12:18 AM

Biasiswa Nasional

Semalam PM umumkan satu kategori khas biasiswa Jabatan perkhidmatan Awam di kenali dengan Biasiswa Nasional.Penerimanya akan dinilai berdasarkan meritokrasi.Ini bermakna tiada lagi ihsan atau pun sebarang budibicara dalam memilih penerima biasiswa tersebut.

Merenung sejenak,terpikir saya kita sekarang sudah semakin terhimpit,dengan keupayaan yang amat terhad bermula dengan rezki untuk sesuap pagi dan petang sehinggalah kepada pembelajaran anak-anak kita sudah banyak kehilangan.Kalau bangsa lain berpakat membantu sesama mereka dengan pelbagai yayasan atau dana,namun kita yang bernama bumiputera ini hanya disogok dengan slogan yang berbentuk retorik,namun dari segi amalanya jauh panggang dari api.Apa yang sebenarnya kita boleh dapat.

Di Kampung-kampung masih wujud golongan yang dipinggirkan kerana hanya berdasarkan prejudis kepada individu atas dasar tidak sehaluan parti,dan perkara ini berlaku bukan kepada yang buta huruf malah kepada bertaraf pemimpin dan memerintah.Paling ringan untuk mendapat tandatangan borang bantuan buku sekolah pun di tolak,apatah lagi perkara yang lebih besar?!.

Oleh itu untuk yang bergelar pemimpin tolonglah!!! kerana dek segenggam kuasa yang ada maka kita terpaksa melepaskan segala yang ada demi kuasa yang sedikit itu dan dalam pada itu kita menekan kroni kita secara zalim demi mendapatkan sedikit sokongan.Percayalah sokongan dalam bentuk paksaan tidak akan ke mana!,Banyak sudah yang terbukti...kita membaca sejarah malah sejarah kadang-kadang berlaku di depan mata kita...










Share/Bookmark

Read more...

7:58 AM

Sungguh memilukan

Selesai solat Isya' sementara menunggu masa untuk istirehat malam, merayau-rayau di blog kawan-kawan maya,amat terkejut dan sungguh tidak disangka rupanya dunia sekarang ini wujud gejala manusia makan manusia cuma kerana ego mengikut hawa nafsu demi seberkas simpulan urat di bawah pusat manusia.Cuba anda baca di sini




sumber Ibnu Hasyim




Share/Bookmark

Read more...

5:10 PM

Penawar Hebat...

Bila sakit carilah penawar atau pun ubat untuk menyembuhkan sakit tersebut.Bagi sebahagian besar daripada kita hospital , kelinik,farmasi atau pun sesiapa yang ada kebolehan menjadi tempat tujuan bagi mencari ubat/penawar untuk menyembuhkan penyakit kita....itu penyakit yang menyerang para jasad kita!!,bagaimana pula kalau penyakit itu melibatkan masyarakat kita?..gejala sosial,derhaka kepada dua ibubapa,merompak,membunuh atau sebagainya?..

Ingat !!! Sebagai orang Islam yakin lah bahawa ubat yang paling mujarab adalah al-quran ,maka laksanakanlah..mafhum satu ayat al-quran " Al-Quran itu adalah penyembuh dan rahmat bagi org mumin...oleh itu baliklah kepada alquran dan munafaatkanlah...






Share/Bookmark

Read more...

8:47 AM

Islam itu terbaik

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya

Oleh itu dalam apa jua keadaan jadikanlah Islam itu sebagai pembimbing dan panduan,nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat.Ingat gangguan dunia ini akan sentiasa melanda namun Islam akan dapat menyelamatkan kita Percaya dan yakinlah.












Share/Bookmark

Read more...

12:11 AM

Berpolitik biar rasional....

Sehari dua hari ini orang-orang politik bagaikan berpesta.Pesta mengulas.Dari yang bertaraf pemimpin sehinggalah ke peringkat pengikut.Semua mengulas,ulas apa!? kerajaan perpaduan.

Saya juga tertarik dengan isu ini,cumanya sebagai pemerhati maka memadai hanya dengan menilai dan menafsir apa yang di ulas itu sahaja.Tetapi apa yang agak mengejutkan saya sudah ada orang sekarang ini sudah berani untuk mempertikaikan alQuran itu sendiri.Apabila dibaca ayat alquran berkaitan pertemuan Musa dengan Firaun dalam kontek untuk berdakwah di sana sudah ada pengikut yang berani mempertikaikan bahawa itu adalah semasa Firaun dan tidak boleh sama dengan situasi sekarang.

Saya tidak ustaz malah usrah dan tamrin pun kadang-kadang,namun gejala seperti ini amat menyedihkan dan ini perlu diperbetulkan.Betul Tok Guru memberikan pandangan namun kita hanya mendengar sekerat-sekerat sahaja.Saya percaya kalau kita bersama dalam sidang Tok guru maka persepsi kita akan lebih bebas dan tidak selancang mempertikaikan apa yang disampaikan oleh para ilmuan.Semuga Allah mengampuni apa yang tersilap yang telah kita lakukan..Aminnn.










Share/Bookmark

Read more...

7:55 AM

Bangga walau pun belum jadi....




SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?ceritanya di sini

sumber Ibn Hasyim



Share/Bookmark Read more...

7:11 AM

Alfatihah untuk AlUstaz Fathi Yakan.





AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada 13 jun 2009.Maklumatnya saya petik di sinidan ulasan lain ada juga di sini.Alfatihah untuk Almarhum


Share/Bookmark Read more...

2:00 AM

Tahniah Untuk Ustaz Ibrahim



Melihat kepada insan ini,terpegun saya dibuatnya,apakan tidak dalam mencari rezki untuk hidup beliau juga berperanan menjadi dai' dan usaha beliau itu terbukti dengan muslimnya
M. Subash atau mana Islamanya Manaan Subash salah seorang pengarah filem.Kisah lanjut beliau di sini



Share/Bookmark Read more...

7:36 AM

Mahmoud Ahmadinejad,

Menang lagi kali ini.Kisah beliau sila baca di sini








Share/Bookmark

Read more...

1:02 AM

kerajaan Perpaduan (?)

Kali ini nak celoteh politik sikit.Sebabnya sibuk sekarang ini orang bercakap pasal kerajaan Perpaduan(KP).Orang politik sudah semestinya tetapi yang syoknya Mak Cik saya yang membaca pun hanya sekadar bertatih sahaja juga bercakap pasal KP ni.Dia tidak menyokong idea KP ni.Kata dia Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju!.
Mak Cik bercerita kenapa tidak sokong KP,dia benci sangat dengan parti yang satu tu,sebab zalim,masakan tidak, pergi jumpa JKKK nak tandatangan borang anak mengaji pun JKKK tak mahu! sebab Mak Cik orang Tok Guru.Lepas tu tawakkal pergi jumpa wakil rakyat kawasan...lagi sedih usahkan tandatangan kena perli lagi.
Jadi bagaimana mungkin kata MakCik kita nak berpakat dengan kumpulan yang macam ini.Musim dia susah mungkin dia aman dengan kita,tetapi bila sudah senang tidak mustahil kita kena makan sekali lagi.Ya Allah selamatkan lah jamaah ini dari segala fitnah yang akan menghancurkan persaudaraan kami.









Share/Bookmark

Read more...

4:47 AM

Rupa Hantu....

Betul ke hantu itu wujud dan boleh dilihat dengan mata kepala kita?.Program TV"Seekers" yang menjadi tontonan ramai adalah untuk mengesahkan pernyataan tersebut.

Bulan lepas saya dimaklumkan pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat enggan bertugas berseorangan sebagaimana biasa.Puncanya beliau sering diganggu oleh sesuatu yang dia sendiri tidak boleh nyatakan dengan bukti cuma ada bunyi sahaja..Namun Allah menentukan segala-galanya.Suatu malam tanpa sengaja bila bunyi itu berbunyi lagi beliau terus menggambil gambar menggunakan kamera h/phoneke arah bunyi tersebut dan beliau amat terkejut kerana hasil dari snap itu mengeluarkan satu wajah yang agak menyeramkan.

Saya masih tidak percaya apabila gambar tersebut ditunjukkan kepada saya.Namun yang peliknya beberapa staff yang bertugas memberitahu, mereka juga pernah melihat wajah tersebut apabila bertugas lebih masa di waktu malam...saya termenung..untuk sahabat maya nah mari kita berkongsi pengalaman ini..untuk percaya terpulang lah kepada persepsi masing-masing namun mereka bersumpah bahawa ini bukan rekaan.








Share/Bookmark

Read more...

8:26 AM

walimatul arush..

Sekarang musim cuti sekolah.Ramai pulang ke kampung halaman masing-masing.Cuma cuti kali ini saya terpegun apabila menerima lebih dari 20 jemputan.Kategorinya pelbagai ada kesyukuran dan ada walimatul arush.Kata kawan dari Kelantan beliau bila dapat kad jemputan kahwin akan tanya samada majlis itu majlis kesyukuran atau wan Limah urus(walimatul arush).Kalau Wan Limah urus maknanya kena hulur la(kena derma wang),tetapi kesyukuran adalah foc.
Terdetik dalam hati apakah majlis-majlis yang sebegini yang sepatutnya kita mendapat pahala tetapi tiba-tiba kita mendapat dosa dek pembaziran dan maksiat yang kita lakukan dalam sepanjang majlis itu berjalan.Oleh itu secara insaf marilah bersama kita kembali kepada islam dengan kita menuruti panduan yang telah ditetapkannya.Semuga kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.









Share/Bookmark

Read more...

6:42 AM

Terengganu Darul Iman

Kepada anda yang tidak pernah ke Terengganu sila menikmati keindahan yang di bawa khusus melalui maya ini untuk tontonan dan penilaian anda semua.Sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyatnya kini menghimpit perasaan seluruh rakyat, bukan sahaja rakyat Terengganu malah mencakupi seluruh negara.Kegigihan rakyat berkorban dengan menyahut seruan untuk bersama penguasa dengan sumbangan dana dalam bentuk cukai,kini runtuh bersama cita-cita untuk melihat kecemerlangan.Apakah kepercayaan dan penyerahan rakyat secara ikhlas itu dibalas dengan kerakusan demi kepentingan diri segelintir yang bercakap pasal integriti namun apa yang jelas integritinya cuma di kaki diri.

















Share/Bookmark Read more...

6:20 AM

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)

Terperasan sejak naik pangkat TPM nampaknya lebih banyak "Speaking"dalam setiap temubual dan sidang akhbarnya.Ini menyebabkan saya teruja melihatnya,dan terfikir apakah ini kesan kepada PPSMI dan kalaulah betul telahan saya maka saya ragu-ragu tuntutan para pejuang bahasa mungkin agak keberatan untuk dilayan..dan untuk itu sama-sama kita lihat serta menunggu apa episod seterusnya yang akan berlaku.









Share/Bookmark

Read more...