6:51 PM

China Raya lagi.....


Meriah!!!! itu lah gambaran bila menyambut sesuatu perayaan.Di Malaysia,yang kebetulan negara yang mempunyai berbilang bangsa maka banyaklah perayaan-perayaan yang dirayakan di sini.Islam dengan dua harirayanya.Hindu dengan Taipusam.Buddha dengan Vesaknya.Dan begitulah dengan agama-agama lain termasuklah Kristian dan sebagainya.



Dalam kemeriahan menyambut perayan-perayaan ini selain dari Islam maka ada baiknya bagi kita yang berugama Islam ini mendapatkan sedikit panduan bagaimana dan apakah kita dibolehkan turut serta dalam merayakan perayaan-perayaan ugama lain itu.Sebagai panduan mari kita meneliti tulisan ini


Share/Bookmark

Read more...

6:05 AM

Terengganu

Di Negeri Terengganu banyak peristiwa yang berlaku.Kerajaannya yang sering bertukar tangan agak menarik untuk kita renungi bersama.Memang menarik....


Baca di Sini



Share/Bookmark

Read more...

5:46 AM

INGAT!!!!Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 ptg






Baca di sini


Share/Bookmark

Read more...

5:19 PM

Perihal Pulut.

Gambar hiasan

Semua kita kenal apa itu pulut.Bagi sesetengah masyarakat pulut dijadikan makanan ruji menggantikan nasi.Bermacam persepsi atau cerita yang dikaitkan dengan pulut.Dari soal-soal kesihatan sehinggalah kepada hubungan suami isteri dan keluarga.Semuanya menarik belaka.Bagi yang gemar memakannya maka istilah pulut ikan kering(PIK) akan menjadi ketagihan dan menu tetap setiap pagi,malah di malam hari juga tidak sah kalau tidak kena PIK ini....


Semalam tertarik dengan satu cerita kawan yang membawa cerita pulut ini dalam bentuk yang agak humor.Cerita ini walau pun agak lu*** sikit tetapi membawa mesej yang agak besar tentang perlunya sesuatu rumah tangga itu dibina di atas asas yang kukuh dan berpaksikan agama yang sudah semestinya menjanjikan kerukunan dan keamanan.

Ceritanya berkisar dari sesorang yang diberi nama Awang.Awang ini sangat suka dan amat gemar makan pulut ini.Hatta di Kampungnya dia di gelar Awang Pulut.Umur sudah menjangkau 40an.Masih belum berkeluarga.Puas sudah ibu bapanya memujuk supaya kahwin namun beliau masih enggan.Dikatanya yang pulut lebih enak dari kahwin.Setelah puas memujuk maka timbul lah akalan si ibu yang mengatakan bahawa pulut isteri itu lebih sedap dari pulut biasa ini.Mendengar begitu terus Awang bersetuju.

Dipendekkan cerita setelah kahwin Awang asyik tersenyum.Bila ditanya kenapa asyik senyum,Awang kata pulut itu memang sedap.Lagi sedap dari pulut ikan kering...

Nak dijadikan cerita isteri si Awang ini sudah tidak tahan lagi dengan gelagat Awang ini.Setiap hari nak makan pulut,malah sejam sekali..mana boleh tahan nak masak pulut itu bukan senang.

Puas mencari ikhtiar.Maka pada suatu hari isteri Awng mengajak Awang pergi ke sungai.Di sana dengan nada terkejut isteri Awang menjeri menyatakan yang bekas pulutnya terjatuh dalam sungai.Si Awang ini yang terkenal dengan lurus bendulnya terus terjun ke dalam sungai mencari bekas pulut isterinya,namun tidak dijumpai.Berhari-hari Awang menangis...melihat keadaan itu isteri juga risau dan memujuk.Awang jangan bimbanglah!! yang hilang itu biarlah hilang nanti kita pinjam dengan kakak.

Maka diputuskan isteri yang dia akan pinjam bekas pulut itu setiap khamis dan isnin.Bermula pada hari tersebut Awang sentiasa senyum bila isterinya pulang dari rumah kakaknya pada hari-hari isnin dan khamis....Tamat cerita.

Moral dari cerita ini ialah bahawa kerukunan rumah tangga itu bermula sebaik sahaja kita mendirikannya.Janganlah nafsu itu mengatasi segala-galanya.Dan method atau cara merukunkan itu perlu kepada kebijaksanaan kedua-dua belah pihak samada isteri atau pun suami...sama-samalah kita berfikir dan selamat malam.



Share/Bookmark Read more...

12:26 AM

Obama...... Islam ke dia?

Mungkinkan Islam dia ini?



20 januari 2009.Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November 2008 lalu akan mengangkat sumpah Menjelang pukul 1 pagi (waktu Malaysia)' beliau akan mencatatkan sejarah sebagai Presiden pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam.

Bapanya Barack Hussien, seorang Islam berkulit hitam dari Nyangoma-Kogel, Kenya. Manakala dan ibunya Ann Dunham, seorang Athies dari Wichita, Kansas.


Ibubapa Obama berkenalan di Universiti Hawaii dan mendirikan rumahtangga sejurus selepas itu. Ketika Obama berusia dua tahun, kedua ibubapanya berpisah. Bapanya pulang ke Kenya.

Ibunya berkahwin dengan lelaki indonesia Lolo Soetoro yang beragama Islam. Ketika berusia 6 tahun, keluarganya berpindah ke Indonesia. Obama disekolahkan di sebuah sekolah agama di Jakarta. Beliau juga menghabiskan masa dua tahun bersekolah di sekolah Katholik.

Obama menyimpan rahsia pegangan agamanya dengan cermat. Jika dipersoalkan tentang fakta bahawa dia pernah beragama Islam, dia dengan cepat menyatakan bahawa “Dia dulu pernah menjadi seorang Islam, tetapi dia juga menghadiri sekolah kristian Khatolik”.

Penasihat politik Obama cuba untuk menunjukkan bahawa pengetahuan agama Islam Obama datang yang dari bapanya, hanya memberi kesan yang sementara. Secara zahirnya, bapa Obama balik ke Kenya sebaik sahaja bercerai dengan ibunya tanpa mempunyai peluang untuk mempengaruhi cara hidup anaknya.

Lolo Soetoro, adalah bapa tiri Obama dilabelkan sebagai seorang Muslim yang radikal, menghantar Obama ke sekolah agama beraliran Wahabi di Jakarta. Fahaman Wahabi menurut kandungan emel tersebut merupakan fahaman pengganas yang melancarkan jihad menentang dunia barat.

Demi untuk mempertahankan survival politik, mengistiharkan diri sebagai seorang Kristian boleh menarik sokongan umum di US. Oleh itu Obama turut menyertai United Church of Christ dalam usaha mengurangkan tanggapan bahawa beliau adalah penganut agama Islam.

Untuk bacaan lanjut ada lagi di sini

Share/Bookmark Read more...

5:50 PM

Antara Serban Islam dan Serban sikh mana yang Hebat?

Semalam sementara menunggu masuk waktu Isyak untuk ke Masjid,sempat menonton berita perdana di TV.Sedikit terkejut dengan pemaparan berita yang pelajar pondok didapati bersalah kerana memakai serban semasa menonggang motorsikal pada 20 sept dua tahun yang lalu.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.


Berita lanjut dan sedikit komentar di sini



Share/Bookmark

Read more...

4:47 PM

Sembang -Sembang Kosong

Jumaat pagi rutin biasa,lepas solat tengok ramai para jemaah masjid bersiap ke KT.Tertarik dengan situasi itu ikut ambil keputusan untuk sama ke sana...


Sampai KT..betul memang sungguh menarik.Jarang meriah seperti itu.Polis,..Allah saja yang tahu berapa bilangannya!?.Khemah macam di Mina masa musim haji.Subuh pagi sabtu solat subuh teringat juga macam dekat Mekah dengan ramainya para jemaah.Bau minyak atar yang semerbak dengan keheningan subuh pagi memang aku terasa macam di Mekah.Bau semerbak teh di warung-warung tepi mesjid juga mengingatkan aku semasa balik dari masjidilharam ke maktab penginapan.Berbisik dengan isteri yang ada sama pada masa itu,umi ingat suasana macam ini semasa kita di nama?..spontan jawab isteri Mekah la macam ni.Sebak rasa..begitu la nikmat di Mekah ni.Kepada yang belum ke sana pasang niat dari sekarang.Bila pergi tahulah ..memang nimat sungguh.

Berbalik ke KT.Saya kadang-kadang agak bingung.Kalau sebelum ini memang sah kita kenal pasti kalau yang pakai kopiah dan serban itu dari parti itu,dan yang bertopi serta bersongkok itu dari parti itu,tetapi di KT ini sudah agak terbalik .Aku tengok yang berkopiah sudah bawa bendera itu dan bertopi sudah bawa bendera ini.Dengan keputusan yang kita sudah ketahui agak aku itulah tandanya memang dunia sudah mula mahu terbalik..



Share/Bookmark

Read more...

5:30 PM

Bias

Hari ini Pengurus Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu telah menarik diri daripada menguruskan pilihanraya kecil bagi kerusi tersebut.Penirikan diri tersebut dipercayai adalah hasil dari bantahan oleh parti yang bertanding kerana beliau telah didapati berkempen untuk memenangkan salah satu parti yang bertanding.Walau pun program yang dihadiri dan melibatkan beliau adalah merupakan program jabatannya tetapi ternyata beliau seolah-olah bias atau berpihak kepada parti yang bertanding yang beliau dipercayai mempunyai kepentingan.Beliau adalah merupakan Datok Bandar bagi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.Berita di sini



Pada saya sesorang itu selagi dia hidup tiada kamus berkecuali baginya.Selagi dia mempunyai nafsu dan persaan sudah semestinya akan ada dalam hatinya walau sebesar zarrah sekali pun untuk suka atau cenderung kepada sesuatu.Samada ianya melibatkan kelompok,keluarga mahupun apa yang berbentuk material atau kegemaran. Alquran ada menceritakan perkara ini...



Share/Bookmark

Read more...

7:03 PM

Islam Boleh!!!!

Rupanya kita selama ini takut kepada apa yang tidak perlu kita takut.Perjuangan juga begitu.Sebenarnya kita tidak pernah mencuba.kalau ada yang mencuba pun sebaik memulakanya kita akan terhenti dengan sedikit cubaan.Pelabagai bentuk cubaan itu,mungkin ugutan atau kurang sambutan atau kita hilang hujjah apabila di sanggah.itu semua antara cubaan yang menggugurkan kita dari perjuangan.Antara perjuangan ialah mengajak manusia kepada Islam.Samada yang sudah Islam atau yang masih jauh denagan Islam.Melihat kepada situasi apa yang berlaku di Kuala Terengganu pada pilihanraya kecil ini saya terpegun dan berkata dalam hati rupa-rupanya kita boleh...dengan syarat kita mencuba dan cuba tetapi keikhlasan mesti ada....



terbaca laman ini maka saya yakin Islam akan bolehhhh.



Share/Bookmark

Read more...

4:45 PM

Hujjah TV 9

Malam tadi sempat menjengah rancangan Hujjah di TV 9.Mula-mula terpegun bila mendengar suara para panel.Masa itu belum tengok skrin lagi.Tertarik dengan hujjah yang berdegar-degar saya keluar untuk melihat siapa panel-panelnya.Melihat ahli panelnya saya tersenyum.Rupanya dia.....mendengar sepatah dua hujjah yang dilontarkan oleh salah seorang dariNya, saya minta anak untuk menukarkan ke saluran lain.Entah ...kenapa ye...pada saya dia bercakap seolah-olah dia manusia suci dan sesuci-sucinya serta terpuji.Kenapa begitu?!!!sebab dia bercakap sesudah dia KALAH.Kalau dia Menang pada PRU 12 hari tu entah apa pula yang dia akan bercakap....







Allahuaklam.



Share/Bookmark

Read more...

5:14 PM

Ujian Dunia

Di zaman yang dikatakan moden ini sebenarnya ramai di antara kita lupa Tuhan.Kenapa saya berkata begitu?lihat sahaja di sekeliling kita, berapa ramai yang endah dan perihatin apabila berbuat sesuatu maka Tuhan itu diutamakan!!.Adakah akan bertanya dulu buat itu dan ini dibolehkan atau tidak oleh Tuhan?.Secara jujur jawablah...!!!

Semalam ada satu kisah,dimana saya didatangi seseorang yang mahukan sesuatu!!.Perkara yang diminta itu sangat tidak digemari oleh saya.Bukan saja-saja tetapi ianya adalah larangan oleh Tuhan.Membantu kearah mengujudkan perkara itu pun sudah dapat share apatah lagi berusaha dan meniagakannya.Maka dalam senyum yang saya kira agak sopan saya merasionalkan kenapa perkara ini seharusnya dijauhkan. Hati sedih... kerana yang memerlukan itu adalah sama warna kulit dengan saya dan saya kira ugamanya juga mungkin sama dengan ugama saya.Semalaman saya tidak dapat melelapkan mata..kerana tidak dapat tidur maka saya bangkit meluahkan di sini.Ya Allah selamatkanlah sahabat-sahabat dari terjerumus dengan keasyikkan dunia yang cuma mementingkan kebendaan sehingga engkau dilupakan dan tidak lagi ambil peduli kepada keupayaan dan kekuasaan engkau.Lindungilah kami semua dari azab dan ujian engkau.

Kepada sahabat-sahabat hayati lah beberapa coretan yang sempat saya kumpulkan untuk panduan....selepas ini...




HUKUM JENAYAH


1.0 Dalam bahagian-bahagian yang telah lepas diterangkan hukum-hukum mengenai jualbeli, nikah kahwin dan talaq. Dalam bahagian yang keempat ini akan diterangkan hukum jenayah.

1.1 Definasi

Hukum jenayah, dalam bahasa Inggeris disebut Criminal Law dan dalam bahasa Indonesia di sebut Hukum Pidana.

Yang dikehendaki dengan kata jenayah mengikut hukum syarak ialah tiap-tiap perbuatan yang haram kerana merbahaya terhadap ugama, jiwa raga, akal fikiran, kehormatan atau harta benda.

1.2 Bahagian Jenayah

Mengikut sarjana-sarjana fiqah, kesalahan-kesalahan ini terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan hudud.

2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan qisas.


Dalam buku ini hanya akan diperkatakan beberapa kesalahan bahagian yang pertama saja iaitu hukum beberapa kesalahan yang dikehendaki oleh Sukatan Pelajaranl Syariah bagi kursus Sijil Tinggi Persekolahan yang hanya meliputi kesalahan-kesalahan zina dan seumpamanya dan minum arak sahaja. Hukum kesalahan-kesalahan yang lain dan hukum qisas tidak akan disinggung.

Kesalahan-kesalahan Hudud


1.3 Definasi

“Hudud” kata jamak. Mufradnya “had” erti asalnya ialah : sesuatu yang membatasi antara dua perkara. Kata Arab (had) inilah juga yang telah terpakai dalam bahasa Malaysia dengan erti :

1. Batas, perenggan : kesabaran manusia ada hadnya ; kain disingsingnya had lutut ; had laju yang ditetapkan 35 batu sejam.

2. Hingga sampai, takat : boleh masuk had serambi sahaja ; had itulah yang terbaca oleh saya. Berhad ertinya berbatas, berhingga : kekuasaan Tuhan tidak berhad ; syarikat berhad : syarikat yang tanggungannya terbatas kepada modal dan hartanya sahaja.

Menurut hukum syarak ialah : hukuman yang tertentu, wajib dikenakan ke atas orang yang melanggar larangan-larangan yang tertentu.


1.4 Kesalahan-kesalahan Hudud

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan hudud ialah : zina, minum arak, mencuri, merompak, qazaf, murtad, bughah dan lain-lain.

Ke atas siapa-siapa yang melakukan sebarang kesalahan yang tersebut di atas, dikenakan hukuman had.


Hukum Zina


1.5 Definasi

Zina ialah persetubuhan yang dilakukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang sah.

Melakukan zina berdosa besar. Perbuatan zina amat kotor dan keji. Firman Tuhan :

Ertinya :

Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu, keji dan sejahat-jahat jalan.

1.6 Jenis Penzina


Penzina ada dua jenis, iaitu :

1. Muhsan

2. Bukan Muhsan

1.7 Muhsan dan Hukumnya

Muhsan ialah orang yang telah pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah dengan memasukkan hasafah atau qadarnya ke dalam qabul.

Hukumnya wajib direjam dengan batu yang sederhana sampai mati.

1.8 Syarat-syaratnya

Syarat-syarat perzinaan muhsan ini ialah empat perkara, iaitu :


1. Baligh – kanak-kanak yang belum baligh tidak dikenakan hukuman


2. Berakal – orang-orang gila juga tidak dikenakan hukuman.


3. Merdeka – hamba abdi tidak termasuk golongan muhsan.


4. Tidak pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah – tidak dikenakan muhsan orang yang pernah bersetubuh, tetapi bukan dalam perkahwinan yang sah.

Orang-orang yang mempunyai keempat-empat syarat yang tersebut di atas sahajalah yang termasuk dalam golongan muhsan.

1.9 Bukan Muhsan

Bukan muhsan ialah orang-orang yang masih dara teruna. Hukumnya disebat seratus kali dan dibuang daerah selama setahun ke tempat yang sejauh perjalanan sembahyang qasar, iaitu kira-kira enam puluh batu Inggeris, atau lebih jauh lagi. Dalilnya ialah :

1. Firman Tuhan :

Ertinya :

Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kedua-duanya didera, masing-masing seratus dera, janganlah kasihan belas terhadap kedua-duanya dalam menjalankan ugama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya , satu golongan dari orang-orang mukmin.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :

Gadis dengan teruna, didera seratus kali dan dibuang daerah selama setahun.

1.10 Hamba Allah

Hamba abdi yang berzina, dihukum setengah hukuman orang-orang merdeka, iaitu lima puluh sebat. Dalilnya firman Tuhan :

Ertinya :

Jika hamba perempuan itu bersuami, tetapi ia berbuat jahat juga, maka ke atas mereka itu setengah seksaan perempuan yang merdeka.

Demikianlah hukum yang dikenakan ke atas hamba lelaki dan perempuan yang berzina, iaitu 50 kali sebat. Adapun berkenaan hukum buang daerah bagi hamba abdi; terdapat perselisihan pendapat ulama seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan setengah tahun

2. Ada yang mengatakan setahun

3. Ada yang mengatakan tidak dikenakan hukum dibuang daerah

1.11 Sabit Perzinaan

Sabit perbuatan zina dengan dua perkara, iaitu :

1. Dengan pengakuan diri sendiri, bahawa dia telah melakukan zina.

2. Dengan disaksikan oleh empat orang lelaki yang benar-benar dan terang-terang melihat perbuatan zina itu telah berlaku.

BAB II

L I W A T

2.0 Dalam bab yang telah lepas diterangkan hukum zina. Dalam bab ini akan diterangkan hukum liwat dan perbuatan-perbuatan kotor yang lain.

2.1 Hukum Liwat

Liwat ialah persetubuhan yang dilakukan dengan memasukkan zakar atau qadarnya ke dalam dubur lelaki atau perempuan yang bukan isteri sendiri. Perbuatan liwat adalah sangat kotor dan terkutuk. Dinamakan liwat kerana perbuatan keji ini dilakukan dengan berleluasa di zaman Nabi Lut. Kaum Nabi Lut sangat gemar melakukan perbuatan yang keji ini.


Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang mengutuk perbuatan liwat ini, ialah :

1. Firman Tuhan :
Ertinya :

Patutkah kamu mendatangi lelaki di antara isi alam. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang Tuhan kamu jadikan untuk kamu ? Bahkan kamu kaun yang melampaui batas.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :

Apabila mendatangi lelaki akan lelaki, maka kedua-duanya penzina.


3. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :

Barang siapa yang kamu dapatinya sedang melakukan perbuatan kaum Liwat, maka hendaklah kamu bunuh yang melakukan dan kena lakukan. Pada suatu riwayat”Maka hendaklah kamu rejamkan yang diatas dan yang di bawah.”


2.2 Hukum Perbuatan Liwat

Hukum yang dikenakan ke atas orang-orang yang melakukan liwat adalah seperti berikut:

1. Yang asahnya wajib direjam ke atas yang meliwat jika ia muhsan; disebat dan dibuang daerah jika bukan muhsan. Adapun yang kena liwat, wajib disebat dan dibuang daerah sama ada muhsan ataupun bukan muhsan.

2. Ada pula berpendapat yang mengatakan, dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan. Cara membunuhnya ialah dengan pedang ; ada yang mengatakan dengan direjam. Ada pula yang mengatakan diruntuhkan dinding ke atasnya atau dicampakkannya dari tempat yang tinggi hingga ia mati.

2.3 Liwat Terhadap Isteri

Jika melakukan liwat terhadap isteri sendiri atau hamba perempuan dengan berulang kali, hukumnya ditakzirkan. Jika tidak berulang kali, tidak dikenakan takzir.

2.4 Hukum Bercumbu-cumbuan (Romance)

Barang siapa bercumbu-cumbuan iaitu berlazat-lazatan selain daripada bersetubuh dengan perempuan yang bukan isterinya, seperti gisil menggisil di antara dua paha, berpeluk cium dan sebagainya, hukumnya ditakzirkan dengan sesuatu yang di pandang patut oleh pihak yang berkuasa seperti memukulnya, menamparnya, mempenjarakannya, mencorengkan mukanya atau sebagainya. Harus bagi pihak yang berkuasa mempelbagaikan hukuman-hukuman ini ke atasnya atau mengurangkannya. Dan tidak harus bagi pihak yang berkuasa mengenakan takzir itu sampai kepada minimal (serendah-rendah) had, yakni jika mengenakan takzir ke atas hamba abdi wajib dikurangkan daripada dua puluh kali pukul kerana dua puluh kali pukul adalah sekurang-kurang had bagi hamba; dan jika orang yang merdeka, wajib dikurangkan daripada empat puluh kali pukul kerana empat puluh kali pukul itu adalah minimal had bagi yang merdeka.

2.5 Berhubung Jenis Sesama Perempuan

Melakukan perhubungan jenis sesama perempuan juga haram. Pelaku-pelakunya itu wajib ditakzirkan. Dosanya sama dengan dosa berzina, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. “

Ertinya :

Apabila perempuan mendatangi perempuan, maka kedua-duanya itu penzina.


2.6 Menyetubuhi Binatang

Menyetubuhi Binatang adalah haram. Siapa-siapa yang melakukannya berdosa besar. Terdapat perselisihan pendapat tentang hukum yang dikenakan ke atas pelakunya, iaitu seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan hukumnya sama dengan hukum berzina, iaitu direjam ke atas muhsan ; dan disebat dan dibuang daerah ke atas yang bukan muhsan.

2. Ada yang mengatakan wajib dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan berdasarkan sabd Rasulullah s.a.w. :


Ertinya :

Barang siapa mendatangi binatang, maka hendaklah kamu membunuhnya dan membunuh binatang itu bersama-samanya.

3. Ada yang mengatakan : hanya wajib ditakzirkan sahaja berdasarkan kepada perkataan Ibnu Abbas r.a. :

Ertinya :

Tidak dikenakan had ke atas orang yang mendatangi binatang.

Mengenai binatang yang dilakukan itu, terdapat perselisihan : yang asahnya tidak disembelihkan, ada yang mengatakan disembelihkan, jika binatang yang halal dimakan ; dan ada yang mengatakan disembelih sama ada binatang yang dimakan ataupun tidak.

BAB III

HUKUM MINUM ARAK

3.0 Dalam bab II telah diterangkan hukum perbuatan liwat dan perbuatan-perbuatan kotor yang lain. Dalam bab ini akan diterangkan hukuman minum arak.

3.1 Definasi

Khamr atau arak ialah segala minuman yang memabuk dan menghilangkan kewarasan akal fikiran orang-orang yang meminumnya, termasuklah segala jenis minuman keras walau dari apa jenis benda ianya diperbuatkan, sama ada banyak atau sedikit peratus campurannya seperti beer, whisky, brandi, gin, rum, wine, champagne, stout, todi dan lain-lain lagi.

3.2 Kemudian Arak

Meminum arak juga termasuk dalam golongan dosa besar. Islam melarang keras umatnya daripada meminum arak. Ianya bukan saja boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan tetapi juga dapat melemahkan akal fikiran. Hal ini bukan saja telah diakui oleh pakar-pakar perubatan tetapi juga oleh pakar-pakar ilmu kemasyarakatan, pakar-pakar ilmu jiwa dan lain-lain lagi.

Arak bukan saja haram di sisi Islam, tetapi juga haram mengikut ugama Kristian. Malah semua kitab Samawy melarang umat manusia daripada meminum arak.

Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menerangkan tentang arak ialah :

1. Firman Tuhan :
Ertinya :

Mereka itu menanyai engkau tentang arak dan judi. Katakanlah : pada kedua-duanya itu dosa besar, serta berguna bagi manusia. Tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada gunanya.

2. Firman Tuhan :

Ertinya :

Wahai orang-orang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung adalah keji daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah kamu, moga-moga kamu mendapat kemenangan.

3. Hadis :
Ertinya :

Arak itu, ibu segala kejahatan.

4. Hadis
Ertinya :

Arak itu ibu segala kekejian. Dan barang siapa meminum arak, ia meninggalkan sembahyang, dan menyetubuhi ibunya dan ibu-ibu saudaranya.

5. Hadis :
Ertinya :

Tiap-tiap yang memabukkan adalah arak dan tiap-tiap arak itu adalah haram.

6. Hadis



Ertinya:

Apa yang memabukkan banyaknya, pun sedikitnya haram.

3.3 Pengharaman Arak

Meminum arak hukumnya haram lagi berdosa besar. Pada permulaan Islam dahulu, arak belum lagi diharamkan. Pada masa itu masih ramai orang-orang yang meminumnya. Tetapi setelah berlaku akibat-akibat buruk dari meminum arak dan perjudian, orang-orang Islam bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kedua-duanya itu. Setelah itu turunlah ayat yang menerangkan tentang dosa kedua-duanya itu.

Kemudian turun pula ayat yang berbunyi :

Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengerjakan sembahyang di kala kamu mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakana.


3.4 Tarikh Pengharaman

Tarikh awal pengharaman arak, terdapat perselisihan seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan, diharamkan arak selepas peperangan Ahzab. Peperangan ini berlaku pada tahun kelima hijrah.

2. Ada yang mengatakan, diharamkan pada Peperangan Bani An-Nadir iaitu berlaku pada tahun keempat hijrah.

3. Ada yang mengatakan, pengharamannya ialah pada tahun Perjanjian Hudaibiah iaitu pada tahun keenam Hijrah.

4. Ada yang mengatakan pengharamannya ialah selepas Peperangan Uhud. Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.


3.5 Hukuman Ke Atas Peminum Arak


Barang siapa meminum arak atau sesuatu yang memabukkan seperti todi atau sebagainya, sama ada mabuk atau tidak, dikenakan hukuman seperti berikut :



1. Ke atas peminum yang merdeka wajib dihad sebanyak empat puluh kali sebat ; dan harus meningkat sampai lapan puluh kali sebat.



2. Ke atas hamba dihadkan sebanyak dua puluh kali sebat, malah harus sampai kepada empat puluh kali sebat sebagai takzir.


Hukuman ini berdasarkan kepada :



1. Hadis :

Ertinya :
Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah mendera peminum arak dengan dua pelepah tamar empat puluh kali.

2. Hadis

Ertinya :

Bahawa Umar r.a. menjadikannya delapan puluh kali.

3.6 Syarat-syarat Peminum Arak

Peminum-peminum yang dikenakan hukuman yang tersebut di atas, mestilah mempunyai syarat-syarat berikut :

1. Mukallaf – tidak dikenakan had ke atas kanak-kanak, orang-orang gila dan orang-orang yang dipaksa.

2. Mengetahui yang diminumnya itu arak. Tidak dikenakan hukuman ke atas orang yang tidak mengetahui bahawa yang diminumnya itu arak ; atau tidak mengetahuinya akan hukumnya kerana baru masuk Islam umpamanya.

3.7 Sabit Had

Sabit hukum had ke atas seseorang peminum itu dengan salah satu perkara berikut :

1. Dengan disaksikan oleh dua orang lelaki bahawa ia benar-benar telah meminum arak.

2. Dengan pengakuannya sendiri bahawa ia telah meminum arak.


Maka tidaklah dikenakan had dengan penyaksian seorang lelaki dan seorang perempuan dan tidak juga dengan seorang lelaki dan dua orang perempuan atau pun lebih. Begitu juga tidak dihadkan dengan sekadar kelihatan ia mabuk atau muntah-muntah atau berbau arak di mulutnya kerana kemungkinan ia dipaksa atau sebagainya.


3.8 Mengisap Gangga

Menghisap gangga, candu, hasyisyah atau sebagainya hukumnya haram kerana memabukkan dan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan dan akal fikiran. Sebagaimana haram dihisap, begitu juga haram ditanam dan diperniagakan. Rasulullah bersabda :

Ertinya :

Tiap-tiap benda yang memabukkan itu arak, dan tiap-tiap arak itu haram.

Ibn Taimiah dalam kitabnya “As-Siasatusy Syariyah” berkata:

“Sesungguhnya hasyisyah itu haram, dihukum liad ke atas orang-orang yang menggunakannya sebagaimana dihad peminum arak, ia lebih buruk daripada arak dari segi ianya merosakkan akal dan tabiat badan ………………”


3.9 Berubat Dengan Arak

Di zaman jahiliyah orang-orang berubat dengan menggunakan arak. Tetapi setelah datang Islam, car ayang demikian telah dilarang dan mengharamkannya.

Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud dan At-Turmuzi meriwayatkan daripada Tariq bin Suaid al-Jaafi bahawa ia bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai arak maka ia menegahnya daripada menggunakannya, lalu ia berkata :

“Sesungguhnya saya membuatnya untuk perubatan”, maka katanya: “Sesungguhnya dia bukan ubat, tetapi penyakit”.

Dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Ad Dardak, bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menurunan penyakit dan ubat, maka ia jadikan bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Maka berubatlah kamu, dan jangan berubat dengan benda-benda haram.”
Akhirnya turunlah ayat pengharaman arak, iaitu :

Ertinya :

Wahai orang-orang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung adalah keni daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah kamu, moga-moga kamu mendapat kemenangan.

Sesungguhnya syaitan itu menghendaki kamu bermusuh-musuhan dan berbenci-bencian sesama kamu kerana arak dan berjudi dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Adakah kamu akan berhenti daripada yang demikian.

sumber:www.geocities.com/kmbedu/hukumjenayah.html



Share/Bookmark

Read more...

4:52 PM

Sahabat

Sebagai manusia yang sempurna sudah semestinya kita mempunyai kawan.Kalau dalam bahasa yang agak klasik sikit kita panggil sahabat.Apa pun kedua-duanya kawan atau sahabat itu pada saya adalah sama walaupun istilah sebutanya adalah agak berlainan.Apa perlunya kawan ini.Sudah tentu!!kalau tidak kita akan jadi dungu.Mana mungkin kita boleh hidup bersendirian.Jadi sebagai kawan sudah tentu kita mengharapkan yang terbaik dalam berkawan dan bagi kita kita mengharapkan juga bila berkawan kita tidak ditinggalkan kawan pada suatu masa nanti.Oleh itu beradablah bila berkawan dan mencari kawan.Berkawan di atas dasar kebendaan akan membawa kehancuran dan sesungguhnya berkawan atas dasar yang ditentukan Allah akan membawa kebahagiaan dan kecemerlangan.InsyaAllah...


Sebagai panduan ringkas adab-adab berkawan baca di sini.Dan selepas itu kalau anda ada lagi masa boleh isi masa kosong anda untuk membaca novel-novel dan buku tulisan penulis profilik di sini



Share/Bookmark

Read more...

5:37 PM

Pilu


Rabu dan kelmarin sabtu,mendapat perkhabaran dua kawan seperjuangan diuji dengan sakit.Seorang sakit jantung.Setelah berulang kali keluar masuk hospital akhirnya menjalani pembedahan pintasan jantung.Agak malang selepas pembedahan terdapat kesan sampingan yang menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan sekarang terlantar dengan tiada upaya lagi untuk bergerak hatta bercakap pun rasa susah.Badan sudah mula sembab sana sini.Aku turut menziarahi beliau walau pun belia masih mengenali kawan-kawan yang datang,namun aku sebenarnya risau melihat keadaan kawan ini.

Seorang lagi yang usia agak lanjut berbanding dengan aku juga sudah mula sakit sebaik sahaja pencen.Dikhabarkan sekarang sedang mendapat rawatan di hospital.Dari cerita yang didengar penyakit nya juga agak serius.Dengan ada penyakit tiga serangkai ditambah lagi katanya melibatkan hati aku juga takut dan bersedih dengan ujian ini...


Kepada dua sahabat ku ini aku berdoa semuga kalian pulih dan dipanjangkan umur.Kuatkan semangat kalian demi sesungguhnya ujian adalah untuk memberikan kita nikmat samada nikmat sesudah sihat mahu pun ganjaran pahala di akhirat hasil dari kesabaran dan reda dengan ujian tuhan.Percayalah semua makhluk ditakdirkan dengan ketentuan masing-masing.Kepada yang masih sihat perbanyakkan muhasabah diri.Sesungguhnya kita akan sentiasa merasa diri selamat dan tidak mungkin akan menghadapi sebarang bala,sedangkan itu merupakan angan-angan yang dipupuk bersama dengan syaitan dengan tujuan untuk melalaikan kita semua.

Kalau itulah yang ada di sanubari kita,maka bangkitlah!! pulihkan kepercayaan itu dengan berada di alam nyata.Ternyata itu semua khayalan sahaja.Matikanlah ego kita semua.Perhatikanlah di mana mereka-meraka yang mengaku berkuasa sekaranga ini?di mana firaun,dimana Namruz,di mana raja-raja dan pemerintah dunia seluruhnya!!!,dimana orang-orang berharta, di mana mana orang-orang gedebe?

Cuba perhati kenapa kubur itu dipenuhi oleh nisan dan pusara.Kerana tempat itu telah disemadikan mereka-mereka yang mati!.Nah pernah anda lihat mereka-mereka yang disebut di atas tidak pernah mati?kalau tidak di mana mereka sekarang?Percayalah demi sesungguhnya bila sebut sahaja kita ini manusia dan bertaraf makhluk maka semua akan mati dan menerima pembalasan sewajarnya.Percaya atau tidak terpulanglah kepada pendirian masing-masing.Apa yang pasti mati itu mesti.!!!

Oleh itu pada kawan-kawan yang uzur tetapkan hati masing-masing.Jangan lupa diri dan kuatkan semangat.Jangan terheret oleh rasukan dan gangguan syaitan kerana itu memang perangainya.Kepada yang masih sihat jadikanlah itu sebagai tauladan untuk kita menguatkan azam dan semangat untuk kita lebih banyak berbuat kebaikan.Insayallah.



Share/Bookmark

Read more...

5:06 PM

Untuk Para Insan Yang Bergelar Suami

Semalam didatangi seorang tetamu.Seorang wanita .Sememangnya tamu ini tidak diundang.Walau pun tidak diundang adalah menjadi suatu kewajipan dan menjadi tugasan seseorang yang mengaku Islam untuk menghormati tetamu dengan satu layanan yang memuaskan hati.

Terkejut melihat tamu ini.Dengan wajah yang tidak ceria.Terdapat tanda-tanda semacam dipukul di mukanya!!!.Melihat keadaan ini, isteri memulakan bicara untuk mendapatkan intisari apa yang terjadi.Oh...baru faham rupanya bergaduh dengan suami!!.Kata wanita ini sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga,namun suaminya tidak pernah menghulurkan sebarang belanja untuk keperluan hariannya.Dengan kata lain nafkah zahir tiada,tetapi apa yang pasti nafkah batin memang setiap hari malah lebih dari itu.

Semalam semacam tarikh keramat bagi wanita ini.Dengan beban kewangan untuk anak-anak yang baru memulakan persekolahan ditambah lagi dengan sakit-sakit badan beliau secara tidak sedar berleter kepada anak-anak dengan suara yang agak tinggi.Menyedari semacam terasa disindir suami terus betindak.Tidak cukup dengan kata-kata maka tangan berperanan.Maka lebam dan bengkak muka wanita ini.Dan datang beliau semalam cuma untuk mendapatkan kekuatan.Tiada apa yang dapat diluahkan cuma kata-kata perangsang sebagai ubat pendamai perasaan dan hati.Kesian wanita ini.Maka untuk para suami janganlah jadi begini.Isilah hati dengan disiplin dan ilmu....

Gambar Hiasan

Untuk mengisi hati dan Ilmu itu mari bersama kita mencari dan bersama mendalaminya.Untuk itu mari bersama kita melayarinya di sini





Share/Bookmark Read more...

6:06 PM

Perihal Yahudi Di Palestin

Sejarah bermula di akhir-akhir tahun 1800an dimana bangsa Yahudi melalui proksinya yang kaya raya telah berusaha untuk bernegara sendiri.Banyak usaha-usaha yang dilakukan untuk kearah itu termasuklah dengan merasuah pimpinan negara termasuklah negara Arab itu sendiri.Banyak negeri yang ditunjukkan kepada Yahudi ini oleh pimpinan negara dunia namun Yahudi bertegas dengan memilih Palestin sebagai detinasi penempatanya.


Bermula dengan penghijrahan dua jutawan yang menguasai bank pada masa itu di sekitar tahun 1857an kalau tidak silap,mereka telah membuka ladang-ladang buah-buahan di sekitar Palestin.Bermula daripada tindakan permulaan ini banyak ladang-ladang lagi dibuka dengan membeli tanah-tanah kepunyaan penduduk Palestin.Situasi ini merisaukan para pimpinan Islam di sana sehinggakan mufti Palestin pada masa itu mengeluarkan fatwa tentang kitidakharusannya melepaskan tanah-tanah tersebut kepada Yahudi yang memungkinkan Umat Islam akan kehilangan tanah dan negara mereka itu sendiri.Di sekitar awal 1900 an mereka sudah membentuk koloni di Palestin yang menjangkau sehingga 90 ribu orang dan melibatkan lebih daripada 10 buah kawasan penempatan.Bermula dari situlah dengan keupayaan kewangan yang ada di kalangan mereka disamping hilangnya kesedaran di kalangan umat islam walaupun pimpinan pada masa itu yang berpusat di Turki telah sedaya upaya mempertahankan Palestin namun ianya gagal.Ditambah lagi dengan tekanan dari negara-negara kroni kuffar termasuklah Jerman Perancis dan Britain yang mana akhirnya terpaksa mengalah walau pun hanya dengan membenarkan mereka boleh migran ke Palestin sebagai penduduk sahaja tetapi bukan bernegara.Namun apa yang pasti semangat mereka tidak terhenti di situ malah mereka terus berusaha untuk menjadikan Palestin sebagai negara mereka yang merdeka.Dan akhirnya kita dapati Palestin wujud dalam keadaan sebagaimana yang ada sekarang ini...



Share/Bookmark

Read more...

6:06 PM






Share/Bookmark

Read more...

11:54 PM

Muhasabah Diri

Dalam meniti hari demi hari,ribuan kelip mata malah jutaan kelip sudah berlalu rupa-rupanya hidup ini sudah mencecah 50 tahun.Berbagai pengalaman dan rencahan hidup yang dilalui,namun tidak terkira oleh akal diri.Cuma untuk hari ini sedikit dari yang terisi dapat aku cetusi sebagai muhasabah diri.


Pernah diungkap oleh para guruku,dalam hidup ini kurangkan bercakap kerana banyak bercakap itu akan menguji kamu dan sesungguhnya manusia ini antara makhluk yang tidak tahan dengan ujian cuma sedikit daripada mereka yang mampu menahannya.Disebut dalam surah al-Maarij bahawa manusia ini dijadikan dalam bentuk bersifat kelukesah,apabila diuji maka makin gundah gulana lagi sikapnya.Tetapi apabila diberi kebaikan maka sikapnya akan berubah menjadi kedekut.Begitulah sifat insan yang bernama manusia ini yang diceritakan oleh Allah.

Hari ini sepanjang ingatan banyak di kalangan yang banyak bercakap ini terutamanya yang boleh kita kategorikan "pendakwah"tidak tahan lama dari segi pendirianya.Dengan tujuan untuk tidak mengaibkan sesiapa maka tidak disebut melalui tulisan ini siapa dia(?)memadai cuma kita memerhati dan membuat persepsi sendiri saja,tetapi ingat persepsi hendaklah dengan ilmu!kerana tanpanya maka kita akan bersepsi dalam bentuk memfitnah!.

Cuba perhati kalau di awal tahun-tahun 70 dan 80an ramai di kalangan yang kita anggap ianya "ustaz" yang berceramah,mengajar,menjadi naqib usrah dan pelabagai lagi yang diistilahkan kepada aktiviti-aktiviti keugamaan yang tujuannya dan fokusnya adalah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan.Dan ini adalah amat bersesuaian dengan konsep amar makruf dan nahyi anil-mungkar,dan sesuatu yang seharusnya dipuji kerana ianya menjadi suruhan dan perintah Allah dan Rasulnya S.A.W.

Nah sekarang kita perhatikan di mana duduknya insan-insan tersebut,kepada yang masih hidup apa sikap dan pendirianya sekarang ini.Kita letak di tepi bagi yang sudah meninggalkan kita kerana mengadap Allah rabbuljalil.Kita tumpu kepada yang hidup.Apakah mereka masih sama sebagaimana awalnya dahulu????.

Sesudah 50 tahun dan alhamdulillah aku masih diberi kesihatan ini.Aku lihat tidak ramai yang istiqamah dengan apa yang mereka perjuangkan dan perkatakan 20,30 tahun dahulu.Kalau dulu kepalanya sering berserban berkupiah menutup kepala(maaf bukan menghina sekadar bermuhasabah)dan kelihatan warak,tetapi sekarang ini aku lihat itu semua sudah tidak ada lagi pada dirinya.Apa yang ada kini hanya tali leher sesekali bersongkok itu pun dipadankan dengan blazer atau pun kot.Walau pun dalam cuaca panas itu tidak menjejaskan apa-apa.Pakai terus pakai.Kalau dulu ungkapan bersederhanalah kerana umat islam adalah umat yang sederhana dan Allah suka yang sederhana dan tidak suka kepada melampau,tetapi kini tidak lagi.Kita mesti mencari kerana ini adalah kemajuan!!!.Kalau dulu jika ada yang berbuat seperti ini! sudah tentu dikritik dengan pelabagai label,makan duit haram atau sebagainya.Sebab itulah kita dapati ada segelintir di kalangan teknokrat muda yang sepatutnya terus berada dipejabat-pejabat atau sektor berkaitan telah meletakkan jawatan masing-masing mengikut para "pendakwah" ini dengan alasan untuk berzuhud dan tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara shubhat.Sedangkan mereka ini sepatutnya boleh diharap untuk membina atau menggarap satu budaya kerja yang berintegriti dalam bidang masing-masing dan seterusnya membawa manusia yang dipimpinya ke arah yang terbaik.Tetapi apa yang dikesalkan sekarang ini mereka ini ditinggalkan..dan para guru mereka bersenang lenang dengan cara hidup yang satu masa dulu mereka kutuk dan benci.Rupa-rupanya benci dan kutuk itu tidak ke mana sebab pada masa itu bukan milik mereka.Tetapi apa yang dikutuk itu bukan lagi menjadi halangan sekarang ini sebab ianya sudah menjadi milik mereka maka itulah ianya tidak lagi haram dan syubhah.

Kepada yang istiqamah aku ucapkan syabbas dan doaku semuga berkekalan pendirian kalian.Mudah-mudahan usaha dan perjuangan kalian dibalasi Allah dengan sebesar-besar ganjaran.Demi sesungguhnya pada penilaian aku mereka yang lari daripada perjuangan itu adalah mereka yang bercakap banyak ,namun dalam banyak cakap itu mereka meninggalkan keikhlasan yang menjadi tonggak untuk mengikat mereka supaya terus berada di landasan.

WAHAI ORANG YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI TETAPKAN HATI AKU DI ATAS UGAMAMU DAN TAAT KEPADAMU


Share/Bookmark

Read more...

12:40 AM

P36 Kuala Terengganu- updates





Mari bersama kita kenali calon-calon yang bertanding dan boleh lah berteka-teki siapa yang akan menang.Yang pasti buat masa ini Allah sahaja yang tahu siapa yang akan menang.kepada Allah kita berserah.


LATAR BELAKANG DAN KOMEN CALON BERTANDING

BERIKUT ialah maklumat latar belakang dan ulasan tiga calon yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH (Calon BN, diundi nombor 1):

- Berusia 46 tahun

- Kelulusan jurusan undang-undang

- Seorang peguam

- Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dari 2004-2007

- Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Senator (Mac 2008 - 5 Januari 2009)

- Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu

Ulasan:

"Saya harap susunan nombor satu itu akan beri satu petanda awal yang baik (untuk menang)."

"Malah, kehadiran begitu ramai anggota parti sewaktu pelancaran jentera sayap BN di Taman Tamadun Islam oleh Timbalan Perdana Menteri malam tadi (semalam) juga memberi petanda yang baik mengenai sokongan parti terhadap beliau.

Kehadiran jentera parti iaitu kira-kira 15,000 orang yang berarak mengiringi saya semasa proses penamaan calon pagi tadi juga petanda sokongan padu terhadap saya dan Umno serta BN.

MOHD. ABDUL WAHID ENDUT (calon PAS, diundi nombor 2):

- Berusia 52 tahun

- Bekas pegawai tadbir UPM

- Kelulusan Sains Perikanan dan Marin dari UPM

- ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990

- Bekas Exco Keusahawanan dan Belia Terengganu (1999-2004)

- Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu

- Bendahari PAS Terengganu

Ulasan:

"Ini negara demokrasi, semua orang boleh bertanding... tiada masalah pun.

"Peluang nampak cerah, Insya-Allah.

"Gentar?, tidak, tidak... saya sudah lima penggal menjadi wakil rakyat (ADUN). Parlimen, Dewan Undangan Negeri serupa sahaja, saya menjalankan tugas.

"Jika menang, saya akan meneruskan tugas saya, saya mewakili parti... PAS, Pakatan Rakyat untuk menguatkan suara kita di Parlimen.

"Saya mempunyai kekuatan saya sendiri, kami telah memenangi tiga kerusi DUN, itu adalah satu kelebihan kepada saya.

AZHARUDIN MAMAT @ ADAM (calon Bebas, diundi nombor 3):

- Berusia 46 tahun

- Anak Datuk Adam Taib, bekas setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

- Kelulusan jurusan Teknologi Makanan, UPM

- Tabib dari Kampung Ladang Pasar

- Tiada parti politik

Ulasan:

"Matlamat kita untuk tolong orang miskin kerana saya lihat ramai pemimpin yang hanya bercakap untuk tolong tapi tak berbuat apa selepas menang.

"Terpulang kepada Allah, kalau Allah nak buka hati penduduk sini, Insya-Allah. Saya akan mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM15,000 untuk berkempen melalui penggunaan risalah dan banner.

"Lebih 5,000 risalah akan saya edarkan kepada penduduk dari rumah ke rumah dan pasang banner di kawasan strategik di bandar dan kampung."
sumber mstar online

Share/Bookmark

Read more...

4:19 PM

Palestin

Yahudi mengganas lagi.Di mana pimpinan negara umat Islam? masihkah lagi ber "OIC".Sudah ribuan gugur syahid kerana mempertahankan Islam dan bumi Palestin itu sendiri namun kita hanya mendengar tidak lebih daripada retorik untuk menjaga kepentingan diri masing-masing.Ramai yang bersemangat dan sanggup berjuang namun hanya melalui doa dan derma sahaja.Kenapa?yang pasti keupayaan kewangan dan logistik membataskan semua.Ya Allah Selamatkan Islam dan ummatnya dan Engkau menangkanlah islam di bumi palestin khususnya dan dunia ini amnya.

[Presentation1.jpg]





untuk cari peta rujuk sini



Share/Bookmark

Read more...

11:09 PM

Banjir Lagi



Nampaknya banjir datang lagi untuk kali kedua di Kelantan Terengganu dan Pahang.Memang lumrah dan menjadi kelaziman dan kepercayaan setiap orang,banjir bagi negeri-negeri pantai timur ini kalau tidak tiga kali maka memang tidak sah.Oleh itu angka tiga sentiasa menjadi sebutan bila saja banjir datang melanda.Ungkapan "ini baru kali pertama dan akan datang lagi kali kedua dan ketiga akan disebut bila saja banjir tiba di hujung-hujung tahun begini.










Share/Bookmark

Read more...

2:14 AM

Walimah

Dua tiga hari ni tidak sempat untuk sediakan bahan bagi posting sebagaimana biasa.Maklumlah sibok dengan majlis walimah anak buah yang diadakan pada hari khamis dan sabtu lalu.Walaubagaimana pun untuk sempena dengan walimah tersebut di sini dikuitp beberapa artikel ilmu yang sempat di intai dari blog saifulislam.com.Mohon izin Abu Saif untuk tumpang sebarkan artikel ini.


Pertama baca di sini dan kedua baca di sini



Share/Bookmark

Read more...