1:06 AM

Rehlah.....




Hari ini bercuti.Dikesempatan cuti ini ke Terengganu.Di sana sempat mengunjungi satu tempat pelancongan di Lata Belatan Besut Terengganu.Tempatnya cantik dan sesuai untuk santai keluarga.Dengan air terjun serta alur sungainya yang agak cetek memang sesuai untuk anak-anak kecil.Tahniah juga kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab di tempat tersebut kerana menyediakan beberapa kemudahan seperti tempat luncur di tebing sungai dan juga tempat untuk BBQ.Cuma tempat letak keretanya agak terhad dan terpaksa letak di tempat yang berbayar.Kemudahan bilik untuk menyalin pakaian juga disediakan cumanya bilik airnya agak kurang bersih dan tidak terurus.Kepada Majlis Daerah harap usahakan supaya kebersihan diutamakan dan Pakirnya percuma serta jalan masuk ke situ sentiasa baik dan tidak berlubang.Semuga "mood" untuk berehlah tidak kucup dengan kelemahan-kelemahan sebegini.Apa pun tahniah kerana sentiasa ada penambahbaikan..









Share/Bookmark

Read more...

5:58 PM

Perangkap....

Rasanya semua kita tahu apa itu perangkap.Selalunya kita gunakan perangkap ini untuk menangkap sesuatu,binatang liar contohnya.Namun akhir-akhir ini untuk menangkap manusia juga guna perangkap.Contohnya Polis guna perangkap laju untuk menahan kenderaan yang dipandu melebihi had laju.Begitu juga SPRM juga guna perangkap "Wang bertanda" untuk menangkap perasuah.Lihat ini.



Melalui N3 ini cuba kita buat penilaian sikit tentang perangkap dan memerangkap ini.Apa pandangan anda?.Dalam hal ini saya menyokong penuh apa sahaja tindakan ke arah membendung semua gejala yang tidak sihat ini cumanya cara membendung itu perlu kepada penelitian.








Memang ,untuk mengesan dan menanggani gejala salah laku di kalangan yang tidak berintegriti adalah sesuatu yang agak rumit.Jadi untuk lebih nampak keberkesanannya maka "perangkap"lah sebagai alternatifnya.Dengan perangkap itu semua bukti akan terkumpul dengan baik dan pihak-pihak yang berwajib akan lebih "kuat" apabila berhujjah terutamanya dimahkamah dan sudah tentunya akan "menang" dalam sesuatu tindakan itu.

Pokok persoalanya di sini adilkah kita bila kita menangkap dengan perangkap ini.Secara realitinya memang yang tidak berintegriti ini perangainya memang kurang baik.Tetapi cara kita menangkap dengan perangkap juga sebenarnya tidak begitu"berakhlak"jika kita melihatnya secara insaf.Ikan! memang perangainya memakan umpan tetapi tidak adillah bila kita mengumpannya,namun dalam masa yang sama kita meletak mata pancing bersama umpan tersebut dengan tujuan untuk menangkapnya dengan cara yang mudah.Maka begitu juga lah dalam kes kita "mengumpan"dalam kes-kes yang melibatkan rasuah.Maklumat kita dapat,kenapa perlu kita umpan/perangkap untuk menangkapnya?tidak bolehkah kita menangkapnya tanpa perangkap?.Untuk berlaku adil rasanya eloklah kita kaji semula tatacara penangkapan dengan perangkap ini,kerana ini dirasakan ianya lebih bersifat "menyusah"mereka yang tertangkap itu daripada mencegah sebenarnya.

Kita tahu mereka tidak amanah, namun kita juga hendaklah lebih amanah daripada mereka.Antara sifat yang amanah itu kita hendaklah jujur dalam tugasan yang kita buat!, Sesungguhnya sesuatu matlamat itu sebetulnya tidak menghalalkan cara.Islam pun sebut begitu














Share/Bookmark Read more...

8:39 PM

Rasanya kena ubah cara la ustaz!!!

Dewasa ini akhlak masyarakat makin rosak.Gejala zina,buang bayi,merompak dan sebagainya lagi makin berleluasa.Tidak sedikit tenaga dan wang ringgit yang dikeluarkan untuk membendung perkara ini.Namun ianya masih terus berleluasa.Kenapa?!!





gambar hiasan


Berapa ramai yang terlibat dalam membanteras gejala ini.Bermula dengan mendidik masyarakat supaya berakhlak dengan akhlak yang terpuji oleh pihak-pihak yang berkuasa dan NGO-NGO, pelbagai kursus atau kempen kesedaran yang dibuat.Beribu-ribu kuliah di masjid dan surau.Beratus ustaz,Tok Guru,para orang alim yang memberi tazkirah,namun ianya seolah tidak berkesan malah semakin bertambah bilangannya.Kenapa?



gambar hiasan

Dalam melihat kepada perkara ini, secara jujurnya ada beberapa kelemahan sebenarnya,diantaranya ialah ,sebagai contoh dalam sesuatu program yang kita anjurkan sasaran peserta adalah tidak tepat. Cuba anda bayangkan ,kebanyakan program seumpama ini dibuat di masjid,surau atau sebagainya yang mana dihadiri oleh mereka yang dikira agak baik dari segi perangai dan akhlaknya.Walaupun kekerapanya adalah berganda namun kehadiranya adalah orang yang sama.Kita-semacam syok sendiri dalam menyampai,tanpa kita sedari seolah-olah kita menambah garam ke dalam lautan yang sudah semestinya masin itu.Bagaimana pula mereka yang di luar sana yang tidak pernah ke masjid,surau atau sebagainya.Berapa kali kita menemui mereka,berapa kerap kita menyapa mereka,malah kadang-kadang ada di kalangan kita bukan mahu menyapa atau memujuk akan tetapi mengutuk adalah.Itu sebenarnya kesilapan kita!.



gambar hiasan

Tidak dinafikan peranan ustaz-ustaz dan guru-guru serta Tok-tok guru kita dalam memperbaiki ahli masyarakat ini dan terima kasihlah kita ucapkan,cumanya dalam zaman yang serba mencabar ini marilah bersama kita keluar sedikit daripada kepompong lama kita untuk kita keluar "mencari".Kita selongkar lubuk-lubuk maksiat yang di sana terdapat berganda bilanganya berbanding daripada masjid atau surau yang selalu kita bertazkirah itu.Berubahlah ustaz!!!,berubahlah Tok-tok Guru,ayuhlah dekati mereka sesungguhnya di sana kewibawaan tuan-tuan akan lebih mencabar, mereka tidak akan mendengar ayat-ayat yang telah dibaca oleh tuan-tuan di masjid-masjid,mereka perlu kepada kebijaksanaan tuan-tuan untuk mengubah mereka,apakah tuan-tuan sanggup?!!!.Ingat ganjaran syurga itu tidak semudah ucapan tuan-tuan di majlis-majlis tazkirah atau bayan anda di usrah-usrah,namun ianya adalah mahal dan berliku.Sesungguhnya perubahan sikap tuan-tuan serta tidak beretorik dalam dakwah itulah, sebenarnya kemenangan yang dijanjikan Allah.Berubahlah ustaz!!! dampingilah ahli maksiat itu,kerana ustaz saja yang berupaya memberitahu mereka bahawa maksiat itu adalah dosa!!!.Janganlah pandang mereka dengan jijik serta memutuskan bahawa mereka itu selamanya berada dalam dosa.Sesungguhnya peranan ustazlah bersama doa kepada Allah yang boleh mengubah mereka.










Share/Bookmark Read more...

8:46 AM

Melayan persepsi,.....anda pula bagaimana?

Hari ini ada masa lapang sikit,dan berkesempatan melihat semula gambar-gambar lama yang diambil beberapa tahun yang lalu.Dalam melihat-lihat gambar tersebut,saya tertarik dengan gambar ini yang saya rakam semasa "berbengkel"di sebuah resort di Kelantan.Mula-mulanya hanya untuk kenangan saja dimana semasa menunggu makan tengahari di tempat tersebut saya rakamkan gambar ini tanpa ada ada apa-apa yang peliknya.Tetapi kali ini bila melihat semula saya terasa macam ada sesuatu kelainan pada gambar ini dan kebetulan ianya dirakam di Kelantan pula,apakah ini kebetulan atau tuanpunya resort itu memang bersemangat begitu Allah sahaja yang tahu,cumanya memang ada kelainan dan berseni pula meja ini....











Share/Bookmark

Read more...

4:44 AM

Bahaya yang kita tidak begitu sedari..

Majoriti di antara kita kenal apa itu dadah,Ianya kadang-kadang berguna untuk kegunaan manusia dan apabila disalahgunakan ia adalah merbahaya dan merosakkan kehidupan.Maka dengan sebab itulah penyalahgunaannya adalah ditentang dan dibanteras dengan segala apa cara sekalipun.

Hari ini sempat mengikuti satu taklimat berkaitan "Precursor chemical", Daripada pendedahan yang telah dibuat mendapati "precursor chemical" ini adalah amat mengejutkan!!




Daripada satu kajian yang telah dibuat "Precursor chemical" adalah merupakan bahan yang juga berfungsi untuk menghasilkan dadah sentetik yang sekarang ini berleluasa di pasaran.

Di negara kita"Precursor chemical" ini telah dibawa masuk secara berleluasa dengan alasan untuk digunakan dalam industri-industri tertentu seperti ubat-ubatan,tekstil dan sebagainya.Apakah kita yakin bahawa kemasukan bahan-bahan tersebut adalah "genuine"untuk kegunaan pengeluaran tersebut?Apakah tidak timbul sebarang keraguan kepada kita tentang kemungkinan berlakunya penyelewengan terhadap penggunaan barangan tersebut?.Dengan beberapa penemuan makmal pengeluaran dadah di beberapa tempat seperti di Semenyeh Selangor dan Lunas Kedah baru-baru ini menguatkan lagi kegusaran ini.Kegusaran ini bertambah lagi dengan adanya lapuran yang menyebut ramainya "kaldai dadah"yang berasal daripada negara ini ditahan di beberapa negara termasuk Jepun kerana membawa dadah-dadah yang dikatakan berasal daripada negara ini.

Demi untuk menjaga nasib dan masa depan anak cucu kita perkara ini perlulah diberi perhatian, pihak-pihak yang berwajib seharusnya menjadikan perkara ini sebagai keutamaan selain daripada meneruskan usaha-usaha yang telah dan sedang diusahakan itu.












Share/Bookmark Read more...

12:25 AM

Realiti anak-anak Kampus kini....

Di kebanyakan kampus universiti sekarang ini musim pepereksaan.Bila tiba musim ini rata-rata anak kampus akan bertungkus lumus meningkatkan kapasiti pembelajaran masing-masing demi untuk menjamin pepereksaan yang dihadapi akan berjaya dengan keputusan yang secemerlang mungkin.Usaha-usaha sebegini seharusnya dipuji dan sepatutnya diteruskan sampai bila-bila.

Cuma fokus kepada N3 kali adalah kepada satu fenomena yang berlaku di kebanyakan kampus dimana di musim inilah "ramai" di kalangan anak-anak yang mula mendekati Allah.Bila waktu subuh contohnya berlaku "que" di bilik-bilik air untuk berwudhu', sedangkan di luar musim pereksa tidak berlaku sedemikian!?.

Mendekati Allah adalah sesuatu yang mesti kepada setiap yang beriman,tidak terkecuali juga anak-anak di kampus,dan tidak kira masa atau tempat.

Memang pepereksaan adalah sesuatu yang membebankan!,tetapi kenapa kita ini bila terbeban dengan sesuatu maka barulah kita hendak mendekati Allah,apakah Allah itu kita anggap hanya cuma tempat mengadu bila waktu susah sahaja dan bila senang kita melupakaNya,sedangkan setiap waktu Ianya sentiasa bersifat Rahman dan Rahim kepada kita.Udara yang kita sedut setiap hari percuma,air yang dianugerahkan juga percuma dan begitulah juga mata,telinga, kaki dan tangan semuanya adalah percuma.Tidak terfikirkah itu semua aduhai anak-anak kampus yang sememangnya anda semua adalah "cerdik" berbanding dengan orang lain yang tidak bersama anda di kampus.

Oleh itu ubahlah sikap dan perangai anda itu dan sentiasalah mendampingi Allah di mana-mana dan dalam apa suasana sekalipun samada susah atau pun senang,kerana kita tidak punya apa-apa,apa yang ada cuma anugerahNya sahaja atas sifatnya yang bersifat Rahman dan Rahim...bersyukurlah dan berubahlah.












Share/Bookmark

Read more...

9:45 PM

Tazkirah untuk sahabat : Kalau boleh Ke Syurga semuanya!!!

Hari ini sempat mengunjungi sahabat lama yang sudah pencen.Dalam berborak tercetus rasa isi hati kawan itu tentang keluarganya.Sebagai sahabat saya simpati dengan apa yang terjadi,namun untuk berterus terang kepada beliau saya msih berhati-hati takut-takut terasa hati ,namun saya percaya beliau selalu mengikuti laman ini,untuk itu sedikit pesan untuk beliau.....

"Tanggungjawab ketua keluarga adalah memastikan dia dan ahlinya aman di dunia dan aman juga di akhirat serta mendapat redha Allah.Tiada gunanya kita beramal dengan tuntutan Allah tetapi kita membiarkan ahli keluarga kita terutama anak-anak terkapai-kapai di luar tuntutan Allah.

Kita bertahajjud malam,dhuha di pagi hari serta beramal-dengan amalan-amalan yang baik ,namun kita biarkan anak-anak tidak "seperti" kita.seolah-olah kita sahaja yang nak masuk syurga.

Itulah beberapa kesilapan kita dalam kehidupan ini.Fikrah kita sudah baik tetapi kita tidak turunkan fikrah itu kepada anak-anak dan ahli keluarga kita, kenapa?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan terjadinya demikian,sayang!,takut,malu,atau mungkin fikrah kita itu tidak "sejati" berada dalam diri kita!.Cuba fikir,Solat di masjid setiap waktu,berpakaian pun sentiasa menutup aurat tetapi bila bermuamalat kita tinggalkan itu semua.Riba'tidak pernah mengelak,masakan tidak!, bila berbelanja pakai kad kredit beribu-ribu ringgit,bila bayar ansur-ansur dan berbunga pula.Bila berpolitik sinis sahaja bila diajukan ke arah politik Islam,dan begitulah juga tentang perkara-perkara lain.

Maka tidak hairanlah bila kini anak yang tidak kita lenturnya dari kecil sudah mula "bermusuh" dengan kita.Semasa kecil tidak disuruh solat,tetapi bila sudah dewasa bila disuruh tentulah dia akan "melawan".Berilah dia beribu hujjah jika tidak diberi hidayah maka selamanya dia akan melawan.Oleh itu "berdoalah" kawan semuga kita tidak kerugian,dan InsayaAllah masih belum terlambat kerana nyawa masih dalam kandungan badan.Ingat dan renunglah firman Allah :-




“Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka. Ia dijaga dan dikawal oleh Malaikat yang amat keras dan kasar sifatnya. Mereka tidak pernah durhaka kepada Allah malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka”











Share/Bookmark Read more...

11:39 PM

Sebenarnya Kita Tidak Punya Apa-apa


Sebagai manusia kita selalunya beranggapan bahawa apa yang kita miliki itu adalah milik kita.Tanah,rumah,kereta malah berbagai lagi.Benarkah tanggapan ini?.

Cuba kita lihat dan gunakan akal kita secara rasional dalam menilai kenyataan ini.Apa benar semua yang ada pada kita itu milik kita?

Kita lihat yang paling dekat dengan kita.Tubuh badan kita!.Sebagai contoh semua kita ada gigi,semua impikan gigi yang cantik dan sihat,hinggakan ada pula doktor gigi untu tujuan itu.Dalam kita semua sibuk menjaga gigi tiba-tiba gigi kita sakit,gigi kita memburuk ,gigi kita membusuk dan sebagainya lagi,kenapa terjadi?,sedangkan itu kita kata milik kita,malahan dalam jagaan kita?.

Kita tengok pula rumah, kereta atau apa saja yang kita kata milik kita. Bagaimana suatu hari ianya bukan lagi menjadi milik kita sedangkan habis-habisan mempertahankannya.

Oleh itu marilah kita insafkan diri kita,sebenarnya apa yang ada itu walaupun semacam "milik" kita namun hakikatnya ada "pemilik" hakiki yang memiliki secara mulak perkara-perkara tersebut.Marilah kita insafi diri kita bahawa apa yang ada itu hanya pinjaman sahaja.Sebagai peminjam maka kita tertakluk kepada "tuan" pemberi pinjam.Kalau mahu dilebihkan pinjaman kita syukur,kalau dikurangkan pun kita juga seharusnya bersyukur.Kerana hakikat kejadian kita manusia adalah dari jenis yang keluh kesah,bila dicuba dengan kesusahan ianya makin susah,tetapi kalau diberi kesenangan ianya akan kedekut(almaarij ayat 19,20,21)...begitulah manusia.










Share/Bookmark

Read more...

4:51 PM

Kedai Jual Alat Seks

Sehari dua ini heboh dengan wujudnya kedai-kedai menjual peralatan seks.Lebih mengejutkan para pengunjungnya adalah terdiri daripada para remaja termasuk anak-anak yang masih bersekolah.

Kini kewujudan kedai berkenaan telah mula mendapat perhatian pihak berwajib termasuklah SPRM.(klik sini).

Sebenarnya kalau kita perhatikan perkara ini telah lama wujud dan berleluasa di pasar-pasar malam dan sebagainya tetapi tidaklah sehebat kewujudanya dalam kes ini yang mana secara terbuka dan mempunyai premis khusus.

Persoalanya,dimana dan bagaimana barangan sedemikian boleh ada di pasaran negara ini,setahu kita ianya tidak dibuat di sini atau kini sudah ada?kalau begitu siasatan hendaklah menyeluruh,kalau ianya barangan impot bagaimana ianya boleh lepas daripada tapisan pihak-pihak yang berwajib di pintu-pintu masuk negara?,begitu juga kalaulah dikilangkan di sini bagaimana ianya boleh terlepas daripada pemantauan pihak-pihak yang memantau kilang tersebut.Siasatan seharusnya menyeluruh dan ketegasan adalah sesuatu yang diharapkan demi untuk menjaga akhlak masyarakat dan negara.Ayuh silakan Tuan..









Share/Bookmark

Read more...

6:49 AM

Tidak ku sangka rupanya macam ini Kuala Pilah






17/3/2010,Malam sempat menonton slot khabar Malaysia di TV1.Lokasi yang difokuskan ialah Kuala Pilah salah sebuah daerah di Negeri Sembilan.Selama ini aku sangka tempat ini maju,sebabnya ianya selalu diuar-uarkan antara negeri yang maju,namun setelah melihat slot tersebut rupanya "kemajuannya" tidaklah seberapa,cuma yang ada hanyalah UiTM,Sekolah dan bangunan Kolej Kejururawatan yang belum siap.Kalau dilihat itu nampaknya macam majulah tetapi sedih masih ada penduduknya masih ber"airkan" air paya untuk kehidupanya.Jauh sekali air paip sebagaimana tempat-tempat lain.Lagi sedih bila Kuala Pilah berwakil rakyatkan seorang bertaraf Timbalan Menteri yang menjaga Pembangunan Luar bandar dan Wilayah.Sedihkan!!!!











Share/Bookmark Read more...

6:16 AM

Melayan Nafsu

1.Beberapa pengumuman oleh kerajaan berkaitan penambahbaikan skim perkhidmatan kepada beberapa agensi menjadikan mereka yang terlibat teruja.Polis,Doktor dan juga para pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk institut pendidikan guru,semuanya teruja dan menghitung-hitung pendapatan masing-masing.Tercepat dan terpantas adalah mereka yang berada dalam perkhidmatan kesihatan.

2. Mereka ini semua penting dalam sesebuah negara.Maka sepatutnyalah mereka ini diberi perhatian,namun begitu bagaimana pula dengan mereka yang lain.Mereka juga berperanan malah ada agensi yang siang malam bergadai nyawa memungut hasil dan hasil yang diperolehi mereka adalah secara terus dan berbentuk wang yang membiayai segala projek kerajaan termasuklah gaji para pekerja di semua sektor,termasuklah pembayaran tambahan untuk para pegawai di agensi-agensi yang terlibat dengan kajian semula itu pun juga, adalah bersumberkan sebahagian besarnya adalah daripada pungutan-pungutan yang dibuat oleh mereka juga.

3. Dalam menilai perkara ini,kerajaan hendaknya janganlah bertindak secara "double standard" dalam membuat sesuatu keputusan terutamanya yang melibatkan pendapatan.Kerana keputusan yang semacam ini lah dirasakan ianya akan lebih mendorong individu atau sesuatu kelompok itu akan hilang nilai integriti atau jatidiri masing-masing.Kenapa berlaku rasuah?,kerana tidak cukup wang.Kenapa mahu wang lebih,kerana untuk memenuhi kehendak atau sebagainya.Kenapa bernafsu lebih,nafsu ini kadang-kadang ianya terangsang kerana suasana yang mempengaruhinya.Kalau doktor dilihat kaya,kalau polis dilihat juga kaya dan begitu juga para pensyarah juga dilihat kaya,maka aku juga mahu kaya.Maka macamana mahu kaya sedangkan sumbernya tiada,sedangkan aku juga berkerja sebagai penjawat awam sebagaimana mereka dan kerja aku sebagai pemungut dana untuk negara,tetapi upah aku tidak seberapa,maka kita semua mesti tahu jawapannya...oleh itu berlaku adillah aduhai para pemuka!!!.











Share/Bookmark

Read more...

12:59 AM

Selamat Pengantin Baru wan Lutfi Hj Nordin




SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK WAN LUTFI HJ NORDIN @ GHAZALI & AMIRAH NAJWA BT HJ ABDUL RAHMAN
Semuga berkekalan sepanjang hayat....13/3/2010










Share/Bookmark Read more...

2:17 AM

Selamat Bersara Wan..!!!!



SELAMAT BERSARA UNTUK WAN IBRAHIM 10/3/10











Share/Bookmark Read more...

2:26 AM

Cantik pun cuma bunga saja...















Share/Bookmark

Read more...

10:57 PM

Saja sembang-sembang

Mulanya malas nak ambil tahu pasal kisah lompat melompat ni.Tetapi nampaknya makin hangat pula dibuatnya.Lompat ni kalau dalam bahaya mesti kena lompatlah.Bayangkan kita atas lori yang sedang menjunam ke dalam gaung,kalau ada kesempatan kena lompat turunlah untuk menyelamatkan nyawa,itupun kalaulah ditakdirkan selamat.Tetapi ada juga yang berlaku lompat untuk menyelamatkan diri pun tetapi tidak selamat juga.Tambahan lagi kalau kita melompat daripada tempat yang agak tinggi atau dalam suasana yang kelamkabut atau sebagainya.Pokoknya melompat ini walau apa pun niat kita belum tentu selamatnya!.

Kisah lompat juga,dan yang melompat ini pun orang politik juga.Ini berlaku di sekitar tahun 60an,semasa popularnya group "pemuda tahan lasak".Pada masa itu ramai yang melompat cuma di kalangan pengikut bawahan sahaja yang kalau nak dinilai tahap pendidikan atau pemikiranya saya kira tidaklah begitu tinggi sangat.Itu pun selalunya bila sahaja masuk zon musim pilihanraya.Tidak dinafikan juga di kalangan pimpinan juga ada yang melompat.Itu pun ada sebab,kadang bila bertembung pemikiran atau merajuk bila pandangan tidak diterima atau sebagainya.

Orang politik ni bila melompat parti ada saja alasannya,antaranya hilang kepercayaan kepada parti kerana tidak tegas dalam itu dan ini atau apa-apa sajalah,sedangkan dia itu pimpinan.Dialah yang menentukan halatuju parti dan menetapkan dasar serta penggeraknya.Jadi logik ke alasan itu?.Pada saya tidak logik,kalau begitu!ada "benda lain" yang lebih mengujakan orang-orang ini melompat sebenarnya.Apa itu anda carilah sendiri.

Dewasa ini kadang-kadang terfikir betapa ikhlasnya ahli-ahli politik dulu-dulu berbanding dengan mereka yang ada sekarang ini.(baca:bukan semua tetapi kebanyakkan).Anda bayangkan ada orang-orang politik dulu-dulu yang bila matinya mereka tidak meninggalkan apa-apa harta yang boleh diwarisi,sedangkan mereka berpeluang untuk mengumpulkan kekayaan dengan kedudukan yang mereka pegang pada masa itu(baca:yang memerintah).Tetapi kini bila saja berkuasa tidak kira parti apa pun perangainya adalah sama,semua "merembat" peluang itu.(baca:bukan semua).Tak percaya!!lihat dan perhatikanlah.

Oleh kerana itu lah pada saya pimpinan yang tidak berpendidikan tinggi (baca:kalau ada lebih baik)tetapi ada wawasan untuk membela rakyat lebih baik daripada mereka yang mempunyai ijazah berjela tetapi cuma mempunyai wawasan diri sahaja maka kesannya rakyat tidak terbela dan negara akan porak peranda.Lihatlah apa yang berlaku sekarang.Retoriknya bercakap mahu membela bangsa dan negara tetapi realitinya diri dan keluarga juga yang diberi keutamaan.









Share/Bookmark

Read more...

2:20 AM

Jangan Tamak Nanti Rugi...

Kepada yang bercita-cita tinggi itu,Janganlah tamak sangat,tolong lah ingat-ingat balik pepatah yang selalu orang-orang tua kita sebut-sebut.Sejarah pun bercerita,kadang-kadang kita sendiri pun melihat dengan mata kepala kita sendiri,orang yang tamak ini selalunya penghujungnya RUGI..

Sejarah bercerita.Kalau tamak untuk berkuasa percayalah nanti ianya akan hilang.Hilang bukan sebarang hilang,kadang-kadang tidak "berbekas" lagi.Tak kan tak pernah baca atau dengar kisah Firaun.Dia juga tamak kuasa hinggakan melawan Allah.Namun akhirnya Firaun hilang.

Sejarah bercerita.Kalau tamak harta benda.Harta mungkin dapat tetapi ianya juga akan "hilang".Tidak pernah dengar kisah Qarun ke?.Hilang Qarun juga kerana tamak,lalu sampai menderhaka kepada Allah.

Kalau anda itu mengaku Islam jangan tamak lah!!,kerana tamak kuasa,kerana tamak harta maka anda lakukan apa saja.Ingat sejarah bercerita.Anda orang cerdik,di sekeliling anda ramai ahli sejarah,atau mereka tidak "bercerita sejarah"cuma cerita ampu sahaja.Ingat sejarah bercerita...tamaklah...pastinya anda akan rugi











Share/Bookmark Read more...

6:52 PM

Susahnya nak dapatkan syurga...

Anda terpelajar?apa kemahiran anda?kalau anda berkemahiran dalam ugama maka anda akan menjadi tempat merujuk permasalahan yang berkaitan dengannya.Kalaulah disamping kemahiran tersebut anda mempunyai kemahiran-kemahiran lain dan digandingkan kemahiran tersebut dengan kemahiran ugama yang anda ada dan anda amalkan dalam setiap detik kehidupan anda, maka itu adalah merupakan "bonus" kepada anda dan itulah sebenarnya "insan kamil" yang mendapat redha Allah dan menjadi keinginan setiap manusia yang waras.

Bagaimana pula kalau anda dikategorikan sebagai orang "ugama",tetapi perlakuan atau amalan anda jauh daripada ugama malah lebih teruk daripada mereka yang tiada ilmu agama,anda baca cerita ini,kalau betul sebagaimana yang dilapur maka kita amat sedih dengan kejadian ini dan maka setiap orang daripada kita sewajibnya berusaha untuk menghindari daripada berlaku ke atas setiap orang daripada kita.Doa dan usaha adalah sesuatu yang mesti dan kepada pihak yang berkuasa "berkati"anda dengan kembali kepada Islam yang sebenarnya supaya anda selamat daripada diuji dengan perkara-perkara sebegini.Kita merasakan kejadian-kejadian ini adalah merupakan fenomena "penarikan" keberkatan daripada sesebuah kampung,negeri dan negara terhadap kelalaian kita terhadap arahan,suruhan serta perintah-perintah dari yang "Maha Berkuasa".Ya Allah!!!..susahnya nak dapatkan syurga mu dan,aku tahu seksanya NerakaMu itu.Selamatkan lah kami daripada cubaan ini.









Share/Bookmark

Read more...