11:58 PM

Berpijaklah Di Bumi Yang Nyata

Sekalung Tahniah kepada pemenang dalam tiga pilihanraya kecil 7/04/09,Bukit Gantang,Bukit Selambau Dan Batang Ai.Semuga dengan kemenangan itu akan memupuk semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih tekun dan ikhlas...


Semasa sedang menunggu keputusan rasmi oleh SPR melalui TV semalam saya berkesempatan mengikuti temubual dan lontaran pandangan oleh beberapa orang yang di anggap "cerdik",maklumlah ianya berpendidikan dan bergelar Doktorate serta bertitle Profesor.

Namun apa yang saya kesalkan sedikit ialah sikap serta pendirian yang diambil oleh orang-orang ini sedikit pun tidak mencerminkan ianya terpelajar.Sikap lebih kepada bodek dan ampu itu terserlah dalam setiap pandangannya.Bayangkanlah apa yang akan terjadi seterusnya jika pihak-pihak yang berkenaan terus mempercayai pandangan-pandangan orang-orang yang sebegini.Untuk UMNO nasihat saya cukuplah menjadikan orang-orang yang sebegini sebagai 'think-thank"anda kerana mereka ini akan merosakan anda...percayalah.



Share/Bookmark

0 comments: