6:08 PM

Makanan

Makanan adalah pelbagai.Bagi muslim apa yang dibenarkan ugama maka itu sahaja yang boleh di makan. Namun bagi non-muslim apa sahaja boleh asalkan tidak memudaratkan.Kadang-kadang bagi yang mengaku muslim ikut sama berperangai macam bukan muslim,kenapa begitu? pada saya jahillah sebabnya.

Semalam sempat melayari beberapa maklumat di maya ini dan terjumpa gambar ini yang saya kira agak menarik...bersama kita berfikir





Share/Bookmark

Read more...

7:41 AM

SPM 2010 10 sabjek Jee

Sejak SPM di perkenalkan ini lah kali pertama pelajar di hadkan mata pelajaran yang boleh diambil dalam pepereksaan tersebut.Setelah merdeka 50 tahun lebih tiba-tiba keputusan ini muncul.Rasionalnya untuk memudahkan pengagihan biasiswa kepada para pelajar(?).Betul ke begitu,atau ada udang di sebalik mee! atau atau atau,sebagai pemerhati macam-macam perkara dapat disimpulkan dan Kalaulah itu alasanya maka kita semua amat kecewa dan baru terfikir rupanya taraf para pemikir kita ditahap yang mengecewakan.Kalau lah biasiswa menjadi alasan kenapa sampai puluhan tahun baru kita tersedar..pada saya ada benda lain yang mungkin tersembunyi di sebalik keputusan tersebut..sama-samalah kita merenungnya.









Share/Bookmark

Read more...

6:45 AM

Along........








Dalam sehari dua ini isu Along kedengaran lagi,sehinggakan menarik minat PM untuk turut sama memberi komen.Along dengan digambarkan zalim ,jahat dan sebagainya.Dari foto di atas jelas memang terbukti Along memang bersifat begitu.Namun kenapa begitu!!?.Cuba kita analisa.


Pertamanya, Pada saya, dan pandangan ini adalah tidak bersifat prejudis kepada mana-mana pihak.Along memang kerja dia,memang bisnes dia memberi hutang.Apabila berhutang maka sudah semesti hutang yang diberi mahu didapatkan semula modalnya,semestinya bersama keuntungan.Berapa persen untung itu jangan kita ambil kisah lah kerana itu memang bisnes dia.Pada saya kenapa berlaku kes-kes tindakan kasar oleh Along ini?,dari pengamatan ternyata pihak berhutang gagal membayar hutang yang diberi.Berbagai cara untuk mengelak dari melunaskan hutang terbut.Maka terjadilah sebagaimana yang terjadi.Mari kita berfikir!!!!(?)

Kedua,orang yang kesempitan kewangan,sememangnya akan mencari sebarang sumber untuk menyelesaikan masalah kewangannya.Jangan kira persen keuntungan yang dikenakan oleh pemberi hutang kalau di sebut seribu persen pun mereka sanggup,kerana mereka terdesak.Nah..dimana penyelesaiannya kalau bukan pada Along.Dimasa ini bukan senang untuk mencari sumber tempat berhutang.Kalau di syarikat-syarikat kewangan berlesen termasuk bank pelbagai karenah yang mesti dilalui untuk mendapatkan hutang,Citos Ccris dan sebagainya sebagai penghalang.Maka Along lah jawapannya.

Ketiga..Kepada yang selalu menasihat termasuk pihak-pihak yang berwajib,pernahkah berusaha dengan sekelumit pengorbanan untuk melihat perkara ini dapat diselesaikan.Secara insaf saya menyeru selain dari melihat hanya kepada penyediaan dalam bentuk prasarana pembangunan,maka prasarana ini juga seharusnya diberi perhatian agar rakyat yang majoriti marhein terbela dan terselamat dari menjadi mangsa kepada keadaan termasuk Along


Share/Bookmark Read more...

1:52 AM

Tak Selera...

Dulu masa masih kanak-kanak orang tua selalu bercerita,di Thailand atau Siam sebutan kampung saya, keadaanya tidak selamat.Rompakan dan pembunuhan berlaku di mana-mana.Orang tua saya yang ramai saudaranya di sana sering bercerita semasa ziarahnya selalu terserempak dengan kes-kes kematian dan rompakan yang berlaku..malah depan mata katanya.Itu cerita dua puluh atau tiga puluhan tahun dahulu.




Setiap hari kita dihidangkan cerita sesedih ini
( Gambar Hiasan)

Kini beliau bersungut lagi, katanya tempat kita ini saling tak tumpah dengan apa yang berlaku puluhan tahun yang lalu di Siam,

Bertanya saya, sebagai orang tua apa firasat yang terjadi begitu?.Spontan beliau menjawab kita tidak ikut manual.Tercengang saya hebat orang tua ni bila masa pula dapat perbendaharan kata tu....Sekarang kan banyak majlis ilmu ,maka di sana lah aku dapatnya.Menjelaskan lanjut apa maksud beliau itu ialah semua kita ni sudah banyak melupai al-Quran dan tidak lagi beramal dengannya.Kalau ada pun ikhlasnya...(?).Dari cakapnya yang panjang lebar baru saya faham rupanya kita sekarang ini dengan Siam dua kali lima sahaja.Mohon dijauhkan Allah...











Share/Bookmark Read more...

11:43 PM

Keadilan Adalah Harapan

Semua orang bercakap pasal keadilan.Adil adalah sesuatu yang dicari,dituntut dan menjadi kehendak semua orang.
Di mana adil itu berada?di rumah,di kocek,atau di mana?Apakah ianya berada di mahkamah?,dek kerana selalu perbicaraan akan berlaku di mahkamah.
Semenjak dua menjak ini aku tertanya-tanya di mana adil itu berada..kalau di mahkamah kenapa setiap keputusan masih ada pertikaian?.Kepada saudara/ri mari kita sama berfikir dan bermuhasabah diri...dan menjadi pemerhati kepada realiti.
Kepada yang berwajib kenalah bertanggungjawab untuk membawa keadilan itu dalam bentuk yang seadil-adilnya,jangan jadi nanti bila keadilan itu hanya dakwaan sahaja maka takut nanti akan ada yang menjadikan perasaan sebagai ganti kepada keadilan yang dicari.






Share/Bookmark

Read more...

9:33 PM

Kehilangan....

Di waktu kelapangan selepas mencari sedikit makanan jiwa di pagi jumaat ini,saya melayari maya.Majoriti melapurkan tentang pemergian ADUN Manik Urai di Kelantan kembali menyahut panggilan Ilahi.ALFATIHAH untuk beliau dan semuga keluarganya bersabar dengan peristiwa ini.Sebagai pimpinan sudah semestinya para pengikut akan terasa akan kehilangan beliau.Beliau seorang yang komited dan berada begitu rapat dengan para pengundinya dan terkenal sebagai seorang yang begitu mesra dan mudah didekati.Semuga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau dan menempatkan bersama para syuhada dan solihin.Saya juga mengharapkan semuga kawasan beliau itu akan terus diwakili oleh orang yang seiras beliau dari segi perwatakan dan komitmennya.InsyaAllah.










Share/Bookmark Read more...

1:19 AM

Selsema Babi

Semasa bersekolah menengah rendah dulu-dulu,saya di ajar ilmu hadis,diantara hadis-hadis tersebut menyebut,yang mafhumnya "Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib dan tidak boleh mempercayai Hama**, dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa.”

Agak membingungkan sekarang ini bila pelbagai wabak telah menular dan sains mengesahkan ianya berjangkit.Susah habis segala manusia yang sememangnya takut mati.Bermula dari pemerentah sehingga rakyat jelata semuanya diminta berwaspada.Cumanya apakah sabda nabi itu bercanggah dengan apa yang telah sains putuskan sekarang ini.

Penyakit ada yang berjangkit
itu kata sains.

Mencari-cari jawapan..kalau dulu dan sehingga kini kata-kata guru yang mengajar bahawa penyakit tidak berjangkit itulah yang dipakai,tetapi melihat realiti terkini mungkin pemahaman kita terhadap hadis tersebut terkhilaf..untuk melegakan sedikit benak fikiran agar lebih jelas..maka cuba mencari pencerahan.Niat di hati ingin mengadap para guru tetapi sementara bertemu maka cuba mencari-cari maklumat maya dan ini yang terjumpa...



Perkataan Laa ‘Udwa (dalam bahasa Arab) dari hadis tersebut biasanya diterjemahkan sebagai tiada penyakit berjangkit atau tidak ada penyakit berjangkit. Akan tetapi, dalam kaedah bahasa Arab, perkataan Laa tersebut boleh memiliki dua erti; yang pertama sebagai menunjukkan satu “peniadaan” (nafyun), dan yang kedua sebagai menunjukkan satu “larangan” (nahyun).

Penulis menyandarkan hujahnya bagi konteks yang sama pada maksud ayat Al-Baqarah 2:197. Firman Allah dalam ayat tersebut bukanlah bermaksud peniadaan seperti tiada persetubuhan, tidak ada kemaksiatan dan tidak ada pertengkaran kerana tiga perkara ini memang sentiasa wujud dan tidak boleh dihapuskan begitu sahaja. Akan tetapi yang dimaksudkan ialah larangan, iaitu jangan bersetubuh dan jangan bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat haji.

Hadis yang disalah ertikan di atas bukan bermaksud penyakit berjangkit tidak wujud. Malahan di penghujung hadis terdapat petunjuk bahawa wujudnya penyakit berjangkit, apabila Rasulullah SAW menyuruh kita menjauhkan diri dari penyakit kusta. Maka sebenarnya yang dimaksudkan oleh Nabi Junjungan Besar SAW ialah jangan membiarkan sesuatu penyakit itu menjangkit, merebak, dan menular.

Hama** yang dimaksudkan di dalam mafhum petikan hadis tersebut adalah satu adat Jahiliyah yang mempercayai roh seseorang yang mati dibunuh akan keluar dari kuburnya dalam bentuk jelmaan manusia atau burung, dan ia akan mencela tuannya yang mati terbunuh itu.


sumber di sini
Share/Bookmark Read more...

3:13 AM

Sekadar maklumat




Pemain Bolasepak Islam

Sumber:hambalialorstari.blogspot.com/
- Zinedine Yazid Zidane
- Kolo & Yaya Toure (Arsenal & Barcelona)
- Robin Van Persie (Arsenal)
- Nicholas anelka (Bolton)
- Mohammed 'Momo' Sissoko (Liverpool)
- Ahmed 'Mido' Hossam (Boro)
- Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
- Franck Riberry (Bayern Muenchen)
- Hamit & Halil Antiltop (Bayern Muenchen & Shalke 04)
- Frederik Kanoute (Sevilla)
- Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
- Eric Abidal (Barcelona)
- Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
- Sulley Ali Muntari (Pompey)
- Zlatan Ibrahimovic (Inter)
- Hassan "Brazzo" Salihamidzic (Juventus)
- Khalid Boulahrouz (Sevilla)
- Salomon Kalou (Chelsea)
- El-Hadji Diouf (Bolton)
- Diomanssy Kamara (Fulham)
- Mohammed Kallon (Al-Ittihad ext. Inter & Monaco)
- Thiery Henry (Barcelona/Prancis)
- Lilian Thuram (Perancis)
- Lassana Diarra (Real Madrid)
- Karim Benzema (Lyon/Perancis)
- Samir Nasri (Arsenal)
- Hatem Ben Arfa (Lyon)

Sumber dari sini

Share/Bookmark Read more...

8:07 AM

Fakta Islam Dalam Veterinar

Fakta Islam Dalam Veterinar (Sub7anLlah!)

Dipetik dari: DDF


Prof Madya Dr Rashid :
Fakulti Perubatan Veterinar UPM

Pogram: Simposium Kecemerlangan Al Quran Menerusi Perspektif Sains

1- Lalat menggunakan enzim untuk mengubah kandungan makanan yang dihinggapinya. Sebab itulah makanan tersebut sudah tidak elok untuk dimakan.

2- Perkataan Somalia dari perkataan Somal yang bermaksud- perahlah susu untuk tetamu datang.

3- Tiap satu rumput di muka bumi ini ada satu malaikat yang menjaganya. Subhanallah

4- Dalam sembelihan, orang Barat memotong spinal cord dalam haiwan. Sebenarnya tindakan ini menyebabkan daging berlebihan dan daging berwarna merah.

5- Dalam otak ikan ada kandungan Aluminium yang tinggi, sebab itulah orang Somalia tidak makan ikan walaupun negara tersebut banyak laut.

6- Negara Somalia paling banyak Hafiz didunia baik lelaki atau perempuan.

7- Nabi Yunus di telan ikan Nun di negara Somalia

8- Katak akan duduk menghala ke Timur pada waktu rehat (kiblat). Katak akan berzikir bila ‘duduk saja’. Sebab itu kita dilarang untuk membunuh katak.





Share/Bookmark Read more...

6:41 AM

Renung lah tuan...





Di Dewan Undangan Negeri Perak.... Speaker diusung, diheret keluar dewan dan dikurung dalam setor!

Di Parlimen Turki...

Di Parlimen Russia...

Di Parlimen Maxico...

Di Parlimen Italy...

Di Parlimen India...

Share/Bookmark Read more...