9:11 PM

Jumaat 25/07/08


Pagi ini sempat ikut kuliah pagi oleh ustaz Fadli kalau tak silap,antara intisarinya bahawa Rasulullah S.A.W pernah bertahaluf siassi dengan orang bukan islam semasa beliau tidak dibenarkan masuk ke Mekah oleh musyrikin Mekah sepulangnya beliau dari Taif,dan salah seorang pembesar mekah pada masa itu yang bernama(kalau tak silap sebab tak jelas) Mut'iem bin Adi telah menjamin keselamatan nabi untuk masuk ke Mekah dan dengan jaminan itu nabi masuk ke Mekah dengan selamat.

Dengan memberi jaminan kepada nabi Mut'iem telah didatangi oleh Abu Jahal apakah beliau hanya memberi jaminan sahaja atau telah mengikut ajaran Muhammad.Mut'iem mengesahkan bahawa belaiu memberi jaminan sahaja tetapi tidak mengikut ajaran Muhammad.Ini terbukti yang beliau mati dalam keadaan tidak Islam.

Rasulullah S.A.W. semasa perang Badar apabila berhadapan dengan tawanan perang telah bersabda bahawa jikalau Mut'iem masih ada dan kalau diminta oleh beliau nescaya aku akan membebaskan tawanan-tawanan badar ini.Begitulah terkesanya nabi dengan apa yang telah dibuat oleh Mut'iem semasa hidupnya.

Sebagai kesimpulan secara zahir saya amat bersetuju dengan Tok Guru Nik Aziz bahawa dengan bukan Islam yang tidak pernah menipu kita adalah lebih baik untuk kita mendekatinya daripada orang atau golongan yang mengaku Islam tetapi pernah mengkhianati dan menipu kita bukan sekali malah berkali-kali.
Share/Bookmark

Read more...

8:40 PM

Muqobalah...itu saja

Semuga dipanjangkan umur untuk terus memimpin kami

Semalam 23/07/08,isu muzakarah PAS-UMNO sedikit terurai apabila majlis syura memutuskan tiada lagi muzakarah antara keduanya.Apa yang ada cuma bersemuka(muqobalah) sahaja.Semua menarik nafas lega termasuk kami sekeluarga bermula dari anak-anak yang tak tahu apa pasal politik sehinggalah yang sudah lanjut usia.

Apa yang menarik ialah kenapa Tok guru Nik Aziz begitu beria-ia sangat menolak muzakarah tersebut,rupa-rupanya pengalaman lalu telah menjadikan beliau serik untuk bertemu lagi dengan UMNO.

Ternyata kenyataan beliau dalam temubual bersama surat khabar Siasah mendedahkan segala-galanya,DAP walau pun dipimpin oleh orang yang bukan Islam tetapi ternyata tidak pernah menipu,tetapi UMNO walau pun mengaku dan berlabel Islam dalam kebanyakan isu tetapi ternyata menipu dan PAS pernah ditipu olehnya,inilah realiti yang mahu disebut dan di terangkan oleh Tok guru.

Alhamdulillah persetujuan telah dicapai di kalangan ulama yang memimpin melalui majlis syura maka kami sebagai pengikut sentiasa berdoa semuga Islam dan pengikutnya yang asli dan berkualiti sentiasa diberi petunjuk dan hidayah serta dalam jagaan Allah dan menemui kejayaan sebagaimana yang dijanjikan insyallah.
Share/Bookmark

Read more...

11:13 PM

Amanah

Hari ini saya lewat ke tempat kerja kerana ada satu urusan penting juga berkaitan kerja di pejabat cawangan.Dalam berbincang timbul beberapa isu yang menjadikan saya berfikir dan terfikir dalam konteks pekerja apa amanahkah kita ini?.

Kenapa persoalan ini saya timbulkan?kenapa tidak? kadang-kadang terfikir amanah kah kita bila menggunakan harta pejabat(awam) kita tanpa segan silu menggunakan sehabis mungkin dan kalau harta itu kita yang punya maka kita akan "berkira" demi tidak menjejaskan kita samada dari segi kualiti atau pun kuantiti mahu pun kewangan.Cuba kita tengok orang-orang pejabat bila guna kereta pejabat bukannya hendak cermat kalau nampak lubang atau bonggolan bukanya membrek malah lagi laju adalah.kalau kereta sendiri saya yakin dia akan "bercermat".

Lagi....Amanahkah kita, dalam buat tuntutan perjalanan 0.5 km pun kita tuntut,tetapi kalau guna kereta pejabat untuk urusan yang peribadi,mana ada kita "berkira"kita belasah saja,untuk pergi minum pagi ke, untuk pergi pasar ke,untuk pergi hantar anak sekolah ke,malah ke mana saja,alasan kita urusan pejabatlah.(tapi Allah tahu)

Amanahkah kita,bila buat tuntutan lebih masa,10 minit pun bertekak dengan penyelia mempertahankan yang kita bertugas lebih masa,tetapi masa setengah jam atau kadang-kadang satu jam yang kita ambil untuk minum dan kononya "sembahyang" itu dan kadang-kadang sampai tiga atau empat kali sehari tidak pernah pun kita ambil kira,kalaulah penyelia bertekak balik apa nak kata!!!! mahu terbeliak biji mata...marahkan?!!!!.

Amanahkah kita bila mendapat mandat untuk membuat pesanan barangan bekalan untuk pejabat maka kepentingan komisen untuk diri mesti dulu di ambil kira.Masing-masing mencari, kalau kereta setidak-tidaknya dapat harga spesial untuk diri bila kita repair atau beli tayar baru.Kalau perabut mungkin dapat harga murah kalau kita beli untuk diri sendiri atau terus dapat komisen seratus atau dua ratus,lepaslah duit minyak...(pergi merayap pun pakai kereta pejabat juga).

Amamahkah kita bila bermesyuarat berbincang tajuk rahsia tetapi bila keluar mesyuarat tak sampai sepuluh minit rahsia sudah menjadi bualan ramai...(mulut lembik)rupa-rupanya rupa tidak menggambarkan budi bahasa...malanglah orang-orang sebegini.

Amanahkah kita bila berdepan dengan sahabat-sahabat sekerja bukan main-main, senyum manisnya tidak terkira,mengalahkan ratu cantik yang sedang mengayakan pertunjukkan.tetapi bila di belakang senyum sudah jadi maki,kadang-kadang makian dan cacian lebih hebat daripada malaun yang banyak dosanya itu.

Rupa-rupanya politiking di pejabat lebih hebat daripada politik di alam realiti,kerana itu kita lihat amanah sudah hilang ketepi malah pentingkan diri sudah menjadi sebati dan semakin menjadi realiti.....kisah amanahkah akan kita sambung nanti di lain hari.
Share/Bookmark

Read more...

5:29 PM

Muzakarah PAS-UMNO

Apakah perlu muzakarah tersebut?.Kalau dilihat ulasan dan pandangan yang diberi setakat ini terdapat dua pandangan ada yang setuju ada yang tidak.bersetuju demi untuk kebaikan Islam dan Melayu.Tidak bersetuju kerana masih fobia dengan perangai UMNO yang sering tidak menepati janji dan kalau dilihat sejarahnya UMNO ini memang sering mengkhianati kepercayaan yang diberi malah dalam kita yang menyendiri pun UMNO sering menyerang tanpa belas ehsan.Tengok sajalah bagaimana berlakunya pembunuhan di Memali Kedah,Penafian royalti minyak semasa PAS memerentah Terengganu dan penafian perkapita di kawasan-kawasan yang diwakili PAS dan terbaru selepas pilihanraya mac 08 di Kelantan peruntukkan yang telah diluluskan melalui JPP di kawasan yang dimenangi oleh PAS telah ditarik balik dan di agihkan ke kawasan-kawasan yang di menangi oleh UMNO.Itu peruntukan kepada agensi kerajaan pusat kalau peruntukan kerajaan negeri maka jauh sekalilah.itulah sebenarnya yang dibimbangi oleh Tok Guru Nik Aziz(TGNA) dan ramai lagi daripada kita.

Bagi yang menyokong muzakarah ini,mereka ada pandangan tersendiri. Presiden termasuk ulamak dan majlis syuranya serta entiti yang lain menetapkan agenda pemantapan Islam dan melayu sebagai galang-ganti kepada pertemuan ini.

Di sini kita sedut sedikit komen TGNA semasa ditanya berkaitan perkara ini:


"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita. "Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam. Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya. "Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.


Sebagai akhirnya saya berpendapat pertemuan ini perlu jika diyakini ianya akan betul-betul membantu dalam menegakkan Islam dan Islam itu sendiri dapat di tegakkan dan sudah pasti pertemuan ini menjadikan PAS tidak akan tertipu lagi.Untuk ke arah tersebut sudah semestinya akan ada syarat dan perkara inilah yang perlu dihadamkan oleh setiap anggota PAS bermula dari Mursyidul Am,Presiden sehinggalah ke peringkat paling bawah,dan Alquran adalah panduannya.


“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”(Al-Anfal 61-62)





Share/Bookmark

Read more...

8:10 PM

Serabut

Sehari dua ini berbagai peristiwa yang berlaku dan memeningkan kita untuk memahaminya.Bermula dengan pertelingkahan kenyataan antara Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Dato Sri Anwar Ibrahim,diikuti oleh kenyataan PM yang dia (UMNO) dah tiga kali jumpa PAS serta penangkapan oleh BPR terhadap pegawai-pegawai tinggi di Jabatan Imigresen dan bermacam lagi isu yang pada pandangan saya adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan.Sebagai manusia yang ada akal dan sensitif dengan keadaan semasa sudah tentu secara mikronya terlintas di fikiran untuk menilai peristiwa-peristiwa tersebut.Namun kenapa peristiwa ini berlaku di ketika ini,ketika berlakunya kenaikan harga minyak,DS Najib dan Altantuya,perebutan jawatan dalam UMNO, isu kerajaan akan bertukar,dan lain berita dan situasi yang agak panas dan meresahkan setiap orang di negara ini.Tidak perlu untuk kita berpolemik dalam hal ini cuma cukup sekadar kita faham bahawa sesuatu isu timbul adalah semata-mata adalah demi untuk menutup satu isu lain yang lebih besar yang membabitkan hidup mati seseorang samada ianya membabitkan harta atau pun kuasa.Apa yang penting manusia perlu dilekakan dengan perkara-perkara yang menarik lain untuk menyelamatkan sang itu walau pun bunyinya menakutkan,tapi apa yang penting ianya selamat dan dapat menyelamatkan diri di dunia ini walau pun ia tahu dan yakin bahawa akan ada pembalasan di dunia yang satu lagi.Apa yang penting cari selamat dulu(?)
Share/Bookmark

Read more...

1:34 AM

ARAK : renungkanlah





Rasulullah saw melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak. (Ibnu Majah & Termizi)
Share/Bookmark

Read more...

8:04 PM

Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh




CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis.


Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini?

Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH.

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

KEPIMPINAN DAN PENGARUH

Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.

leadership2.JPG

Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan.

Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah. Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan semuda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.

KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Kalau di sekolah, andaikata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka akan hanya mampu mempimpin andaikata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal.

Ini adalah di antara punca mengapa ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa.

Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine, Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea?

leadership3.jpg

Ini antara analisa saya terhadap kegagalan sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah.

Tetapi kenapa gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang ‘pencen awal’ dari identiti agama.

Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan Tarbiyah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan otoriti oleh pihak sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH!

Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-figuranya daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan mereka kepada kuasa untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum menjadi Rasul di Mekah.

Hal yang sama teraplikasi di dalam sebuah organisasi perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya di’sedari’ oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu datang dengan paksaan, tanpa penerimaan.

Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!

PERINGKAT KEPIMPINAN

leadership2.JPG

Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Jawatan dan kuasa, adalah lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi, lesen itu hanya pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin. Justeru ia mestilah ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap PERMISSION.

Di sini, mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap lagi ke peringkat PRODUCTION.

Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bersinergi. Dengan cara ini, hasil kerja mereka akan jadi lebih PRODUKTIF.

Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu mungkin selesa bekerja dengan pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu dirasakan. Mengeluh sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang menerima nasib begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.

Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE DEVELOPMENT. Pemimpin di tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri.

Akan tetapi, seorang pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut, atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka.

leadership4.jpg

Inilah ukuran yang mendorong Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History, memperkatakan soal PENGARUH, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sangat signifikan kepada manusia yang lain.

Baginda S.A.W. adalah insan yang berpengaruh, sebelum baginda diberi Kenabian, sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh baginda S.A.W. adalah pada kualiti dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti kompetensi.

SIRAH PENGARUH DAN KUASA

Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan dan kedudukan, pengaruh Baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.

Malah Muhammad SAW yang tidak berjawatan itu, menggelisahkan seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa. Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan.

Kerana itu, Madinah terus memacu kejayaan, apabila kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan kedudukan!

Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh datang sendiri.

“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”

Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslim yang cemerlang.

PENGARUH IBU BAPA

Tentu sahaja malang bagi seorang ibu atau bapa, jika beliau memimpin keluarga tanpa pengaruh. Saingan terbesar bagi pengaruh seorang ibu dan bapa terhadap anak-anak adalah kawan-kawan mereka. Kawan-kawan anak yang memberikan lebih banyak masa berbanding ibu bapa kepada si anak. Kawan-kawan lebih banyak berhubung dengan anak-anak berbanding ibu bapa.


Ketam mengajar anak berjalan lurus!

Ibu bapa mesti berfikir bagaimanakah caranya untuk diri mereka terus berpengaruh dalam kehidupan anak-anak, khususnya remaja? Dalam suasana kehidupan hari ini, herdik dan takut menakutkan, bukan lagi senjata yang berkesan untuk ibu bapa mengawal anak-anak. Apatah lagi jika sikit-sikit mengugut “anak durhaka”!

“Aku ni ayah kamu. Kamu kena dengar cakap aku!”, kata-kata ini adalah biasa. Namun jika sering diulang, ia petanda bagi kepimpinan yang lemah oleh seorang ayah. Beliau memerlukan ‘jawatan’ dan ‘kuasa’nya sebagai seorang bapa, disebut-sebut agar si anak boleh mematuhi arahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika kuasa itu didesak-desak dalam keadaan si ayah tiada kualiti yang boleh menyerlahkan pengaruh kepada anak, justeru tiada rasa hormat yang dapat diterbitkan.

Anda boleh memilih… mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh.

Jika mahu menjadi ayah yang berkuasa, teruskanlah mempromosikan kuasa anda itu. Tetapi jika anda mahu menjadi ayah yang berpengaruh, teruskanlah berusaha membangunkan potensi diri, kerana pengaruh itu terbit dari kualiti dan kelayakan!

PENGARUH DAN PENDAKWAH

Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh para pendakwah. Apakah anda bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk mengawal masyarakat? Jika anda malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka adalah pemimpin yang paling lemah.

.leadership5.jpg
Calvin Coolidge (1872 -1933)

Saya tertarik dengan kisah bagaimana seorang tetamu telah bermalam di White House di zaman Presiden Calvin Coolidge (1872 - 1933). Semasa bersarapan pagi, tetamu tersebut tidak menjamah makanan sehinggalah ia dimulakan oleh Presiden. Beliau memerhatikan terlebih dahulu bagaimanakah Coolidge bersarapan supaya dapat menonjolkan imej yang baik sesuai dengan gaya Presiden.

Mula-mula cawan Presiden diisi dengan kopi. Beliau kemudiannya menuangkan sedikit daripada kopi itu ke dalam piring. Kopi di dalam piring itu dicampur dengan sedikit gula dan krim.

Oleh kerana tetamu tadi tidak mahu melanggar apa-apa etika, beliau melakukan perkara yang sama. Selepas selesai membancuh kopi di dalam piring beliau menanti apakah tindakan Presiden berikutnya.

Alangkah terkejut dan tergamamnya beliau apabila Presiden Calvin Coolidge telah meletakkan piring itu di atas lantai untuk dijamah oleh si kucing! Tiada keterangan yang menjelaskan apakah yang dilakukan seterusnya oleh tetamu tersebut.


Presiden yang pendiam. Memerintah dengan aksi!

Itu kisah di Amerika.

ASHAARI MUHAMMAD

Saya teringat kepada perbualan saya bersama-sama dengan bekas pengikut al-Arqam tentang ciri-ciri kepimpinan Ashaari Muhammad mereka.

Antara kisah yang ingat ialah, apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.

Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.

Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.

Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin.

Gaya kepimpinan begini, sangat mempengaruhi. Apa yang beliau lakukan? Beliau berhubung dengan pengikutnya. Bukan hanya hubungan logik akal, tetapi hubungan hati, hubungan emosi.

Kepimpinan yang begitu berpengaruhi, akan mengenepikan soal keputusan akal terhadap benar atau batilnya agenda yang dibawa. Jika perjuangan yang batil boleh begitu berkesan hasil pengaruh, malang sekali perjuangan yang benar hanya kalah kerana sentiasa bergantung kepada kuasa, iaitu selemah-lemah kepimpinan.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

nik_aziz.jpg

Inilah watak yang juga saya kesan pada peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa saya pergi menziarahinya seawal tahun 1992. Ketika tiba di kediaman beliau, Tuan Guru baru sahaja turun dari bumbung rumah, membetulkan atap yang rosak. Ketika ditanya, bagaimanakah ayah beliau mendidiknya, Tuan Guru memberitahu bahawa mancis api sebatang pun, dibelah dua untuk mengajar anak berjimat cermat.

Sungguh mengujakan saya.

Tidak hairan, beliau disegani oleh kawan dan lawan. Anda boleh berbalas hujah dengan pendebat dan pemidato, tetapi tiada siapa yang mampu menewaskan akhlaq dan pengaruh.

Tanpa perlu temu janji, seorang pelajar lepasan SPM seperti saya dapat bertemu dengan seorang tokoh sepertinya. Tokoh yang berpengaruh, menjadikan setiap manusia yang berhubung dengannya, terasa istimewa. Beliau melakukan MODELLING, MOTIVATING, MENTORING dan mudah-mudahan pengaruh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menghasilkan MULTIPLYING.

Ramai yang sedang menanti.

leadership6.jpg

Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi.

Adaptasi dari Saifulislam.com


Share/Bookmark Read more...

1:42 AM

Hari ini hari khamis 17/07/08


Semalam 16/07/08 sibuk segala media termasuk semua manusia yang tidak gila menjadi hakim menilai dan memberi komen terhadap peristiwa debat minyak antara Anwar Dan Shabery.Ada yang menilai Anwar menang dan ada yang memberi Shabery kemenangan.Sudah tentu yang memenangkan Shabery itu dari sepesis yang sealiran dengannya.Pada saya semua akan menjadi menang dan dalam hal lain semua akan menjadi kalah,kenapa? sebabnya pertandingan ini adalah atas dasar hujjah bukannya pertandingan kekuatan sebagaimana tarik tali,gusti lengan atau pun tinju,jadi semua boleh mendakwa ianya menang dengan hujjah masing-masing.Pada saya menang kalah itu bergantung pada persepsi diri masing-masing.
Semalam juga dalam sibuk pasal debat kita tersentak dengan satu lagi drama tangkapan terhadap Anwar oleh pasukan polis yang pada saya merupakan suatu tindakan yang tidak profesional oleh pihak yang berwajib,kenapa saya berkata begitu?kerana daripada gambaran yang diberikan media seolah-olah kalau tangkapan ini tidak dibuat sebegini maka nescaya Anwar akan terlepas dan tidak akan dapat ditangkap selama-lamanya.Selama ini kita diberitahu pasukan polis Malaysia adalah yang tercekap di kawasan sebelah sini dan daripada pengalaman hidup dalam memerhati ini saya percaya memang polis Malaysia memang cekap dan tidak dapat disangkal lagi,tetapi peristiwa semalam telah memadamkan kepercayaan saya sebelum ini dan mengesahkan kata-kata bahawa polis terlalu mengikut "tuan"nya yang sering ada "kepentingan".
Share/Bookmark

Read more...

5:34 PM

Debat Datuk Sri Anwar & Dato Shabery

"Kita tidak boleh beri subsidi," - Shabery.

"Mengapa orang atasan, pelabur asing di beri insentif, pelupusan cukai, billout? Bukahkah itu subsidi juga?" - Anwar.

"Untuk rakyat, subsidi tak boleh. Untuk kroni banyak manapun boleh! Baik billout, pelupusan cukai mahupun insentif, semuanya itu adalah subsidi kerajaan. Mengapa kita nak bermusuh dengan rakyat?" balas Anwar menempelak Shebery.

Semalam 15/07/08 @ 9.00 malam di TV9 berlangsung satu debat antara dua tokoh yang pada perkiraan aku dan mungkin ramai yang lain adalah pertemuan yang tidak "padan".Kenapa?dilihat kepada realiti situasi hujjah dalam debat tersebut ternyata pengalaman DSAI mengalahkan hujjah serta gaya bercakap DS.Berjanji sebelumnya sebagaimana dilaporkan dalam media, ternyata DS tidak mengotakan janjinya untuk tidak lari daripada tajuk.Beliau sering dilihat terlalu menyerang hal-hal peribadi dan inilah "steadynya"DSAI apabila tidak membalas serangan tersebut mengikut stail DS.Apa pun tahniah kedua-duanya kerana berjaya memenuhi program tersebut,sekurang-kurangnya akan ada "input" yang dapat menjejaki pemikiran rakyat daripada hujjah kedua-duanya.Pada saya kumpulan masing-masing akan mendapat mileage daripada perdebatan tersebut,dari segi peratusanya biarlah ianya menjadi relatif,namun pada pandangan saya rakyat terbanyak akan lebih terkesan kepada hujjah DSAI kerana sabjek kepada hujjah beliau adalah demi untuk meringankan beban rakyat.Mungkin banyak penonton akan mempersoalkan kereadibiliti DSAI dalam hal ini kerana tidak memperincikan cadangan ke arah menurunkan harga minyak untuk diambil pandangan itu oleh kerajaan.Pada saya itu tidak timbul,lagipun masa yang diberi agak terhad tambahan lagi dengan syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh penganjur dalam debat tersebut.Kalau jujur para pakar yang ada boleh dimunafaatkan untuk ke arah tersebut.
Selain daripada itu juga saya terpegun melihat "moderator"pengiring DS yang pada saya sepatutnya lebih "cerdik" dalam bertindak....sesekali mendengar anak-anak mengomen macam bukan orang U saja lagaknya.
Untuk akhirnya pada saya debat ini tidak ke mana malah menjadi modal kerajaan memanipulasi hujjah yang diberi melalui siaran-siaran TV dengan cara kerat-kerat dan siar demi untuk kepentingan pemerintah...kalau tak percaya lihat dan perhatikan apa yang media dah dan akan lakukan bermula sebaik saja selesai debat tersebut sehingga hari-hari mendatang...sekian.

Share/Bookmark

Read more...

11:49 PM

Kontrak sosial di Tanah Melayu- dipetik dari Chedet .com

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.


Share/Bookmark Read more...

11:09 PM

Bertepuk Tangan (?)

Menepuk tangan terbalik adalah suatu pemandangan yang biasa kita temui. Lazimnya ia berlaku di dalam majlis yang bersifat Islamik, dan hadirinnya oleh mereka yang berakhlaq dengan akhlaq Islam. Namun, sejauh manakah bertepuk tangan terbalik itu menjadi sebahagian daripada akhlaq Islam?

PANDANGAN ISLAM


Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu. [Al-Anfaal 8: 35]

Kalimah Mukaa’ di dalam ayat ini bermaksud perbuatan bersiul-siul. Manakala kalimah Tasdiyah itu pula bermaksud menepuk-nepuk tangan.

Kedua-dua perbuatan ini dilakukan oleh kaum Arab Jahiliah dengan maksud pengabdian mereka di dalam ritual di keliling Kabah. Ia dicela oleh Allah SWT, di samping tawaf jelek yang mereka lakukan dalam keadaan bertelanjang.

Sebahagian ulama’ meluaskan maksud bertepuk tangan di sini secara menyeluruh kepada keseluruhan perbuatan bertepuk-tepuk tangan. Justeru perbuatan ini dianggap terlarang, atau sekurang-kurangnya makruh di sisi Islam.

Apakah lagi kebiasaan bertepuk tangan diasosiasikan dengan perempuan. Sama ada kerana peruntukan syara’ untuk perempuan membetulkan Imam dengan menepuk tangan, atau pun kerana budaya masyarakat Arab yang menjadi kelaziman kaum perempuan di dalam keraian mereka sering bertepuk tangan untuk berhibur.

Pandangan seperti ini dikemukakan, antaranya oleh Sheikh Ibn Baaz di dalam Fataawa Islamiyyah, j. 4, ms. 332-333.

Justeru alternatif kepada perbuatan menepuk tangan untuk merai atau menunjukkan penghargaan kepada sesuatu, wajar dilakukan dengan melafazkan Allahu Akbar, atau kalimah-kalimah pujian biasa seperti “bagus”, “well done” dan yang seumpama dengannya.

PANDANGAN KEDUA

Akan tetapi, bagi Sheikh `Atiyyah Saqr dari Jawatankuasa Fatwa al-Azhar, perbuatan bertepuk tangan yang ditegah itu adalah bertepuk tangan yang bermaksudkan ibadah, mendekatkan diri kepada Allah, kerana sesungguhnya ia adalah cara jahiliah yang tidak harus bagi seorang Muslim menirunya.

Walau bagaimana pun menepuk tangan di dalam kehidupan harian, atau majlis-majlis biasa, tiada sebarang nas yang menegahnya, maka ia mengambil hukum HARUS yang asal.

Akan tetapi, untuk majlis yang diadakan di dalam masjid, dengan suasana manusia beribadah secara khusus kepada Allah, bertepuk tangan bukanlah sesuatu yang molek untuk dibiasakan.

Justeru, pada ruang yang ada ini, pilihlah di antara bertakbir atau dengan kalimah-kalimah yang menyuntik semangat serta penghargaan, atau bertepuklah tangan seadanya.

Ada pun bertepuk tangan secara terbalik, ia suatu keganjilan yang tidak harus dinisbahkan kepada akhlaq Islam hingga menimbulkan sangkaan bahawa itulah cara yang diajar oleh Sunnah.

Adaptasi dari Saifulislam.com


Share/Bookmark Read more...

5:15 PM

Dunia memang saja Begitu

Menara berputar: Bangunan unik


DYNAMIC TOWER Dubai yang bergerak setiap saat, seni bina kreatif terbaru daripada arkitek Itali.

Reka bentuk menyanggah tradisi, tarik perhatian dunia

APABILA menyebut bangunan, tentunya dibayangkan berciri pencakar langit, empat persegi, dikukuhkan dengan kerangka keluli selain dilengkapi tingkap kaca jernih.

Tingginya yang menyapu awan dengan keluasan menyamai berpuluh-puluh padang bola sedikit sebanyak mengehadkan imaginasi kita bahawa ada segelintir pencakar langit menawarkan seni bina pelik lagi menakjubkan.

Menara Bergerak, Dubai


Dilancarkan pada 24 Jun lalu, arkitek Itali, Dr David Fisher mengumumkan pembinaan menara pertama di dunia yang bergerak setiap saat. Bangunan yang menghadap ke laut itu dirancang didirikan di beberapa lokasi di dunia bermula dengan Dubai, Moscow diikuti New York.

Menurut Dynamic Group, syarikat yang akan membina bangunan yang dinamakan Dynamic Tower Dubai setinggi 420 meter itu bakal menempatkan 80 tingkat unit pangsapuri dengan keluasan 124 meter persegi manakala villa pula seluas 1,200 meter persegi. Setiap unit kediaman dilengkapi tempat meletak kereta dalam rumah.

BANGUNAN Bakul (Amerika Syarikat)

Keunikan seni bina menara itu adalah ciri aras lantai yang berpusing mengikut hala bebas sekali gus mewujudkan perspektif pandangan berbeza.

Dynamic Tower mesra alam dan bangunan pertama di dunia direka dengan keupayaan menjana elektrik sendiri melalui turbin angin yang dipasang di setiap tingkat.

"Setiap aras dijangka mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan. Ini revolusi baru seni bina. Mulai hari ini, bangunan bukan lagi disempurnakan di tapak projek tetapi di kilang," katanya yang berpengalaman 30 tahun menzahirkan bangunan teknologi terkehadapan di bandar besar seperti London, New York, Hong Kong, Paris dan Dubai.

Bangunan Bakul (The Basket Building) di Amerika Syarikat

THE CROOKED HOUSE di Poland, menjadi tarikan pelancong.
Mulanya hanya angan-angan tetapi menjadi nyata apabila Dave Longaberger, pengasas syarikat Longaberger membina bangunan pejabat berbentuk bakul bertangkai.

Longaberger percaya itu adalah ilham terbaik daripadanya. Beliau yakin kewujudan bangunan itu akan menarik perhatian dan menambah rezekinya namun sebaliknya reputasi Longaberger jatuh merudum.

Bukan saja bank, arkitek malah syarikat pemaju mentertawakannya dan beliau dituduh cuba berlawak. Tidak cukup itu, pekerjanya juga lari meninggalkannya.

Longaberger bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya mengambil keputusan mengekalkan bangunan berkenaan. Cita-citanya termakbul apabila bangunan itu dibuka untuk operasi pada 17 Disember 1997.

The Dancing House, Republik Czech

Bangunan pejabat yang terletak di pinggir bandar Prague ini diilhamkan arkitek kelahiran Croatia, Vlado Milunic dengan kerjasama arkitek Kanada, Frank Gehry. Bangunan itu dibina di atas tapak bangunan bersejarah yang musnah ketika pengeboman Prague pada 1945. Kerja pembinaan bermula pada 1994 berakhir dua tahun kemudian.

Reka bentuk bangunan yang menyanggah tradisi itu menimbulkan kontroversi. Mujur Presiden Czech, Vaclav Havel, yang sekian lama menetap di sebelah tapak bangunan itu menyuarakan sokongan peribadinya. Dia yakin The Dancing House bakal menjadi pusat budaya tersohor.

Asalnya, dinamakan Fred and Ginger bersempena pewarisnya Fred Astaire dan Ginger Rogers. Namun ditukar selepas mendapati seni bina bangunan berkenaan mirip seorang perawan sedang berdansa.

Milunic dan Gehry menerapkan gaya Neo Baroque, Neo Gothic dan Art Nouveau yang menjadi tanda pengenalan seni bina bangunan di Prague. Restoran Perancis di puncak bangunan menawarkan pemandangan seluruh bandar.

Rumah Piano di China

Terletak di Wilayah An Hui, China. Untuk ke aras atas, pengunjung perlu menaiki tangga bergerak di dalam biola kaca. Bangunan ini menyediakan prospek cerah terhadap pelan pembangunan dan kemajuan bandar kerana mewujudkan daya tarikan baru pelancongan di daerah itu.

Pustaka Kansas City di Amerika Syarikat

Bangunan kutub khanah paling mengagumkan di Amerika Syarikat. Warga tempatan diberi peluang memilih judul buku yang memberi pengaruh besar terhadap bandar Kansas selain pernah memenangi anugerah untuk diabadikan pada dinding tempat meletak kereta.

Bangunan Robot (Thailand)

Bangunan yang terletak di zon perniagaan Sathorn, Bangkok ini sebenarnya ibu pejabat bank United Oversea. Diilhamkan arkitek Sumet Jumsai mewakili kecanggihan sistem pengkomputeran perbankan negara gajah putih itu.

Seni binanya menampilkan pertentangan gaya antara neo klasikal dan teknologi tinggi pasca moden.

Ciri muka bangunan yang landai, dilengkapi antena dan sepasang mata di bangunan teratas menjadikannya mirip robot gergasi.

Siap dibina pada 1986, bangunan ini menjadi contoh mutakhir seni bina moden di Bangkok. Kemunculannya meraih perhatian antarabangsa dan diberi kritikan membina.

Bangunan Biru di Belanda

Pihak pentadbiran Delfshaven, Rotterdam meminta Schildersbedrijf N&F Hijnen menyediakan pelan baru bagi bangunan terbiar yang bakal dirobohkan. Perjanjian dengan kawasan kejiranan di situ ialah warna biru bangunan berkenaan dikekalkan selagi belum ada pelan pembangunan baru.

Oleh kerana usia yang sudah berabad, seni bina bangunan ini dianggap paling ketinggalan zaman di Rotterdam. Malah kewujudannya langsung tidak diberi perhatian. Namun, sebaik ditambah satu lapisan lagi 0.002 milimeter cat biru, bangunan ini diisytiharkan paling popular di Rotterdam dan sering diabadikan dalam foto kenangan.

The Crooked House di Poland

Arkitek Poland, Szotynscy Zaleski, menzahirkan Crooked House seni bina pusat membeli-belah selepas mendapat ilham daripada ilustrasi dongeng kanak-kanak Jan Marcin Szancer.

Berkeluasan 4,000 meter persegi, pusat membeli-belah yang terletak di Rezydent, Sopot, Poland ini kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Poland.

Sam Kee, bangunan paling nipis di Kanada.

Terletak di 8 West Pender Street ini adalah bangunan dua aras dengan ukur lebar cuma 1.5 meter. Sejarah bangunan ini sama luar biasa dengan struktur seni binanya.

Menurut cerita, Chang Toy pemilik hartanahnya diminta penduduk Vancouver menyerahkan seluas dua meter kawasannya untuk pembangunan Pender Street. Tiada ganti rugi diberikan sedangkan baki tanah tidak seluas mana. Toy kemudiannya mengupah seorang arkitek tampil dengan ilham binaan menakjubkan termasuk menjadi bangunan tunggal dilengkapi lorong pejalan kaki kaca di Chinatown.-Adaptasi dari Berita harian 15/7/2008
Share/Bookmark Read more...

6:16 PM

Renungan

Semalam,semasa bersantai bersama keluarga sambil menunggu masuknya waktu maghrib sebelum ke masjid,sempat aku menoleh ke arah TV yang sedang menayangkan rancangan Mari bertarranum yang di host kan oleh Ustaz Nik Azizan dan enam anak muridnya.Paling tersentuh apabila beliau mengajar bacaan secara murattal bagi surah Al-Humazah.

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍٍ
" Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, "

Para Ulama sepakat bahwa ayat-ayatnya turun di Mekkah sebelum Nabi Muhammad Saw.berhijrah ke Madinnah.
Surah ini mengulas tentang ancaman Allah Ta'ala terhadap siapa saja yang seringkali mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain.Ata dan Al Kalbi berkata: "Surah ini diturunkan berkenaan dengan Akhnas bin Syuraiq. Ia senang mengejek-ejek orang dan mencaci mereka, lebih-lebih mencaci Nabi Muhammad SAW",
Maqatil berkata: "Surah ini turun berkenaan dengan Al Walid bin Al Mugirah. Ia mencela Nabi Muhammad SAW., di belakang beliau dan membantah bila berhadapan dengan beliau".
Muhammad bin Ishaq, penulis sejarah nabawiyyah berkata: "Senantiasa kita dengar bahwa surah ini turun berkenaan dengan Umayyah bin Khalaf".
Dalam ayat ini Allah mengancam bahwa kemurkaan dan azab-Nya akan ditimpakan kepada setiap orang yang mengumpat, mencela dan menyakiti mereka baik dihadapan maupun di belakang mereka.

Celakalah bagi setiap pengumpat dan pemfitnah!

Wayl berarti 'kemalangan atau kesukaran yang besar', dan diterjemahkan sebagai seruan yang kalau dalam bahasa kita disebut sebagai sumpahan yang biasa kita sebut dan dengar ialah ungkapan 'Celakalah!' Wayl juga dikatakan salah satu daripada sungai- sungai di neraka.

Humazah adalah 'pengumpat' atau 'pemfitnah'. Dalam bahasa Arab, huruf hamzah adalah penghentian suara dalam celah suara, dan hamazat al-syayathin adalah bisikan jahat setan, bisikan halus yang kita dengar dalam diri kita.

Lumazah berarti 'pencari kesalahan', dan berasal dari kata kerja lamaza, yang berarti 'mengedipkan mata pada seseorang, menjelekkan seseorang, mengkritik, mencela, memfitnah, mencemarkan nama baik'. Barangsiapa memfitnah orang lain berarti mengungkapkan kelemahannya sendiri dan memberitahukan kegelisahannya, sebagaimana keangkuhan menunjukkan ketidakpastian yang besar tentang diri seseorang. Jika seseorang benar-benar yakin bahwa ia berada di jalan yang benar, jika ia mengakui ketergantungannya pada Allah dan menyadari bahwa setiap orang akan mengetahui kebenaran secara utuh dan mutlak, maka ia tidak akan menyerah kepada ajakan untuk mengumpat orang lain. Sebenarnya, umpatan dan kesombongannya itu hanya mengungkapkan penyakit dan keadaan sakitnya, sehingga datang peringatan bahwa kecelakaan akan menimpanya, dan ia akan hancur.

Saudaraku sekalian marilah sejenak kita merenung perkara ini,kita cuba bayangkan objek yang diumpat atau dicaci itu diri kita sendiri,apakah kita boleh menerimanya! sudah tentu tidak dan aku yakin tindakan dan tindakbalas kita akan lebih hebat malah akan lebih kuat dari apa yang kita terima.Percayalah sebagai manusia yang lemah marilah kita besarkan jiwa-jiwa kita dengan merenung dan menghayati apa yang telah difirmankan oleh Allah melalui surah al-humazah ini.Sekian wassalam.

601

Share/Bookmark Read more...

7:58 PM

Inilah Pemula kepada yang seterusnya


AAlhamdulillah, kini aku juga ingin mencuba setelah semua"gila" membina blog bermula dari bebudak sekolah,Cikgu,Ustaz,Orang kampung sehinggalah ke Pak Menteri,orang politik, kecil atau besar malah semua yang sedikit celik "IT" teruja apabila saja sebut blog.Bagi yang dah bina blog hari hari "Update" blog masing-masing.Hinggakan ada yang mendabik dada kononya blog dah di "hit" oleh para pelayar blog ratus-ratus orang malah ribuan....masing-masing bangga.Apa yang dibanggakan tu aku pun tak tau,tidak kurang juga yang bina blog tapi terbiar lekang dek zaman sehinggalah hilang begitu saja termasuklah aku,kalau ikut sejarahnya aku juga pernah bina blog ni tapi terbiar dinaiki semak samun..."last-last "hilang ditelan zaman.Kini aku pun terasa semangat kembali untuk "menggilakan"diri bersama kawan-kawan boggers yang pada pandangan aku boleh berperanan sebagai penyampai,setidak-tidaknya kepada diri sendiri malah kalau ada isinya"ummph" ianya akan berfaedah kepada semua,dan menjadi ilmu yang mungkin memunafaatkan semua manusia.Ini secara tak langsung menjadikan kita sebagai pemula kepada ilmu yang bermunafaat yang mana menjadi bekalan di akhirat setelah kita berhijrah ke Alam sana.Apapun aku mendoakan agar aku diberi kekuatan untuk terus berinteraksi di blog ini dalam keadaan yang serba kekurangan,termasuklah kurang idea,lemah bahasa atau apa saja.Pokoknya golongan "establish"bukan tandingan aku malah ianya adalah "source"untuk aku mencedok idea.Sekian untuk kali ini semuga diberi tuhan idea untuk seterusnya...

Share/Bookmark

Read more...