7:03 PM

Iklan Malaysia


Sarawak3


Diantara paparan yang diiklankan melalui media-media elektronik di luar negara tentang keunikan Malaysia yang sebenarnya menjadi bahan ejekan kepada rakyat Malaysia di luar negara




Sektor pelancongan adalah antara sumber pendapatan negara.Untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini terutamanya dari luar maka banyak promosi telah dibuat.Antaranya dengan mengiklankan melalui saluran-saluran media elektronik termasuk siaran TV.Promosi ini dipanjangkan ke stesen-stesen TV di seluruh dunia.

Usaha-usaha ini adalah baik,namun kepada pihak yang terbabit yang menyediakan bahan-bahan iklan ini seharusnya mencari satu idea yang boleh membantu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dunia tentang keunikan negara Malaysia itu sendiri.Jangan kita hanya memaparkan cuma tarian-tarian etnik yang pada saya cuma secebis daripada apa yang ada di sini namun ianya bukanlah sesuatu yang istimewa,malah membawa persepsi negatif kepada Malaysia itu sendiri.

Berlaku di Timur Tengah,pernah para pelajar kita diejek dan diperli sebagai orang yang tiada tamadun kerana mereka beranggapan di negara kita penduduknya masih kolot dan cara berpakaian seolah-olah orang asli kuno.Ini adalah kesan daripada iklan yang disiarkan melalui TV mereka di sana.(merujuk iklan yang memaparkan tarian etnik daripada Sarawak).

Sebagai kesimpulanya kepada mereka-mereka yang terlibat dalam industri ini,marilah bersama berfikir bagaimana untuk menarik orang luar ketempat kita tanpa kita memperlekeh "kita"dengan iklan-iklan atau promosi yang membawa persepsi yang tidak begitu enak dan menyiniskan kita,sebabnya keperluan kita ialah agar pelancong datang untuk "menikmati"negara kita bukannya datang sebagaimana kita menyaksikan kumpulan sarkas yang beraksi dan dipuji kerana kelucuan para badutnya.



Share/Bookmark

0 comments: