampai Z kita belajar dan ingati,namun anugerah yang Allah dah janjikan itu ada kita bersiap samapai begitu?,sedangkan ganjaran itu adalah berkekalan dan menjadi nikmat yang tidak terperi nikmatnya.

Terfikir kita ini sebenarnya amat jahil dan tidak pandai memilih dan menilai sebenarnya.Kita lebih mementingkan apa yang kita dapat lihat berbanding dengan apa yang dijanjikan Allah yang sebenar-benar penjanji,cuma tidak diperlihatkan sahaja untuk masa kini.Apakah kita sebenarnya beriman? sebagaimana yang kita ikrarkan atau cuma menyebut di bibir sahaja bagaikan burong tiong?tetapi di hati sebenarnya tidak?!!.Kalau begitu masakan kita berbeza dalam situasi begini.Bersama fikirkan...











Share/Bookmark

0 comments: