1:08 AM

Kuala Lumpur dan Pengguna




Alahai Kuala Lumpur seram sejuk dibuatnya.Nak tahu cuba tengok di sini




Pagi tadi dengar ulasan Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna mengatakan musim perayaan kali ini tiada aduan berkaitan kenaikan harga dan kekurangan bekalan barang-barang keperluan di pasaran.Berita ini ada mungkin benarnya,tetapi realiti yang ramai hadapi tidak begitu.Apa yang berlaku sebenarnya berlaku kenaikkan harga barang tetapi orang ramai sudah malas untuk mengadu,kerana kalau mengadu pun tiada sebarang kesan dan mereka masih terpaksa mengikut kehendak para penjual yang memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan apa yang mereka buat.Untuk yang berfikiran sebegitu elok rasanya dengar nasihat dan fahamilah realiti,jangan kita menjadi syok sendiri(SS)dengan apa yang kita fikir kita telah buat.


Share/Bookmark Read more...

6:56 PM

Selamat Kembali Perantau.

Kesesakan bermula dari lampu isyarat Pekan Ketereh sehingga Batu lapan Nilam Puri



Kalau minggu lepas,sebelum hariraya kita ucapkan selamat pulang kepada perantau,kini kita sekali lagi mengucapkan selamat kembali ke tempat masing-masing kepada para perantau.Semuga perjalanan pulang anda semua berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.Pohonlah perlindungan dari Allah untuk kesejahteraan anda dan semua dari kita.
Semalam 26/09 sempat berada di Kelantan.Kesesakan berlaku di sepanjang jalan menuju ke Pantai Barat,juga ke utara.Melihat kepada keadaan ini sudah sampai masanya jalan-jalan dinaik taraf untuk mengelakkan kesesakan berlaku.Kepada para perangcang bandar rancanglah sebaik-baiknya agar kesesakan dapat dihindarkan,termasuklah penempatan lampu isyarat dan persimpangan,ini kerana didapati kesesakan teruk hanya berlaku di setiap persimpangan dan lampu isyarat.Apa pun kepada anda para perantau diharap bersabar,kerana sabar itu adalah sesuatu yang indah lagi cantik..selamat jalan.









Share/Bookmark Read more...

6:33 AM

Hari Raya & Mercun & cara sambutan





Pengalaman berhari raya sudah puluhan tahun.Isu mercun tidak habis-habis.Di sana sini ada saja kemalangan yang berlaku membabitkan mercun.Putus jari,mata buta,muka terbakar dan pelbagai lagi musibah hasil daripada bermain mercun.Rata-rata yang terlibat adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja dan jauh sekali melibatkan orang dewasa.Apakah yang berlaku sebenarnya?.Pihak berkuasa sudah menguatkuasakan segala peraturan yang berkaitannya.Namun masih juga terjadi kemalangan melibatkan mercun ini.Sekali lagi nak tanya apa yang berlaku sebenarnya?.

Semasa di kampong menjelang hari raya tempohari,seorang warga emas merungut tentang begitnya bunyi mercun di akhir-akhir ini.Sebelum ini jarang-jarang berbunyi.Kalau berbunyi pun yang bunyinya agak perlahan dan kecil dentumannya,tetapi bila orang-orang bandar balik ni sudah lain macam jadinya.Kekerapannya sudah bertali arus dan bunyinya mengalahkan bunyi perang di Palestin.

Sebenarnya pada penilaian saya nampaknya yang "Cerdik" yang baru pulang ke kampung lebih banyak terlibat dengan mercun ini.Orang tua "cerdik " itu yang membeli dengan alasan untuk kanak-kanak,tetapi yang betul-betul "beraya mercun" ni bukan kanak-kanak tetapi bapak budak yang tanpa segan silu membakar mercun hatta semasa para imam dan makmum sedang bersolat.Kerana kesan ini lah maka ada di kalangan anak-anak yang cuba-cuba meniru perlakuan orang-orang tua,maka kesannya...putus tangan,muka hancur dan sebagainya.Jangan terkejut kalau dikatakan yang terlibat ada yang berstatus pegawai tinggi.

Alangkah malangnya nasib para penguatkuasa.Bertungkus lumus cuba membasmi namun penjualan dan pengedaranya masih bebas dan seolah-olah tiada undang-undang.Sekali lagi nak tanya kenapa jadi begitu?.Anda jawablah sendiri...kerana anda juga sememang mengentahui.

Media pula menyambut raya ini tiada kerja lain hiburan,hiburan hiburan..macam tiada kerja lain.Islam tidak ajar macam itu aduhai para penerbit dan pihak-pihak yang berkaitan.Rasa saya JAKIM atau badan-badan yang berkaitan tolong buat kursus yang khusus kepada para penerbit TV dan radio macam mana nak terbitkan rancangan sempena perayaan eidul fitri atau apa-apa eid yang berkaitan dengan Islam.Pandangan Tuk Ya Azizi di sini saya sokong seratus peratus.Ya Allah selamatkanlah kami dari murkamu.

http://www.geocities.com/CapitolHill/Senate/5348/mercun1.jpg
Gambar kesan Mercun.(kebakaran kilang mercun 1991)gambar hiasan

Share/Bookmark Read more...

4:12 AM

Hari Keluarga Paksu Daud





Hari ini 21 Sept 2009 bersamaan 2 Syawal 1430 sempat hadir ke majlis perjumpaan keluarga Allahyarhan Mohd Daud Abdul Samad (Paksu) dan Hajjah Fatimah Bt Ismail (Maksu).Paksu Daud adalah bekas Menteri Besar Terengganu.Majlis diresmikan oleh YAB Dato'Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.Majlis nampaknya meriah dan berkesan dan selesai tepat jam 6.00 )petang.Ucapan Tahniah dan syabas untuk keluarga Paksu dan Maksu.Semoga mendapat keberkatan.

كل عام وأنتم بخير






Share/Bookmark

Read more...

9:49 PM

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1430H




Selamat Hari raya untuk semua semoga tahun ini dikekalkan dalam iman dan dilimpahi keberkatan yang berkekalan.Mohon maaf semua yang mengenali diri ini dan salam perkenalan kepada yang ada mengunjungi saya di sini.Untuk bloggers anaklaut
terima kasih kerana sediakan kad hariraya dan mohon halalkan kerana menumpang kad tersebut dalam blog ini.Kepada Dr.Wahab Selamat hariraya maaf zahir batin cuma nak tanya raya awal ke kali ini.Apa pun selamat hariraya untuk semua.كل عام وأنتم بخير

Share/Bookmark Read more...

12:35 AM

Babi.@ khinzir...satu renungan...

Cuba lihat ini
Pada saya tentu ramai yang mengenalinya.Apa istimewanya benda ini.Kepada pemakannya tentulah ada sesuatu yang istimewa.Kepada yang tidak memakannya sudah tentu ada alasanya.Yang pasti kepada orang Islam memang tidak boleh makan,malah menyentuhnya pun adalah terlarang dan ditegah.Kalau tidak boleh dimunafaatkan kenapa Allah jadikan?.Satu kajian telah dibuat menunjukkan bahawa benda ini mengandungi Virus yang berbagai dan ianya amat merbahaya kepada manusia.Oleh itu sebagai ihsan Allah kepada makhluknya yang bernama manusia maka benda ini dijadikan tempat untuk menempatkan virus yang amat bahaya itu.Dengan penempatan itu maka akan selamatlah manusia daripada ancaman yang berpunca daripada virus tersebut.Namun sebaliknya berlaku di mana manusia telah engkar larangan Allah dengan sewenang-wenang menjadikan benda ini sebagai makanannya dan nah kita tengok sekarang ini pelbagai wabak yang timbul hasil daripada benda ini.Apakah kita yang mendakwa berakal ini masih tidak berfikir?....Petikan kuliah subuh yang sempat saya hadiri pagi subuh 22 Ramadhan.






Share/Bookmark Read more...